Kilang duit syiling Perth Mint di Australia memperkenalkan sekeping duit syiling emas yang didakwanya terbesar di dunia.Syiling emas berkenaan memiliki berat lebih satu tan dan bernilai sekitar AS$55 juta (RM171.8 juta).
Sebelah syiling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat, manakala sebelah lagi memiliki profil ketua Negara Britain, Ratu Elizabeth II.Syiling ini adalah yang terbesar dan terberat di dunia setakat ini.
Siling gergasi seberat 1,012 kilogram itu mengandungi 99.99 peratus emas tulen. Lebar syiling itu hampir 80 sentimeter (sm), sementara tebalnya ialah 12sm.Kilang wang tersebut mengambil masa 1 tahun 6 bulan untuk menyiapkan syiling tersebut.Syiling tersebut kini mula dipamerkan kepada orang ramai.
Kredit: http://blogpasaipa.blogspot.com/
|