Kami tak baca manga atau nonton anime One Piece tapi kami diberitahu bahawa komik Lagenda Budak Getah adalah sangat famous di Malaysia dan Jepang. Lagenda Budak Getah dan Naruto ialah dua manga yang dibaca oleh orang ramai sekarang. Kami dah stop baca manga selepas komik Vagabond Takehiko Inoue usai ceritanya.
Memandangkan komik Lagenda Budak Getah femes apa kata kami paparkan taman tema mininya di Odaiba Jepun. Taman tema mini mempunyai replica Puteri Shirahoshi berskala sebenar setinggi 50 kaki! Anda boleh main gelongsong di atas ekor puteri duyung ini. Selain itu anda boleh juga bergambar dengan patung skala sebenar Monkey De Luffy and Co. Taman Puteri Shirahoshi ini dibuka dari bulan ini hingga 14 September. Silalah ke Odaiba jika anda seorang peminat komik One Piece.
![](http://img854.imageshack.us/img854/8526/odiabamermaidpark01.jpg)
![](http://img268.imageshack.us/img268/8782/odiabamermaidpark02.jpg)
![](http://img850.imageshack.us/img850/6/odiabamermaidpark03.jpg)
![](http://img521.imageshack.us/img521/1751/odiabamermaidpark04.jpg)
![](http://img837.imageshack.us/img837/2658/odiabamermaidpark05.jpg)
Kredit: http://www.blogserius.blogspot.com/ |