Post Last Edit by ninja9 at 20-7-2012 11:55
CacingMaut Mongolia adalah cryptid(dalam bidang cryptozoology ianya haiwan atau tumbuhan yang dikhabarkan wujud tetapi belum dijumpai secara saintifik seperti kes Yeti dan Lochness) yang dilaporkan ada di Gurun Gobi di Mongolia.
Penduduk tempatan di Mongolia mengatakan bahawa cacing ini boleh menyembur racun dan juga boleh memberikan renjatan elektrik yang mampu membunuh manusia.
Suku Nomad di Mongolia memanggil cacing maut ini sebagai khorkhoi allghoi atau kadang-kadang dipanggil allerghoi horhai atau olgoj chorchoj atau cacing usus kerana ianya seperti usus sapi. Cacing ini berwarna merah dan kadang-kadang dikatakan juga mempunyai bintik-bintik hitam dan mempunyai tubuh yang panjang dari 2 hingga 5 meter.
Rujukan pertama tentang binatang ini bermula dalam buku Roy Chapman Andrew yang berjudul “On the Trail of Ancient Man” memetik kata Perdana menteri Mongolia Damdinbazar pada tahun 1922 :
“Ia berbentuk seperti sosej denganpanjag 2 kaki, tiada kepala, tiada kaki dan sangat beracun hingga dengan menyentuhnya sahaja akan menyebabkan kematian sekelip mata. Ianya hidup dikawasan yang paling sepi di gurun gobi.”
Dia tidakberapa percaya dengan cerita raksasa tersebut. “Tidak ada yang pernah melihat makhluk itu tetapi mereka sangat yakin dengan adanya makhluk itu dan menggambarkannya dengan teliti.”
PengembaraCeko Ivan Mackerle menceritakan :
“Ianya seperti sosej dengan panjang lebih dari setengah meter, saiz sebesar lengan manusia dan serupa dengan usus sapi. Ekornya pendek dan seperti dipotong. Susah untuk menggambarkan kepalanya kerana kelihatan seperti tidak mempunyai mata, hidung atau mulut. Warnanya merah gelap seperti darah dan bergerak dengan cara yang pelik iaitu berguling ataumengeliat.
Makhluk itu tinggal di bukit pasir terpencil dan di lembah-lembah panas di bawah tanah di gurun Gobi. Ianya hanya kelihatan pada bulan-bulan panas dalam satu tahun iaitu bulan Jun dan Julai manakala pada bulan-bulan lain ia masuk ke dalam lubang pasir dan tidur. Ia sering keluar dari tanah terutama setelah hujan, ketika tanah basah.
Makhluk ini sangat berbahaya, karena dapat membunuh manusia dan haiwan dengan cepat dalam jarak beberapa meter. Makhluk itu dilaporkan dapat menyembur asid yang dapat menyebabkan kematian sekelip mata. Makhluk ini juga memiliki kemampuan untuk membunuh dari jarak jauh dengan renjatan elektrik. Banyak orang Mongolia telah melaporkan melihat makhluk ini. “
Di yakinijuga dengan menyentuh bagian mana saja dari tubuh cacing ini akan langsung mengalami kematian, yang diduga mengandung racun logam yang mengakis. Cerita rakyat setempat juga bercerita mahluk ini suka tanaman parasit lokal sepertiGoyo.
Mungkinkahia sejenis belut elektrik yang hidup di tanah?
Belut elektrik adalah cacing panjang seperti Mongolian Death Worm dan diketahui juga bahwa belut elektrik ini dapat menghasilkan elektrik yang cukup kuat untuk melumpuhkan ataumembunuh mangsanya.
Belut listrik yang dengan nama latinnya Electrophorus electricus ini terkenal dengan kemampuannya untuk menghasilkan arus elektrik yang kuat, mencapai 500-650 volt.Hal ini cukup membuat pingsan atau membunuh mangsanya tetapi belut listrik tidak mempunyai racun yang disemprotkan. Mereka tinggal di dasar lumpur di dalam air yang tenang dan bila ia harus bernafas belut listrik naik ke permukaan setiap 10 menit atau lebih, binatang itu akan menelan udara sebelum kembali ke bawah. Hampir 80% dari oksigen yang digunakanoleh ikan diambil dengan cara ini. Ini menunjukkan bahwa mungkin cacing maut ini yang paling mungkin untuk memiliki variasi seperti ini di darat.
Namun kawasan seperti Gurun Gobi tampaknya akan terlalu keras untuk makhluk semacam itu.Namun mengingat kepercayaan penduduk lokal bahwa "cacing suka keluar dari dalam tanah umumnya setelah hujan, ketika tanah masih basah".
Mungkinkahseekor ular yang meludah?
Ludahan kobra sangat tepat pada jarak lebih dari 10 kaki. Ketika kobra itu ingin"meludah" atau "menyemburkan" bisanya, Cobra dapat menyemprotkan racun yang menyakitkan secara langsung ke dalam mata binatang yang berpotensial menginjaknya dari jarak yang aman.
Ular yang mirip cacing berbentuk sama seperti cacing "Mongolian Death Worm" dilaporkan ular kobra meludah akan tampak kemerahan dengan warna-mirip dengan laporan tentang cacing maut Mongolia ini. Mungkinkah cerita-cerita tentang renjatan listrik dibuat karena kesalahan yang disebabkanoleh betapa terkejutnya melihat makhluk itu.
kesimpulan Mungkin saja para saksi salah mengira dan salah melihat tentang cacing mongolia. Tetapi mungkin saja makhluk ini benar-benar ada. Menurut legenda, gurun gobi dahulunya adalah bekas tasik yang kemudian mengering akibat bencana, mungkin saja cacing itu adalah belut elektrik yang sudah berevolusi.who knows...
http://vhanzam.blogspot.com/2010/07/mongolian-death-worm.html
siapa yang nak melancong ke mongolia kim salam dgn cacing neh .....
btw tegezut aku bila kena sembur dengan racun pas tu kena telan hidup2 dengan binatang ni dalam game diablo..
momod kalau dah ada thread ni pancung aja..
update: penatnya aku edit tulisan indon ini...kalau tak faham lagi baca article bi kat bawah..kikiki...
|