Berita baik bagi anda yang berhidung kemek atau kurang mancung, kini terdapat satu alat untuk memancungkan hidung yang tentunya lebih murah jika dibandingkan dengan pembedahan plastik.
Alat ini yang dikenali sebagai Beauty Lift High Nose, adalah alat memancungkan hidung, keluaran syarikat Omni, iaitu sebuah syarikat di Jepun. Alat ini dikatakan dapat memancungkan hidung dengan bantuan sejenis alat getaran (vibrator) di dalamnya. Ia dijual pada harga sekitar USD 83 (RM 258) seunit.
|