CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4510|Reply: 10

Mertua enggan berpindah keluar dari rumah tumpang..

[Copy link]
Post time 30-7-2012 09:32 AM | Show all posts |Read mode
hmm.. xtau cammana nak mula sebab kes ni dah melarat terlalu lama sehinggakan ianya boleh mengundang kepada pergaduhan serius.. saya sebagai menantu nih x berani nak campur hal keluarga mertua anak beranak..

ceritanya gini.. mertua (mak dan abah) mengambil keputusan pulang ke kampung setelah pencen kerana menjaga wan dan atuk yg telah tua. adik beradik yang lain xnak jaga ( macam2 alasan). kemudian berlaku perang..xtau ape sebabnya yang menyebabkan mak dan ayah diusir keluar dari rumah wan. so lani duduk menumpang di rumah yang tidak berapa jauh dari rumah wan juga la.dalam 30 minit perjalanan jalan kaki.

persoalannya mak dan abah mempunyai rumah sendiri ( saya namakan rumah K)..tapi rumah itu dibiarkan kosong tak berpenghuni.. rumah tersebut rumah kos rendah 2 tingkat.. tapi jauh lebih baik keadaannya dari rumah tumpang sekarang ni.

puas sudah adik beradik, menantu memujuk supaya berpindah kerana tidak tahan dengan gossip gossip panas yg berlalu di telinga-telinga. tapi gagal dek terlampua banyak alasan2 yang diberikan oleh mak dan abah.

baru baru nih berlaku lagi sedikit pertengkaran apabila anak dan menantu berpakat nak beraya di rumah K dan membawa mak dan abah bersama tapi ditentang hebat oleh mak dan abah atas alasan2 rapuh seperti bertugas di masjid pada pagi hari raya, tiada kerja di kawasan rumah baru, pokok-pokok dan tanaman tiada berjaga dan pelbagai lagi alasan x logik dek akal yang hanya memanaskan hati. abah dan mak dah meniti umur senja dah 70 manakala mak pula dah 60. tapi mereka ini tidak paham bahawa anak anak nak yang terbaik untuk ibu bapa, bukan hendak menyusahkan.

kadang2 pelik bila melihatkan keadaan macam ini berlaku.. anak2 dah willing nak jaga mak dan abah di rumah baru yg ternyata lebih dekat dengan anak2 ( kira boleh balik hari). tapi mak dan abah enggan.. pelik bin ajaib..

mungkin forumer-forumer boleh memberikan pandangan dan kalau nakkan maklumat tambahan boleh bertanya..maaf x berapa pandai nak bercerita.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2012 10:02 AM | Show all posts
org tua ni slalu nyer ade reason sendiri.. ade sbb sbnr yg dier rahsiakan tu, lgpon, mungkin jugak lokasi rumah K x sesuai dengan kehendak mereka.. mung jgk rumah K lebih jauh dr umah wan berbanding rumah yg diorang duduk skrg...sabrlah... pelan2 boleh tanye, apa sbb sebenar diorang xmo pindah..carilah org yg sesuai dan masa yg sesuai utk bertanya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 12:13 PM | Show all posts
umah K tu jauh ke?..rumah tumpang tu atas tanah sape? soh la tuan tanah tu halau derang...nak tanak derang kene balik umah K jugak....skang ni sapa tinggal kat umah K....umah K tu mmg hak milik kekal PIL ke?......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 10:23 AM | Show all posts
juita posted on 30-7-2012 12:13 PM
umah K tu jauh ke?..rumah tumpang tu atas tanah sape? soh la tuan tanah tu halau derang...nak tanak  ...

rumah K tu xla jauh mana...jarak ngan rumah wan tu ade la dalam sejam perjalanan (ikut highway) itupun kalo bawak 80km/j. kalo bawak 110km/j 30 minit sampai rumah wan..

yup..rumah K tu rumah mertua sendiri (ayah).. dah 3 tahun terbiar xde orang duduk..soh sewakan xnak.. rumah dah siap untuk diduduki..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 01:00 PM | Show all posts
kdg2 susah nak faham hati budi orang tua ni.... kadang2 kita sebagai anak fikir dah terbaik.. tapi mak pak tak fikir camtu... cuba cari ank yang paling rapat/sayang.... cuba korek ape masalah sebenar... kalo memang diorg suka duk area situ.... carikan rumah lebih baik... ape2pun... PIL anda masih beruntung sebab masih berdua.... tak risau sangat.. tapi sesekali kene jugakla bergilir jenguk bukan?....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 06:33 PM | Show all posts
apa yg aku leh kata, mak ayah ko dah rasa selesa duk dirumah tumpang..
kita anak2 ni bila dah tua tentu akan pikir macam diorang gak kot..
ada tanaman bunga2 nak dijaga, ayam itik nak kasi makan.. tambah2 dekat ngan umah tok ko, so senang nak tgk2an.. untungnya tok dan tokwan ko dpt anak2 mcm dorang.. dan untung dorang ada anak2 mcm ko utk menjaga bila dah tua2 neh..

cuba ko sitdown and diskas, bagitaula kat mak ayah, korang nak dorang berpindah spaya korang juga senang nak jaga diorang.. bagusnya famili korang ni sama2 saling membantu ala2 koperasi gitu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2012 11:48 PM | Show all posts
hati org2 tua ni lain skit.. bukan mcm kita. diaorg dh tua2 ni kekadang sengaja cari keja jaga pokok, itik ayam etc sbb nak rasa diperlukan sambil menghabiskan masa diaorg. mungkin jugak org2 kat area tu dh mcm family pada diaorg.. or mungkin diaorg xnak menyusahkan anak2.....

tanyalah baik2... kalo rumah tumpang tu xder masalah tuan rumah nak halau diaorg or rumah tu dh terlampau uzur, biarlah asalkan diaorg gembira. aku agak korang ada juga rasa malu kan mcm korang xjaga parents korang?? pedulikan apa org ckp asal parents u gembira. apa salah korang amik turn balik rumah tu every weekends jenguk diaorg.. bukan jauh pun kan? raya kat rumah tumpang tu akan still meriah kalo korang ramai2 balik meriahkan.....

bersyukurlah parents in-law u tu xsuka menyusahkan anak2.... tp korang jgn pulak take for granted.

erkkkk tiba2 aku teringat ceta pondok buruk kat astro setiap kali nak raya.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 02:27 AM | Show all posts
...apa yang nak dipelikkan sangat??...dah hati mereka gembira dan senang duduk kat rumah tumpang tu...biarlah mereka di sana...memang kita nak yang terbaik buat mereka...but...u must remember...mereka lebih tau apa yang terbaik buat diri mereka...so...sebagai anak2 dan menantu...korang kena belajar menghormati kehendak dan keputusan mereka...there must have been reasons kenapa mereka tak mo berpindah ke rumah mereka semula...no matter how silly the reasons are...korang kena terima ngan hati dan minda yang terbuka...yang penting...mereka selamat...selesa dan senang hati...tak guna korang nak memaksa mereka balik ke rumah yang jauh lebih elok tapi hati mereka tak senang dan gembira...ianya akan mendatangkan kemurungan saja buat mereka...so...tak perlulah korang nak bergaduh dan bertekak tentang hal nie...what u guys should do is to just ensure that keperluan harian mereka cukup dan mereka selamat di sana...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2012 08:32 AM | Show all posts
ok topik ni dah boleh closed.. since mertua dah berpindah juga ke rumah baru..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 08:39 AM | Show all posts
potatochip posted on 4-12-2012 06:32 PM
ok topik ni dah boleh closed.. since mertua dah berpindah juga ke rumah baru..

bagaimana korang pujuk?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 08:54 AM | Show all posts
faraway1 posted on 5-12-2012 08:39 AM
bagaimana korang pujuk?

Allah maha kaya dalam menentukan outcome perancangan kami..

kebetulan ayah mertua accident motor.. so dalam tempoh dia healing tu, kami buat alasan soh pindah sementara bagi memudahkan proses penyembuhan berlaku..

sekarang dah genap 6 bulan kot berpindah.. ayah dah sembuh sepenuhnya.. barang2 pun semua kami dah angkut ke rumah baru.. so harapnye berkekalan la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051327 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list