Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Prahlad merupakanseorang manusia yang langsung tidak makan dan minum selama 70 tahun. Dia kemudiannya telah dikuarantin, dan ternyata dirinya langsung tidak menyentuh sebarang makanan.
Berapa lama badan anda mampu bertahan tanpa makan dan minum? Tiada siapa dapat mennduga sebenarnya dan mengikut logik akal manusia akan mati tanpa makan danminum. Mengikut kajian, purata menunjukkan manusia mampu bertahan selama 50hari tanpa makan dan minum dan rekod paling lama adalah 74 hari.
Namun, sesuatuyang agak mengejutkan apabila terdapat seorang lelaki di India, Prahlad Jani,82 mendakwa yang dirinya tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun.
Tambah mengejutkan, tanpa makan dan minum, dia mampu bertahan dan mampumenjalani rutin harian seperti orang lain. Oleh kerana keunikan yang berlakupada Prahlad, dia telah dikuarantin bagi tujuan kajian di sebuah hospital diAhmedabad, dalam daerah Gujarat, India.
Selama enam hari diisolasi, Prahlad tidak pernah menyentuh makanan dan minuman serta tidak menunjukkan sebarang gejala penurunan stamina atau dehidrasi. Pada masa yang sama, kajian masih lagi dijalankan bagi mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan ‘keunikan’ yang ada pada diri Prahlad.
Dalam tempoh isolasi itu juga, selain tidak makan dan minum, Prahlad juga tidakpernah membuang air kecil dan air besar. Prahlad tetap menunjukkan sikap sertatingkah laku yang positif tanpa sebarang tanda-tanda kelemahan. Doktor akanmemantau dalam tempoh 15 hari lagi sebelum membuat konklusi serta kajian penuhpada Prahlad.
Pihak perubatan turut memantau jika-jika Prahlad mengalami kekejanagn otot,dehidrasi yang serius sera kegagalan organ.
kredit dhanian.blogspot.com
Last edited by sara2511 on 31-7-2012 07:26 AM \n\n Last edited by sara2511 on 31-7-2012 07:29 AM \n\n |