CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10021|Reply: 34

Pembongkaran Oleh NASA: Kejadian Yakjuj & Makjuj Yang Harus Diketahui!

[Copy link]
Post time 3-8-2012 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States!

Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harusdiberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

Kawasan pergunungan Caucasus dikaitkan sebagai lokasi Yakjuj dan Makjuj
Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ.
“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. Ciri-ciri tersebut ialah;
1. Seperti manusia biasa,mereka berjalan dengan dua kaki.
2. Mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi.
3. Jari-jari mereka seperti kuku binatang.
4. Tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole.
5. Kulit mereka tebal dan sangat kuat untuk menahan panas melampau di bawah tanah.
6. Bahasa perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
7. Mereka mempunyai sistem otot yang besar dan kuat, membuatkan mereka mampu bertindak ganas

GAMBAR: kaum Mole yang di gambarkan
“Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang serius,
1. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasama?
2. Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi?
3. Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
4. Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98)

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 12:21 PM | Show all posts
ni cerita ke fakta ni...kompius aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 12:23 PM | Show all posts
Tipulah cerita ni. Entah-entah ianya sebuah propaganda filem Steven Spielberg akan datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 12:25 PM | Show all posts
akughi posted on 3-8-2012 12:21 PM
ni cerita ke fakta ni...kompius aku

ntah..dpt pasal ni pun dari kwn,die forwardkn kt sy....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 12:29 PM | Show all posts
MyLovelyHoney posted on 3-8-2012 12:25 PM
ntah..dpt pasal ni pun dari kwn,die forwardkn kt sy....

Weekly Worl News kat US tuh macam akhbar Mingguan Misteri kat negara kita. Kalo ko try baca, dari depan sampai belakang semuanya berita yang tak masuk akal. Pasai jiran dikidnap alien, berkahwin dengan bigfootlah, terjumpa kenderaan leprechaun .....that sort of news nok!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 12:33 PM | Show all posts
Cerita rekaan Yahudi dan nasrani ajo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2012 12:34 PM | Show all posts
iolss just paste pasal ni...nk pecaye@ xnk pecaye ikt uolss laaa....iolss xsuruh pecaye
bg iolss pun,iolss just bce jee,xde nk iyekn bende ni@x.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 12:47 PM | Show all posts
dah mcm sains fiksyen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 12:48 PM | Show all posts
pikok dulu main warcraft selalu guna ORCS
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 12:54 PM | Show all posts
dah berapa tahun  dah aku dengar cerita ni.....entah ia entah tidak.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 01:40 PM | Show all posts
Rasanya dah lama citer ni tapi belum nampak bukti kebenarannya atau ianya sengaja dirahsiakan sehingga sampai waktunya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 02:03 PM | Show all posts
yang pastinya dan kita kena percaya bahawa kiamat itu sudah dekat
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 03:21 PM | Show all posts
dah lama citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 03:25 PM | Show all posts
tidak betul...

sebenarnye NASA dah temui makhluk yg hidup di awan-awanan, makhluk ni nama doraemon....korang caya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 04:09 PM | Show all posts
aku lebih percaya kalau ada sokongan gambar sebagai bukti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 04:23 PM | Show all posts
ren0_0 posted on 3-8-2012 04:09 PM
aku lebih percaya kalau ada sokongan gambar sebagai bukti

ada gambar tempat yang NASA jumpe lokasi yakjuj dan makjuj tp sy xpandai nk paste kt sini...sory ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2012 01:38 AM | Show all posts
yakjuj makjuj ada kat depan mata kita sekarang. mka belum bangun lagi sekarang ini kerana belum ada ancaman kpd mka, cuma mka makin kuat dan kuat.
bilamana dajjal berjaya dihapuskan, maka org2 kristian akan memeluk agama islam, maka akan wujud lagi satu kuasa besar dan berteknologi tinggi. waktu itu lah yakjuj makjuj tersentak, maka mka bersatu membentuk kuasa baru yg memang tak boleh dikalahkan. tuhan sendiri melarang org islam memerangi mka kerna memang akan kalah.

tahu siapa mka itu? nak tahu  kena ada respon dpd forummer sekalian. aku blh beritahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 03:29 AM | Show all posts
aku pantang betol org paste cite palsu pastu kaitkan dgn ayat2 al quran. dah jadi macam menhina tau tak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 05:49 AM | Show all posts
sktg posted on 4-8-2012 01:38 AM
yakjuj makjuj ada kat depan mata kita sekarang. mka belum bangun lagi sekarang ini kerana belum ada  ...
yakjuj makjuj ada kat depan mata kita sekarang. mka belum bangun lagi sekarang ini kerana belum ada ancaman kpd mka, cuma mka makin kuat dan kuat.
bilamana dajjal berjaya dihapuskan, maka org2 kristian akan memeluk agama islam, maka akan wujud lagi satu kuasa besar dan berteknologi tinggi. waktu itu lah yakjuj makjuj tersentak, maka mka bersatu membentuk kuasa baru yg memang tak boleh dikalahkan. tuhan sendiri melarang org islam memerangi mka kerna memang akan kalah.

tahu siapa mka itu? nak tahu  kena ada respon dpd forummer sekalian. aku blh beritahu
ha aku dah respon. citer lah.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 05:56 AM | Show all posts
wallahualam....hanya Allah je yg mengetahui segala sesuatu..terpulang pd kita nk percaya ke x perkara ni..TT cuma sampaikan informasi je...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.180877 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list