CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3453|Reply: 6

Michael Phelps di Olimpik 2012

[Copy link]
Post time 29-7-2012 10:09 AM | Show all posts |Read mode
                                                                    
                  
                                                                                    

LONDON: Perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte melakukan kejutan terhadap pemegang rekod dunia Michael Phelps apabila menggungguli acara 400 meter medley lelaki di kejohanan Olimpik 2012, semalam.

    Acara kolam bagaimanapun dikuasai dua perenang China, Sun Yang dan Ye Shiwen yang mencatatkan nama mereka dalam rekod dunia.      


            Renangan Lochte pada acara 400m individu medley bagaimanapun tiada cabaran bagi Phelps yang hanya menduduki tempat keempat.      
      
         Lochte unggul dengan mencatat masa 4 minit 05.18 saat dengan tempat kedua oleh perenang Brazil, Thiago Pereira dan ketiga Kosuke Hagino dari Jepun.

  Kekalahan itu nyata satu igauan kepada Phelps yang menggondol 16 pingat emas di Olimpik dengan lapan daripadanya menang di Beijing.

Dia hanya memerlukan tiga lagi pingat emas untuk menyamai rekod kemenangan atlit gimnastik Russia,  Larisa Latynina iaitu 18.

    “Ia renangan yang kurang baik. Untuk 200 meter permulaan, saya rasa seperti biasa tapi untuk 100 terakhir renangan saya terlalu sukar," kata Phelps.      
Phelps mempunyai enam lagi acara tetapi Lochte bukan hanya satu-satunya   bintang lelaki yang bakal memberi cabaran di kolam renang ketika ini.

  Ini kerana perenang China menunjukkan keunggulan apabila Sun menjadi perenang lelaki pertama Cina menggondol pingat di Olimpik apabila menjuarai acara 400 meter gaya bebas.

Di acara wanita, Ye yang berusia 16 tahun pula mencatat rekod dunia acara 400 meter medley dengan catatan 4 minit 28.43 saat. — AFP

p/s: Raja Renang gagal mengulangi pencapaian Beijing 2008...

Last edited by perang_sivil on 6-8-2012 01:08 AM \n\n

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2012 12:05 PM | Show all posts
ala... dh pencen besa la....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 04:00 PM | Show all posts
tapi dia sebaya dgn lochte kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 06:57 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 29-7-2012 12:05 PM
ala... dh pencen besa la....

masih muda lagi.. takkan dah sampai zaman kemuncak...

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 07:20 PM | Show all posts
perang_sivil posted on 29-7-2012 06:57 PM
masih muda lagi.. takkan dah sampai zaman kemuncak...

tk muda sgt la..bg sorang atlit olimpik..coz ramai lg yg muda2 leh beat die anytime... cth ;- perenang china....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 06:12 PM | Show all posts

US swimming great, Michael Phelps

US swimming great, Michael Phelps
US swimming great, Michael Phelps (27), has won 16 golds, 2 silver & 2 bronze in successive Olympics. He is still trying in London. Nobody accuses him of taking banned substance.

Perenang terkemuka, Amerika Syarikat, Michael Phelps
Perenang terkemuka Amerika Syarikat, Michael Phelps(27), telah mengungguli 16 emas, 2 perak & 2 gangsa di beberapa Olimpik. Beliau masih berikhtiar di London. Tidak ada orang yang mendakwa bahawa beliau memakan ubat larangan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2012 01:09 AM | Show all posts
22 pingat emas dalam 3 temasya olimpik dan 18 pingat emas.... satu rekod yg sangat menakjubkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055049 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list