Mulai hari ini, korang jangan lagi mensia-siakan nafas yang dihembuskan, manfaatkanlah nafas korang untuk charge bateri henfon atau tablet. Smartphone hari ni canggih-canggih tapi bateri cepat abis ye dak. Ala-ala topeng Bane dalam Dark Knight Rises kan. Jadi, apakah keistimewaan produk konsep ini?
Di dalam mask ni tersedia satu lubang angin kecil yang akan bergerak ketika anda bernafas sama ada nafas ditarik mahupun dihembus. Lubang kecil ni kemudian mengalirkan nafas dan convert tenaga elektirk dan kemudiannya ia secara automatik akan mengisi semula bateri henfon atau table korang. AIRE ni sebenarnya pemenang anugerah produk konsep di event Red Dot. Idea ni adalah idea genius João Paulo Lammoglia dari Brazil. Cool...
|