Vivian Wheeler adalah seorang perempuan yang unik. Uniknya, dia memiliki janggut dan misai yang cukup panjang.Ia dinobatkan sebagai perempuan dengan janggut terpanjang di dunia telahpun di catat pada Guinness Book of Records. Panjang janggutnya mencapai 11 inchi atau 27,94 cm.
Vivian tinggal di Bakersfield, California kini ini berusia 62 tahun dan pernah bekerja di sarkis. Vivian dilahirkan dengan memiliki keadaan hypertrichosis atau dikenali dengan sindrom serigala dimana bulu-bulu atau rambut tumbuh secara berlebihan di wajah.
Selain itu Vivian juga dilahirkan sebagai hermaphrodite atau memiliki 2 jenis kelamin. Namun ketika masih kecil ibunya, yang mewariskan hypertricohisis kepadanya, meminta doktor untuk membuang alat kelamin lelakinya kerana ibunya menginginkan anak perempuan.
Ayahnya menghantar Vivian bekerja dibidang pertunjukkan sarkis ketika berusia 5 tahun – dengan gaji 1,000 sebulan yang dikirim kepada kedua orang tuanya di kampung.
Vivian kini memiliki seorang anak lelaki bernama Richard Lorenc, 33 tahun.
|