CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12862|Reply: 56

Fakta Orang Yang Menggunakan Tangan Kiri Dan Tangan Kanan

[Copy link]
Post time 7-8-2012 01:05 AM | Show all posts |Read mode


Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan di mana hanya seorang sahaja yang kidal di dalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi di dalam kandungan.

Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.

melayukini.net



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 01:41 AM | Show all posts
I bkn nak bela org right-handed.
I pun right-handed.
Tapi tang fakta yang cakap left-handed berfikir lebih cepat rasanya kurang betul.
Bukan nk kutuk, tapi ada sorang member kidal, bila dok usha2 dia, mmg agak slow.
Betul bkn niat mengutuk.
Sorila all lefthanded out there.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 02:52 AM | Show all posts
Untuk menulis, saya gunakan tangan kanan. Kalau nak buat benda-benda lain, mana satu tangan pun tak kisah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 02:52 AM | Show all posts
camne pulak bila orang tu boleh menggunakan kedua2 belah tangan dengan selesa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 05:49 AM | Show all posts
anak haku yg twin sowang tgn kanan...sowang tgn kiri....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 06:54 AM | Show all posts
I bkn nak bela org left-handed.
I pun left-handed.
Tapi tang fakta yang cakap left-handed berfikir lebih cepat rasanya sangat betul.
Bukan nk puji, tapi ada sorang member kidal, bila dok usha2 dia, mmg agak fast, dan agak comel.
Betul bkn niat memuji.
Sorila all righthanded out there.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2012 07:17 AM | Show all posts
aku right handed gak..tapi aku suke tgk orang kidal ni..aku kagum dulu try gak tulis pape pakai tangan kiri..tapi tak menjadi..ketar2 tgn aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 07:48 AM | Show all posts
anak buah aku kidal. kalau nak makan dua dua tangan dia guna. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 08:30 AM | Show all posts
agak semak iklan kat kanan ni..terpaksa mata pon ke kanan utk men-close-kan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 08:46 AM | Show all posts
adik aku dua orang kanan, dua org kidal. perbezaannya dari segi pemikiran dan perwatakan mmg ketara bezanya. aku setuju yg kidal lebih cepat dlm segala segi manakala yg kanan lebih prihatin n lembut hati.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:03 AM | Show all posts
hakass009 posted on 7-8-2012 05:49 AM
anak haku yg twin sowang tgn kanan...sowang tgn kiri....

sama dgn abg kembar sy..sorang kidal, sorang tak..sy pun kidal..nenek sebelah mak pun kidal
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:06 AM | Show all posts
aku makan guna tgn kanan la..tp kalau pakai sudu, kekok sikit la
tp best gak kidal ni..kdg2 blh guna both hands..sebelah pegang mouse, sebelah menulis
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:15 AM | Show all posts
aku right-handed, dlm 2 thn lps, sesaje aku training tulis tgn kiri, skang ni aku blh gune dua2 tgn untuk menulis, kalau aku tulis jawi, tangan kiri aku lg cantik dr tgn kanan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:18 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 7-8-2012 02:52 AM
Untuk menulis, saya gunakan tangan kanan. Kalau nak buat benda-benda lain, mana satu tangan pun tak  ...

buat pe yg blh mana² tgn tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:22 AM | Show all posts
Alf_Ramsey posted on 7-8-2012 10:15 AM
aku right-handed, dlm 2 thn lps, sesaje aku training tulis tgn kiri, skang ni aku blh gune dua2 tgn  ...

o, ye ke, maknanya klu di trained blh je

terer tu tulih jawi, kiri lak tuh

classm8 dulu lefthanded, tp tgn kanan pon die blh tulis gak, cuma kata die slow sket klu guna kanan

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:35 AM | Show all posts
suka org lefthanded..diorang ada satu style tersendiri...cara dia pegang benda..cara dia bercakap sambil tangan beraksi... mmg lain..

dulu masa kecik2 selalu cuba tulis guna dua2 tangan.. yg lips notice kalau guna pencil/pen, handwriting agak buruk tapi kalau guna marker pen tulis
di white board..not bad hasilnya... kalau practice mmg boleh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 10:36 AM | Show all posts
husband kidal...n xdinafikan he's more intelligent than me.cpt catch up.
my mom pn kidal gak.tp anak die sorg pn xkidal.sume right handed.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:45 AM | Show all posts
orang lefthanded nie kreatif..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:47 AM | Show all posts
ingat ms sek dlu.. kalu exam karangan, mmg lenguh nk menulis secara bterusan..
tp ade kwn aku nie, dia kidal tp ble tulis guna tangan kanan..
kejap2 dia duk urut tangan kiri, pastu tulis tgn kanan..
pas urut tangan kanan, dia tukar ke tgn kiri..

aku ckplah kat dia cam best je dua2 tangan ble guna,
dia ckp mmglah best tp tulisan tgn kanan burok bebeno...
mmg klakar tgk karangan dia. siap cikgu ckp "awk nie tiru ke ape? bgilir2 ngan kwn ke tulis nie??"..walhal dua2 tulisan dia..nmpk beno beza tulisan tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:51 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 7-8-2012 10:22 AM
o, ye ke, maknanya klu di trained blh je

terer tu tulih jawi, kiri lak tuh

mmg boleh. aku leh tulis dua2 tgn gak. wlopon aku tgn kanan, mak aku paksa masa aku dr tadika smp darjah 3 soh tulis tgn kiri. so xde masalah pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.525770 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list