CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2534|Reply: 2

Islam penemu Benua Amerika

[Copy link]
Post time 7-8-2012 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Islam penemu Benua Amerika

bagaimanakah pengIslaman di tanah ini berlaku? Seperti yang kita pernah pelajari pergerakan dakwah Islamiah sangat pesat sejak kerasulan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, malah diriwayatkan sahabat baginda iaitu Saad bin Abi Waqas juga menyebarkan Islam sehingga ke negara China.

Maka disini terdapat pemerhatian yang dilakukan oleh para pengkaji berkenaan usaha penyebaran Islam di wilayah barat atau lebih tepat lagi di benua Amerika memandangkan ia berlaku jauh lebih awal sebelum usaha2 eksplorasi yang dijalankan oleh pemerintah seperti Sepanyol, British, Belanda, dan sebagainya. Terdapat juga para geografi dan intelektual Islam yang pernah mencatat perjalanan ke benua Amerika seperti Abul- Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal pada 957M), Al Idrisi (meninggal pada 1166M), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300- 1384M), dan Ibn Battuta (meninggal pada 1369M).





Bukti dan catatan2 pelayaran adalah seperti:

1.) Terdapat orang Islam dari Afrika yang singgah di Delba (Palos) di Sepanyol ke barat dan menuju ke lautan Atlantik dan berhasil memperoleh barang2 bernilai dari tanah asing pada pemerintahan Umaiyah. -Dr. Youssef Mroueh

2.) Perjalanan navigator dari Granada bernama Ibn Farrukh yang melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulauan Canary) sebelum melanjutkan perjalanan ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana.

3.) Catatan Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani yang mendarat di kepulauan Green di Karibia pada tahun 1291M.

4.) Catatan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari yang memerinci eksplorasi geografi ke benua Amerika ketika Timbuktu menjadi pusat peradaban dan keilmuan di Afrika. Sultan Abu Bakari I (1285-1312M) dan Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337M) melalui ekspedisinya telah dua kali menyusuri sungai Mississippi. Perjalanan ini diabadikan dalam peta berwarna Piri Re'isi dan dipersembahkan kepada Sultan Selim I pada 1517M.

5.) Columbus mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba beliau melihat sebuah masjid dan sisa2 runtuhan ini dapat dilihat di Kuba, Mexico, Texas, dan Nevada.

6.) Dua orang nahkoda kapal pimpinan Columbus juga adalah Islam iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang berkeluarga dari Sultan Maroko Abuzayan Muhammad III (1362M)- Thacher, John Boyd: Christopher Colombus, New York 1950.

Columbus sebenarnya dikenali sebagai penemu benua Amerika melalui peristiwa pengusiran kaum Yahudi dari Sepanyol oleh Raja Ferdinand. Orang Yahudi mengumpul dana bagi pelayaran Columbus dan berita penemuan benua Amerika dikirim pertama kali olehnya kepada kawan2 Yahudinya di Sepanyol.

Semangat orang2 Islam untuk berdakwah dan juga semangat kerajaan China untuk mengenal lebih jauh dunia untuk meluaskan pengaruh selain tujuan perdagangan mendorong mereka menjalankan ekspedisi2 pelayaran seperti tokoh agung seperti Laksamana Cheng Ho yang direkodkan belayar sejauh 50, 000km. Maka tidak hairan jika terdapat kajian bahawa penyebaran Islam di Nusantara juga dikatakan dari China.

Laksamana Zheng He/ Cheng Ho

Walaupun demikian, laksamana laut Cheng Ho ataupun Zheng He adalah penemu benua Amerika pertama iaitu 70 tahun sebelum Columbus. Teori ini dikemukakan oleh Gavin Menzies bersama bukti2 catatan sejarah dan analisis secara kritikal seperti navigasi bintang menggunakan peta bintang Cina kuno sekaligus menolak Columbus sebagai penemu Amerika. Penjelajahannya antara 1421 dan 1423 menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.





Ternyata keunggulan Islam pada zaman kegemilangannya tidak hanya tertumpu pada ilmu pengetahuan semata2. Sahutan seruan dakwah Islamiah juga menjadi pemangkin umatnya untuk terus maju dan secara tidak langsung juga dapat memakmurkan alam ciptaan tuhan tanpa mengira latar tempat mahupun masyarakat, tidak kira timur atau barat. Islam untuk semua..=)
delete klo dah ade...


Kredit kepada mp3-jiwang.org


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 02:38 PM | Show all posts
oic.. laksamana cheng ho ni beragama islam ke? hebat2.. nak gi india terpegi usa.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 07:32 PM | Show all posts
nice info....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062897 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list