CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3068|Reply: 5

Pusaran Air Naruto di Jepun

[Copy link]
Post time 10-8-2012 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Pusaran air naruto? Entri ini tidak berkaitan sama sekali dengan manga popular jepun iaitu Naruto. Di Selat Naruto, Hyogo, Jepun, terdapat pusaran air yang berlaku sepanjang pantai Shikoku kerana isi padu besar air bergerak antara Laut Seto dan Lautan Pasifik di antara air pasang serta surut digabungkan dengan geografi unik di dasar laut.

Pusaran air Naruto ini berlaku kira-kira setiap enam jam dan biasanya boleh dilihat sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang untuk tempoh satu atau dua jam. Saiz pusaran air akan jadi berbeza dan ini bergantung kepada keamatan air pasang surut.

Mengikut kajian, saiz pusaran akan menjadi lebih besar pada musim panas manakala pada musik sejuk pula, saiz pusaran adalah lebih kecil. Pusaran terbesar kira-kira 20 meter akan terjadi semasa air pasang surut di musim bunga yang berlaku setiap dua minggu pada musim tersebut.

Jika kita menaiki kapal atau berada di sisi jambatan Naruto yang dibina merentasi selat itu yang berukuran 1629 meter panjang dan lebar 876 meter dan 41 meter dari paras laut, kita boleh memerhatikan fenomena pusaran air ini secara dekat. Pusaran air naruto sentiasa menjadi tarikan pelancong apabila melawat Jepun.

Jom lihat gambar pusaran air Naruto yang tersedia di bawah ini:








kredit lamankongsi.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 09:24 AM | Show all posts
takutnya kalo dekat2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 09:37 AM | Show all posts
pemes naruto shipuden nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 09:46 AM | Show all posts
asal usul hikmat2 yg katun tu guna dari sini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 01:33 PM | Show all posts
menakjubkan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 01:34 PM | Show all posts
tak pening ke tengok pusaran air tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.172646 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list