View: 13597|Reply: 15
|
5 Jet Pejuang Tentera Amerika paling mahal
[Copy link]
|
|
Memang selalu dengar tentera amerika ni maju dari segi pertahanannya ..
Jom kita tengok 5 Jet Pejuang Tentera Amerika yang Paling Mahal dan Canggih
1.Northrop Grumman B-2 Spirit
Banyak negara-negara yang majumemperkuatkan lagi pertahanan negara mereka dengan menghasilkan alat-alat peperangan dan kenderaan peperangan yang canggih dan berkuasa. Tapi untuk menghasilkan sesuatu yang canggih dan berkuasa memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Antara negara contoh adalah di Amerika, lihat sahaja kenderaan untuk tenteranya yang agak mahal. Jom lihat gambar di bawah ini.
The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 buah kepada 21 sahaja.
Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).
Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.
2. Bell-Boeing V-22 Osprey
Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes.
Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.
3. USS George H.W. Bush (CVN-77)
Dinamakan sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) ini dibina untuk tentera navy AS. Jumlah pembinaannya berjumlah $6.2 juta.
Kapal ini siap pada tahun 2009 dan mempunyai panjang 1,100 kaki. Ianya antara salah satu daripada kapal terpanjang di dunia. Had kelajuannya ialah lebih 30 knots dan kekuatan sumber tenaganya membolehkan kapal ini belayar lebih dari 20 tahun tanpa perlu mengisi minyak.
4. Lockheed Martin F-35 Lightning II
F-35 Lightning II dibina untuk sebahagian dari program bersama antara AS, UK dan sekutu lain yang dikenali sebagai “Joint Strike Fighter Program”. Kapasiti bahan bakarnya ialah lebih dari 18,000 pounds dan boleh mencapai kelajuan sehingga 1,200 batu sejam.
F-35 Lightning II dilengkapi dengan “4-barreled Gatling Cannon” dan lapan jenis peluru berpandu serta bom nuklear B61. Kos bagi setiap satu unit ialah $122 juta. AS bercadang untuk membeli lebih dari 2,000 unit pada kos sebanyak $323 bilion. Ini menjadikan Lookheed Martin sebagai penerima kontrak tentera terbesar dalam sejarah.
Dan yang terakhir..
5. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet
F/A-18 Hornet diperkenalkan oleh McDonnell Douglas dan dibina oleh Boeing. Ianya digunakan dalam operasi Desert Storm.Hornet boleh mencapai kelajuan maksimum 1,190 batu sejam dan boleh mendaki sehingga 50,000 kaki dalam seminit.
Di luar AS, jet pejuang ini juga digunakan oleh tentera Australia, Canada, Switzerland dan ia tampil dalam filem sains fiksyen 1996, Independence Day sebagai jet pejuang yang menewaskan ancaman makhluk asing.
Kredit: www.informasi.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mau bergegar jantiung kalau McDonnell Douglas F/A-18 Hornet ni lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa posted on 16-8-2012 12:52 PM
Mau bergegar jantiung kalau McDonnell Douglas F/A-18 Hornet ni lalu.
hahahahahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi Malaysia beli akan jadi kurang "berguna" kerana "source code" dikunci dan tidak boleh menembak negara Singapura. |
|
|
|
|
|
|
|
sauffie posted on 18-8-2012 04:28 PM
Tapi Malaysia beli akan jadi kurang "berguna" kerana "source code" dikunci dan tidak boleh menembak ...
Maksud kau?
|
|
|
|
|
|
|
|
sauffie posted on 18-8-2012 04:28 PM
Tapi Malaysia beli akan jadi kurang "berguna" kerana "source code" dikunci dan tidak boleh menembak ...
macam menarik, leh explain detail sket tak bro? |
|
|
|
|
|
|
|
Begini, apa sahaja sistem senjata yang dibeli dari Amerika, tidak kira kereta kebal, jet pejuang, kapal selam, kapal permukaan, semuanya ada "source code". Apabila sebuah negara islam atau bukan sekutu membeli, sistem akan "downgrade" berbanding negara sekutu yang membeli senjata sama. Contoh, kita dan Singapura beli F 18, Singapura adalah sekutu, versi mereka lebih tinggi dari kita. Lebih menakutkan, F 18 kita sudah di program tidak boleh menembak F 18 Singapura. Kalau boleh pun, ketepatan dan sistem tembakan kurang berkesan.
Ini berbeza dengan Rusia, sebab itu kita banyak beli dari Rusia. Rusia tidak mengunci "source code" mereka. itulah sebabnya, apabila kita dapat Sukhoi, mencicit Singapura beli yang lebih maju kerana kita punya lebih hebat dari mereka.
Last edited by sauffie on 18-8-2012 10:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
sauffie posted on 18-8-2012 10:22 PM
Begini, apa sahaja sistem senjata yang dibeli dari Amerika, tidak kira kereta kebal, jet pejuang, ka ...
Barulah den paham.
Maklumlah kuasa besar seperti AS.. , ... x suka negara islam .
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan singapore pun kena kunci source code dia.....ingat LKY dulu dabik dada cabar siapa2 serang singapore? Pasal RSAF dah ada AIM-120 AMRAAM?
AMRAAM tu semua kat Guam, US tak release, walaupun SG sekutu rapat US.
DAn TT, daripada tajuk thread, cuma dua je 'jet pejuang' lagi tiga tu kapal, bomber dengan pesawat pengangkut...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
berpadananlah dengan budget tuk pertahanan US tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
F22 Raptor dan F117 Nighthawk, yg dlm kategori stealth tak masuk dlm list ke?
Pasal source code ni, neither Malaysia nor Singapore dibenarkan utk membukanya, ianya privilege kepada pengeluar sahaja. Australia pernah mengambil tindakan untuk pecahkan 'source code' pesawat hornet sendiri..even Su30MKM milik TUDM sendiri pun, TUDM tak pernah memiliki kebebasan utk bukak source code pesawat tersebut. Kita negara pengguna sahaja.
Yg membezakan antara perolehan pesawat dr US bagi TUDM dan RSAF adalah kuantiti dan kualiti misilnya, contohnya TUDM hanya dibenarkan memperolehi misil BVRAAM jenis AIM120C5 sahaja (sama seperti RTAF kalau tak silap) berbanding RSAF yg menggunakan model AIM120 model 'D' yg lebih baik..tu pun kesemua misil ni disimpan dinegara pengeluar, dan compare dr segi kuantiti, AIM120C5 TUDM adalah seciput sahaja..
Yg membezakan antara pesawat block US dgn Rusia, contohnnya melalui pemilikan Mig29N dan Su30MKM adalah keupayaan TUDM untuk dapatkan misil setara/lebih baik dr AIM120C5 iaitu AMRAMSKI Vympel R77 dimana misil ini boleh dibeli tanpa memerlukan kelulusan senat, dan perolehan misil tersebut disimpan didalam gudang senjata kita.
Sekadar berkongsi ilmu..maaf TT, out of topic sat.. |
|
|
|
|
|
|
|
knapa takde org blh cipta keta pakai nuclear power mcm kapal carrier nih ek?
20 thn xpyah isi minyak... abis tepuh scrap trus... |
|
|
|
|
|
|
|
Besar mana kereta kuasa nuklear tu hang nak buat..... |
|
|
|
|
|
|
|
3. USS George H.W. Bush (CVN-77)
Dinamakan sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) ini dibina untuk tentera navy AS. Jumlah pembinaannya berjumlah $6.2 juta.
Pembetulan $6.2 bilion he he..., harga atah tuh leh beli sebiji kapal tobang ajor.. |
|
|
|
|
|
|
|
F22 Raptor tak masuk list ke? F22 lagi power dari F/A-18 Hornet kan? (kalo salah mohon betulkan) |
|
|
|
|
|
|
|
nice info about "source code"... |
|
|
|
|
|
|
| |
|