View: 2756|Reply: 14
|
Ibu bapa racist dipenjara kerana belasah anak yang bercinta dengan negro
[Copy link]
|
|
.David dan Frances Champion telah dipenjara kerana memukul Jane, anak perempuan mereka yang berusia 17 tahun dan teman lelakinya, Aflonce Ncube dalam dua serangan perkauman.
Insiden yang digambarkan sebagai "memalukan" dan "jahat" oleh Hakim itu berlaku selepas ibu bapa ini menuduh anak perempuan mereka memalukan keluarga kerana mempunyai teman lelaki berkulit hitam.
Serangan pertama berlaku di rumah keluarga di Swansea selepas Encik dan Puan Champion tiba di rumah mereka dan mendapati pasangan muda itu berada dalam "keadaan menanggalkan baju". Encik Champion dilaporkan terus mencekik tekak anak perempuannya dan menendang kaki Encik Ncube sebelum membuang dia keluar dari rumah mereka. Sepanjang serangan tersebut, Encik Champion didakwa menjerit penghinaan kesat berkaitan isu perkauman.
Serangan kedua berlaku di sebuah pub sebulan kemudian. Jane berhadapan dengan ibu bapanya dan mengaku mengenai status hubungan cinta mereka yang masih berterusan. Mendengar pengesahan cinta itu membuatkan bapanya menumbuk muka kedua-dua anak muda ini. Bukan setakat itu sahaja, Encik dan Puan Champion kemudian melawat restoran di mana teman lelaki anak perempuan mereka bekerja namun Encik Ncube menyembunyikan diri sehingga Encik dan Puan Champion meninggalkan premis itu.
Bercakap kepada mahkamah, Hakim Peter Heywood berkata: "Kita hidup dalam masyarakat liberal dan makrifat, pelbagai tingkah laku yang bersifat perkauman tidak boleh dibiarkan malah cara anda bertindak balas dalam menyelesaikan masalah ini adalah sama sekali tidak sesuai."
Encik Champion telah dipenjara selama 12 bulan manakala PuanChampion telah menerima hukuman sembilan bulan.
Kredit: http://jennykaleyn.blogspot.com/
Last edited by novelloverzz on 20-8-2012 01:06 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak patut betol parents ni,haihhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap kepada mahkamah, Hakim Peter Heywood berkata: "Kita hidup dalam masyarakat liberal dan makrifat, pelbagai tingkah laku yang bersifat perkauman tidak boleh dibiarkan malah cara anda bertindak balas dalam menyelesaikan masalah ini adalah sama sekali tidak sesuai."
Suka pulak dengan ayat Hakim tu....- masyarakat Liberal & makrifat......
|
|
|
|
|
|
|
|
chantik anaknyer.. ingtkan mak pak mesia yg bantai anak sbb kapel ngan black man.. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah pe pikiran mak pak mangsa....adoyai... |
|
|
|
|
|
|
|
marah benor kat kulit itam.. |
|
|
|
|
|
|
|
once you go black ..u never turn back...heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak dia tgh marah nmpk dorg tggl baju , mmgla mana2 bapak ngn mak akan marah bile ada dlm keadaan cmni, takkn nk bertepuk tgn lak..
tang lahar perkauman tu, aku rasa dorg bengang ngn anknye, terkeluarla kata2 tu
tang pkul dua2 tu, ntah2 anak dia wat story, kene sepak kt pipi, kata dipukul..ntahla labu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dah tak da pendekatan cara lain nak seselaikan masaalah. Kan sesia je kena masuk penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
racist tu perlu pada waktu2 tertentu.Tetapi menghina tanpa sebab adalah perkara terlarang.Kalau negro tu doktor pakar ,ke lawyer terhebat ke , jurutera yg mereka 7 lapis jambatan terpanjang didunia ke...aku rasa keadaan dan nasib percintaan mrk pasti berbeza..."ko siapa ,aku siapa"...statement paling racist yg x boleh dibuang sampai kiamat. |
|
|
|
|
|
|
|
untung la negro nih |
|
|
|
|
|
|
|
aku phm mst parents dia xnk cucu depa jd itam.......
|
|
|
|
|
|
|
|
meme cantik dan hot ankdara tu. tp baru 17 da nmpak 27 tahun le. mat negro ni agaknya pandai mengayat, hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat m'sia mmg patut pukul anak sbb buat perkara tak senonoh..
tp dia org tu marah bukan perkara tak senonoh tu tp sbb perkauman..
pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
isu beza kulit putih ngn kulit hitam... |
|
|
|
|
|
|
| |
|