|
Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
LIMBANG, SARAWAK, 4 SEPT 2012: Ibu kepada bintang Akademi Fantasia 2, Bob yang bernama Rosnah Tuah, 52, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.40 petang tadi selepas menderita sakit kanser pangkal rahim. Difahamkan, arwah telah mengidap penyakit ini selama 4 tahun dan meninggal dunia di Hospital Limbang, Sarawak di sisi Bob sekeluarga.
Ketika dihubungi, Bob atau nama sebenarnya, Mohd Yusrizan Yusop ternyata redha dengan pemergiannya ibunya itu tatkala umat Islam masih lagi meraikan sambutan Aidilfitri.
"Anak mana yang tidak sedih kalau bondanya pergi buat selamanya. Namun saya bersyukur kerana sempat bersama arwah sepanjang ramadan dan syawal ini. Malah, saya juga turut menyaksikan sendiri pemergiannya.
"Ini adalah ketentuan Allah. Saya dan keluarga sudah bersusah payah menjaganya dengan baik. Saya bersyukur kerana dapat menjaganya sebelum dia pergi. Saya bersyukur, ibu saya pergi dengan keadaan tenang dan sempat mengucakanp kalimah syahadah," kata anak sulung dari dua beradik ini.
Bercerita lanjut mengenai pemergian ibunya itu, Bob memberitahu 2 minggu sebelum meninggal, ibunya itu tidak mampu berkata-kata.
"Sebelum ini dia ada berpesan kepada saya supaya menjaga ayah, adik, diri dan rumah dengan baik. Malah, dia juga pesan supaya jujur dalam melaksanakan tugasan.
"Sebagai anak, saya sudah bagi sepenuhnya kepada dia. Saya sudah berikan secukupnya buat ibu saya. Insya-Allah, jenazah akan dikebumikan esok pada jam 10 pagi di tanah perkuburan Islam, Sungai Kudung, Limbang Sarawak," jelasnya.
Warga murai.com.my mengucapkan takziah dan berharap Bob sekeluarga tabah menerima ketentuan Illahi.
Credits: murai.com.my
Al-Fatihah...Takziah buat Bob sekeluarga....
|
|