CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85067|Reply: 983

FENOMENA Isteri Tanggung Keluarga.

[Copy link]
Post time 7-9-2012 11:21 AM | Show all posts |Read mode
LUAHAN HATI SEORANG ISTERI.....

(Notes: Cerita digubah semula, ikut sedap nak bercerita. Korang baca lah ikut suka nada korang ye? )

KISAH BENAR : FENOMENA ISTERI TANGGUNG KELUARGA

Kahwin dah masuk 7 tahun, tapi boleh dikira dengan jari,berapa kali aje suami bagi belanja bulanan (nafkah zahir) kepada keluarga.Malah, langsung tak pernah tanya hal-hal belanja rumah – keperluan dapur cukupke, bil-bil umah dah setel ke, duit untuk anak-anak cukup ke? Kenapa macamtu??? Bukan kah kewajipan memenuhi nafkah zahir untuk isteri dan anak-anak(keperluan asas – tempat tinggal, makanan, pakaian etc) adalah tanggungjawabsuami? Kenapa ada suami yang macam ni?


Ini lah mukadimah untuk luahan hati di sini…….kisah benardari seorang wanita bergelar isteri, ibu, surirumah (dulu bekerja, tapiberhenti sebab,….nnt akan diceritakan di bawah ini ye)



Suami seorang yang bekerja, tapi tak pernah ambil tahu hal-hal kewangan, perbelanjaan, keperluan keluarga…anak dah 3 orang…Cuma suami nitukang beli pampers & susu anak-anak setiap bulan, macam dah‘semualajadi’…tak pernah langsung tanya pada isteri tentang hal-ehwal keperluankeluarga….

Isteri pulak seorang bekerja, berkelulusan agak tinggi(tahap degree & master). Sebelum ni berkhidmat di sector perbankan.Pendapatan bulanan boleh lah tahan, dalam RM3400….tapi apabila tanggungjawabbelanja yang sepatutnya digalas oleh suami (atau pun probably di kongsi bersama-sama,pun okay lah jugak), TAPI ISTERI YANG TANGGUNG SEMUA apa kessss????


Tengok keperluan anak-anak & rumahtangga:-

  • hanta     anak-anak 3 orang ke rumah babysitter – RM800. Isteri bekerja di daerah yang lain. So     anak-anak akan dihantar pagi-pagi ke rumah babysitter around 6.30 a.m dan     isteri hanya akan pulang ke rumah around pukul 8 malam untuk ambik     anak-anak. Anak-anak berusia 1 thn, 3 thn & 6 thn.
  • anak     berusia 6 thn ke tadika – RM120.00 sebulan. Tadika agama. Masa-masa mula isteri nak     hantar anak ke tadika, terfikir gaks nak hanta ke tadika kemas /     perpaduan. Murah sedikit. Tapi masalah pengangkutan pulak kos jauh     sket....sapa nak hanta anak pegi dan balik. Yang tadika agama ni fleksibel     sikit coz cikgu ada tolong jemput dan hanta.
  • bil-bil rumah – standard – dalam     RM400.00 sebulan.
  • belanja     dapur – paling murah pun RM400 sebulan. Barang-barang keperluan sekrang     dah mahal, malah makin mahal. Kadang-kadang boleh cecah dalam RM600.00 ke     RM700.00 sebulan….


Berapa total? Dalam RM1800.00 atau kadang-kadang lebih lagi– semuanya isteri yang tanggung, suami langsung tak Tanya dan tak ambiktahu…….Isteri menjawat jawatan pegawai di sebuah pusat kewangan, pakai kancil,bayar sendiri – RM370 sebulan. Itu aje kereta yang mampu pakai. Kereta dah jadikeperluan sebab macam mana nak jemput hanta anak, pegi kerja….

Beberapa lama selepas tu, isteri ni beli la rumah. Bulanan dalam RM450.00 – mujurjugak isteri tu staff kat pusat kewangan tu, so dapat ler staff rate. Murah lahsikit. Pada awal pinjaman, suami janji nak tolong bayarkan duit rumah tu padaisteri. Since isteri bekerja dengan pusat kewangan tu, so bulan-bulan gajiisteri dah kena potong RM450.00 sebulan. So suami janji nak bayar kepadaisteri. Tapi……..Cuma 2-3 bulan pertama ajee…lepas tu…..buat-buat lupa, buat-buattak tahu……sampai bila-bila…..mereka sekeluarga memang menetap kat rumah yangmereka beli nie….beli dari tuan rumah…tapi suami buat tak tahu aje bayaranrumah tu…..die Cuma tahu duduk situ….


Perlu diberitahu, isteri seorang yang agak pendiam dalamhal-hal nie, tak pandai nak meminta-minta pada suami…pada isteri, initanggungjawab yang wajib, suami perlulah tahu sendiri….takkan tiap-tiap bulannak kena diingatkan??? Adajugak kadang-kadang isteri bagi hint – “ Abang, bulan ni bil elektrik tinggilah, sampai RM300.00, mahal nyaa….” Dengan harapan suami tu hulur-hulur lahsikit ‘bantuan’ kewangan (padahal tanggungjawab dia tu)…tapi hurrmmm….harammmm,satu sen pun tak dapat….

Isteri bermula dengan gaji yang kecil, dari RM1600.00sehingga lah gaji naik ke RM3500….rezeki anak-anak…alhamdullilah…tapi suami pulak ambik kesempatan…langsung tak tahu….


Disebabkan nak tanggung family, ada beberapa masanya isteriterpaksa pakai kad kredit untuk beli barang-barang dapur – sebab cash moneydalam tangan dah yilekk! Lama-kelamaan kad kredit pun tertuunggak – seriuscakap kalau dapat tunjuk bil di sini – bil tertunggak bukan sebab isterishopping sana-sini, beli kain baju handbag mahal-mahal ker, tapi tertunggaksemuanya atas nama tempat barangan runcit – mcam giant ke, tesco ke…..

So, disebabkan tertunggak, so isteri terpaksa ambil personalloan beberapa kali sebab nak cover hutang yang tertunggak ni….kalau tak kangblack list naik plak nama ke CITOS lah, apa lah…..so isteri sekarang turutmenangung beberapa hutang personal loan dengan bank – dalam RM1300.00sebulan….banyakkk tu….ye lah, 7 tahun kahwin tanggung 4 kepala ( 3 kepala anak+ 1 kepala suami)…..


Oppp…lupa plak citer..isteri turut menanggung hutangpelajaran masa amik degree & master dulu…alaa, biasa lah hutang denganperbadanan yang famous tu…mmg lah tiap-tiap bulan nak kena bayar, mana bolehlari…kalau nak free mereka kata kena dapat FIRST CLASS….ingat senang nak dapatfirst class degree???? Takper lah, dah nama pun hutang, kenalah bayar (Nota tambahan: hutang kena bayar tau. Kat akhirat besok, orang yang mati syahid pun takkandapat masuk syurga kalau still ada hutang tak dibayar di dunia)

Itu cerita isteri…sekarang cerita suami…Suami ni pun agakpendiam orangnya..pendiam sangat, sampai isteri kata AGAKNYA KALAU CAKAP BANYAKKELUAR EMAS KOT DARI MULUT DIA, SEBAB TU DIA TAK NAK CAKAP…..tapi suami ni adabeberapa hobi tambahan…memancing, bersukan….kalau berborak dengan suami pasaltopic-topik ni dia suka laa…topic lain dia malas nak borak…kesian kat isteri ni,bila berborak nak ikut kepala suami ajee…


Suami kerja biasa aje, juruteknik…gaji pun biasa ajee….tapimungkin kerana dah bertahun-tahun isteri yang tanggung perbelanjaan isi rumah,dan mungkin dia tengok okay aje isteri tanggung (aku tak payah lah bagi duit…hehehehe)…tup-tupkeluar plak kereta Honda sebijik, suami beli….part-part yang lain jangan cakaplaa….kasut bola baru (yang branded tu), pancing & joran baru, jersey baru(branded tau), spare part kereta baru…..isteri bila tengok suami dah beli &tayang depan mata, Cuma mampu telan air liur ajee…dalam hati kata – AKU HEMPASPULAS TANGGUNG FAMILY, KAU BOLEH MELARAM BENDA-BENDA MACAM NI…


Bab makan lagi satu hal….si suami ni agak cerewet jugak babmakan. Nak ikut selera dia ajee….bayangkan, isteri dah penat-penat pegi pasarbeli ikan, ayam daging (dan of course, guna duit sendiri), masakkan penat-penatkat dapur, hidangkan…bila suami tengok lauk, muncung, boleh Tanya…LAUK LAINTAKDE KE? Kadang-kadang lauk yang dimasak isteri tu boleh lah tahan sedap nya, anak-anaksemua suka makan. Bila isteri bawakke opis pun kawan-kawan kata sedap. Tapi oleh kerana tak kena dengan tekak nya,boleh dia berani tanya soalan macam tu? Sebagai contohnya, suami suka masaklemak cili api, isteri masak kari...suami tak suka, then tanya macam tu...LAUKLAIN TAKDE KE? Sampai nya hati...isteri penat membeli dengan duit sendiri,memasak penat lelah di dapur..dah masak, suami boleh tanya macamtu...kadang-kadang terlintas dalan hati isteri nak cakap ADA, KAT KEDAI..PEGIMAKAN KAT KEDAI.....

Hurmm…satu lagi, mmg malas nak cerita, tapi terpaksacerita…..kita bab suami isteri ni asyik cerita tentang nafkah zahir, nafkahbatin…tapi ada satu lagi tertinggal – nafkah ibadah…si suami ni memang TAKSOLAT, ntah islam ke tak, tak tau lah…puasa nampaknya buat, hari raya diacelebrate, tapi suami ni memang tak solat…


Masa mula-mulakenal & bercinta nampak ada solat. Lepas kahwin pun ada jugak suami nisolat. Tapi bila solat dia akan tutup pintu, isteri tak nampak cara, gaya solatsuami nya. Solat berjemaah berimamkan suami lagi la, toksah cerita...tak pernahbuat pun. Tapi suami solat 1-2 bulan pertama perkahwinan aje, lepastu...haraammm......tak pernah solat langsung....macam seolah-olah kalau suamini solat, suami akan mati ke, lumpuh le, kena strok ke, ntahhh lahh.......

Isteri seorangyang solat, sekarang anak yang berumur 6 tahun pun dah pandai solat dan selalunak ikut ibu solat (walaupun Cuma ikut-ikut aje). Kadang-kadang anak yang umur3 tahun pun ikut jugak, tiru gaya ibu solat....sampai bila tak tahu. Becauseanak-anak yang umur 6 thn & 3 thn nie anak lelaki, lama-kelamaan pastidiaorg akan tanya...IBU, AYAH TAK SOLAT KE???? Apa ler agaknya nakjawab........


Bab nafkah zahirdan cerita, bab solat dah cerita...sekarang bab pengurusan rumahtangga....hmmm...seronok part ni. Because si suami LANGSUNG TAK NAKtolong bab-bab uruskan rumah tangga. Isteri bukan nak harap banyak pun, dapatbantuan sikit-sikit pun jadi laa….ini, cawan sebiji dia dah minum, pun dia taknak basuh sendiri! Alamak bukannya susah sangat nak basuh cawan sebiji…..

Kadang-kadang masa hari minggu (atau bila tak bekerja),isteri sedang sebuk memsak di dapur. Sambil tu layan anak-anak – kejap sorangnak susu, kejap sorang terberak, kejap sorang nak makan, kejap sorang nak itu,nak ini…..sambil memasak, layan anak-anak….suami kat depan, baring berehattengok tv. Isteri dah sudah masak, dah sudah kemas dapur & siapkan hidangandi meja…pergi ke depan, ya Allah, bersepahnya rumah…anak-anak main memang kitatak boleh salahkan, dah memang nama kanak-kanak, memang bermain aje yang merekatahu…tapi suami langsung tak nak tengokkan anak-anak bermain. Anak-anak dibiarkan bermain sepah-sepah…agaknya dalam hati ckp BIARLAH, KANG BINI AKU KEMASLAHH…..bila anak-anak bising dan memekak sikit, boleh dengar dari dapur suarasuami ni.DIAMLAHHHH, BISING AJEEE….


Eemmm…dah ler tak nak tolong layan anak-anak bermain….anakbuat sepah tak tolong kemas…anak-anak bising kena marah pulak…ko tahu ko nakrehat ajeee, tiba waktu makan ko nak makan ajee….apa punya perangai ni????? Kotahu, bangun tidur, mandi, makan sarapan, tengok tv, tiba waktu makan tengaharikau makan lagi, lepas tu tidur…tak nak main dengan anak-anak, tak nak solat,tak nak tolong isteri buat kerja rumah sikit-sikit,…

Isteri bukannya nak mintak tolong buat benda susahpun….tolong vacuum rumah pun jadi laa…tolong kemaskan tempat tidur anak-anak,tolong kemas bilik sikit-sikit…..takkan hal-hal macam ni pun tak boleh nak‘ringan’kan tulang, tolong isteri…


Rumah yang mereka diami ini agak besar lah jugak…ermmm…takmampu der kederat isteri seorang perempuan nak mengemas sorang-sorang…sokadang-kadang banyak gaks habuk sana sini, sawang sana sini, kipas pun habukdah tebal…kadang kadang jatuh sendiri habuk & sawang tu…semua isteri yangkena buat…..suami tak payah buat…mungkin agaknya kalau suami tolong isteri buatkerja rumah sikit-sikit, agaknya ‘anu’ nya akan hilang kottt…….Suami hanyatahu, pegi kerja, balik kerja, makan….hobi – pegi main bola, pegimemancing…tiba waktunya, ajak balik kampong dia, balik kampong…

Mungkin sebab dah banyak habuk kat rumah, anak-anak yang kecil nie pun senang dapat sakit – demam, batuk, selesama….bersilihganti…minggu ni anak sulung, minggu depan baby pulak, following week nya diabang yang no.2 pulak….pening kepala si ibu…dah laa bekerja, nak uruskan rumahtangga, nak uruskan anak-anak, nak uruskan kewangan keluarga…suami, si ayahlangsung tak ambil tahu, SERUPA TAK ADA LAKI JEEE…..


Isteri nie bekerja di office agak tension, kerja baaanyaakksangat…oleh sebab rumah agak jauh, isteri terpaksa pulang awal hari-hari,sedangkan collegue lain boleh stay back sampai malam nak habiskan kerja..ditambah lagi isteri nie kerap emergency leave lah, MC lah – sebab nak jagaanak-anak yang selalu tak sehat tu….sampai boss kat opis dahjelling-jeling….isteri seorang executive, orang bawahannya ada clerk…so clerkboleh stay back, why not u tak boleh? Isteri dah mula tertekan – kerja rumahbanyak, kerja kat opis banyak, boss dah jelling-jeling, anak-anak kerap taksehat……

Isteri terpaksa ambil langkah nie – BERHENTI KERJA. Bila family members, kawan-kawan tanyaKENAPA BERHENTI – dah tak larat nak berulang kerja, jauh, anak-anak dah 3 nie,badan cepat letih....tapi hakikat sebenarnya, isteri berhenti atas sebab dahtak tahan dengan suasana office...dan isteri jugak nak tengok macam manarespons suami terhadap rumah tangga....bertanggungjawab tak dia? Adakah diafikir hal-hal belanja rumah tangga setelah isteri tidak lagi bekerja.....??


Pada awal 2-3bulan pertama, suami hulur duit tapi tak cukup, jauh sekali nak cukup – loanumah aje dah RM600 sebulan (meningkat since isteri tak lagi bekerja kat companytu, so loan nya pun naik la, ikut macam loan biasa)...suami hulur dalam RM1000je...mana lah nak cukup, duit sekolah anak, bil-bil umah, belanjadapur....memang tak cukup...sekarang harga barangan semua dah naik harga, manadapat macam dulu lagi...

So isteri terpaksa kuarkan duit simpanan sendiri untuk tampung belanja hari-hari....disamping tu isteri tetap kena tampung hutang-hutang yang dah sedia ada – hutangpelajaran, hutang kereta, hutang personal loan bla bla bla....nie semua sebabnak cover bontot si suami...orang luar tengok, OHOOO BAGUS NYA SUAMI NI YE,CUKUP BELANJA BULAN-BULAN....diaorang tak tahu yang tanggung keluarga selama ni si isteri....


Bukan si isteri tak berfikir...isteri ni ada jugak jalankan perniagaan kecil-kecilan darirumah, berniagan online. So sambil-sambil tu dapat lah jaga anak-anak...jadi dropshipper sana sini...tapi susah jugak....coz kerja rumah macam tak pernah habis. Semua terpikul atas bahu isteri..suami tak tolong....sampai malam dok buat kerja rumah...bisnes online ke mana, apa ke mana....so bisnes nye takmenjadi sangat....isteri dah hampir putus asa...dah lah takde sokongan moral& support dari suami....

Bila dah masukbulan ke-4 & ke-5, suami langsung tak hulur belanja, isteri terpaksa pakaiduit simpanan sendiri...ye lah, bukit pun kalau gali lama-lama, rata jugak kan?So duit dah makin berkurang, suami buat tak tahu aje, buat tak endah aje…still tak bertanya & tak nak ambik tahu....Isteri plan nak berkerja kembali,kerja apa-apa pun boleh asalkan elok & halal.....


Mungkin suami tuingat isteri duk kat rumah, duit turun dari langit kot...isteri tu nganga dukumah duit keluar ikut mulut, macam tu kee??? Mana otak kau ni?? Dah lah tak naksolat, tanggungjawab yang wajib bagi nafkah kat keluarga kau abaikan, dok kirahobi kau jee. Anak-anak langsung tak rapat dengan kau, main bola sepak dengankawan-kawan kau boleh, dengan anak lelaki kau, sekali pun tak pernah.......jawab lah besok kau kat dalam kubur dan kat akhirat besok.....

Tak tau laa manusia jenis apa nie...kalau dah tahu tak nak pikul tanggungjawab, tak nak layan anak-anak, anak-anak ni selalu nak membising, kau tahu kau nak main bola,nak memancing aje TAK PAYAH LAH KAU AJAK AKU KAHWIN 7 TAHUN LEPAS!!! APA BANGANGGG.......kau kahwin je dengan bola sepak kau tu, kahwin dengan joran-joran pancing kau tuu!! Kau dah susahkan aku, dah susahkan anak-anak yang tak berdosa nii.......


Baru-baru nie terbaca kisah isteri Sham Kamikaze tuntut cerai, sebab Sham Kamikaze tak lunaskan tanggungjawab, isterinya dah tak boleh bersabar lagi setelah 8 tahunberkahwin. Akhirnya isteri nya tuntut cerai sebab dah tak boleh bersabar lagi......mungkin satu hari nanti inilah ending nya kisah suami isteri nie....ye lah, selagi boleh sabar, isteri boleh lah sabar, tapi sabar manusia ada limit kan? Selagi boleh sabar, sabar lah....kalau dah tak boleh sabar,pejabat agama ada....errmmm...kalau suami dah tak taat beragama, isteri sebenarnya ada hak untuk tidak taat lagi pada suami itu......



So, apa pendapat korang tentang kisah benar hidup berumahtangga yang diceritakan di atas? aku just nak tahu pendapat, feedback korang, comment yang telus & ikhlas. Aku yakin, ramai orang yang menghadapinya Last edited by norhasiah82 on 7-9-2012 11:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 11:29 AM | Show all posts
panjangnyer..............
esok weekend... bleh sambung baca
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:29 AM | Show all posts
memang panjang. tapi okay laa. at least tak de laa nak kena tanya ko balik banyak2. kihkih


Last edited by madeinborneo on 7-9-2012 11:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:31 AM | Show all posts
komen aku - pnjg sgt post nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:44 AM | Show all posts
dh keduanya pendiam payahla.. dh bini pun silap awal2 p tggung suma hal duit abisla.. laki dh sedap joli duit.. nk komen pn berat ati coz jln idup kita xsama... patutnya klu keduanya keje dgn gaji besar idup harus nmpak bahagia.. tp sebaliknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2012 11:45 AM | Show all posts
hahaha...dah, aku alter balik buat perenggan....kasik senang sket korang nak baca..paham, aku pun rabun jugak.....hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2012 11:47 AM | Show all posts
jawapan aku senang ajer
PADAN MUKA isteri tu.... belai2 lah lagi suami tu

ishhh isteri2 mcm ni tak reti2 nak gadoh ker?
takkan takat sabar, redho , dan berharap laki paham bahasa kias2 isteri ni?????
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:50 AM | Show all posts
ok... so maknanya si isteri nak kerja balik la ye? Kerja la balik, lebih baik. Duit gaji nanti sebahagian buat saving. Belanja dapur bajet beli yg perlu je. Bil2 mmg kena settle. Mintak duit belanja kat suami dia sikit2 tapi banyak kali so that x la obvious sgt he he.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 11:52 AM | Show all posts
panjangnya..nak summary?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:52 AM | Show all posts
pjg mak datuk aiii...
huhu...
pi pejabat agama je report...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:55 AM | Show all posts
jawapan aku pendek ajer - pikir ler masak2 seblum kawen. jangan berkawen sebab desparate.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:57 AM | Show all posts
adik ipar perempuan aku tgh bercinta & dah intro kat parents pun dgn askar LLP (bukan pegawai)
dia tu ada diploma. kalau keje pun gaji ~ boleh la tahan. kalau keje kat swasta, lagi tinggi gaji.
bercinta dgn orang spm. askar LLP pulak tu.

aku ckp ler kat laki aku, "pergi ler selamatkan adik awak tu.. askar nie sengkek"

laki aku ckp, "dia dah ckp sekali. malas nak cakap byk2 kali"


kalau adik aku, mau aku bebel 24jam utk 365hari siap dgn fakta2 dari POREM CARI - FAMILY DISCUSSION LAGI Last edited by Hana on 7-9-2012 11:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 12:01 PM | Show all posts
Hana posted on 7-9-2012 11:55 AM
jawapan aku pendek ajer - pikir ler masak2 seblum kawen. jangan berkawen sebab desparate.

jawapan aku sebagai isteri kurang solehah.....
lepas kawin jangan tunjuk superwomen
sila train diri jadik extrovet,
laki ni sume benda kene cakap selalu (ada jenis yg kene gadoh dulu baru nak paham)
diorg makhluk yg tak pandai baca firasat/isi hati bini. makanya... tak guna la nak merajuk pendam perasaan bagai... kene vokal out



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 12:07 PM | Show all posts
penmerah posted on 7-9-2012 12:01 PM
jawapan aku sebagai isteri kurang solehah.....
lepas kawin jangan tunjuk superwomen
sila train d ...

ONCE ada anak, mmg DUIT keluar dulu dari MULUT mintak duit. PASTI PUNYA..
kalau dapat suami mithali - boleh la claim balik.
kalau dapat suami double triple mithali - dia sediakan/bagi duit utk belanja anak2. duit ini kena put aside. tak leh usik utk benda2 lain. solely utk keperluan FIX anak2 spt susu, pampers,nursery/babysitter/etc

KALAU DAPAT SUAMI "ALA ALA MITHALI" - kem salam ler.. redhoooo ajek lahh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 12:16 PM | Show all posts
mula mula kawen

-isteri lagi tinggi gaji dari suami
-pahtu isteri start keluar duit utk beli barang rumah
-pahtu keluar anak, isteri keluar duit utk tanggung kos nursery **susu & pampers laki bayar Alhamdulillah
-pahtu isteri terasa nak beli rumah
-pahtu isteri itu dan ini, lagi dan lagi danlagi dan lagi


aiyooo it has to stop somewhere...stop paying on his behalf..
stop mengungkit..apa yg lepas tu tu sudah la, berkat gak isteri buat gitu sebab gaji dah naik dari 1600 ke 3K++

tapi isteri setop laa..kasi can laki take over..
tak ajar tak reti atau buat2 tak tahu
tak mintak dia assume takde masalah
so kena SETOP sekarang..u are not married to the unemployed/no income/OKU ...
habih duit dia gia mana?
perabiih kat rokok? keta? aweks? hihihi

suami tak beri nafkah
tuntut fasakh je Last edited by misy on 7-9-2012 12:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 12:17 PM | Show all posts
lerrrrrrrrrr....naper benti kejer?kan lagi haru!!!
kenapa laaaaaa berat mulut nak minta yang menasabah....dah tujuh tahun kawen!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 12:18 PM | Show all posts
panjangnya.. berpinar nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 12:19 PM | Show all posts
Hana posted on 7-9-2012 12:07 PM
ONCE ada anak, mmg DUIT keluar dulu dari MULUT mintak duit. PASTI PUNYA..
kalau dapat suami mitha ...

kalo dpt laki 'PERASAN MITHALI' aka kedekut duit..... walopun kita dah siap perang, tunjuk perasaan bagai (tak kiralah takde anak atau anak seploh pun)
jalannya mudah ajer

sila copet duit laki tu utk kegunaan kuarga. dah wajib dia sediakan makanan dapur tu kan.
beli sport rim, belanja kawan kt kedai mamak bole plak
jgn pulak buat beli henbeg, emas bagai
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 12:20 PM | Show all posts
jawapan aku...sian isteri dia...cuba sesekali dia buat amuk tok nadim...konpem tkejut beruk laki dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 12:21 PM | Show all posts
single masalah... kawen pon masalah... huhuhu
dugaan dugaan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.616972 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list