CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6828|Reply: 46

seniwati veteran raja hamidah meninggal dunia

[Copy link]
Post time 13-9-2012 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Allahyarham Raja Hamidah bersama anak keenam, Mohd. Nor dan isterinya, Kamisah Ibrahim di rumahnya di Kampung Klang Gate Hulu Kelang dekat sini pada 2009.

seniwati veteran Raja Hamidah Raja Saad meninggal dunia pada usia 80 tahun akibat penyakit barah paru-paru pada kira-kira pukul 7 malam Rabu.
Allahyarham yang juga isteri kepada pengarah filem legenda Salleh Ghani menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang Gate Hulu Kelang, dekat sini.
Menurut anak keduanya Zulkiflee, 55, Allahyarham yang semakin uzur sejak dua bulan lalu pada mulanya diserang semput dan sesak nafas selepas menunaikan solat Asar pada petang Rabu.
“Sebenarnya, sejak Ramadan lepas lagi keadaannya sudah tenat apabila dia diserang paru-paru berair dan semput. Keadaan arwah bertambah kritikal selepas dia menunaikan solat Asar petang tadi (Rabu).
“Apabila diperiksa doktor, dia bertambah lemah dan doktor meminta kami agar bersiap sedia pada sebarang kemungkinan terhadap arwah,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, malam Rabu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi 10 daripada 12 anaknya.
Zulkiflee berkata, ibunya yang terlantar sakit di rumah sejak sebelum Ramadan lagi berasa gembira apabila mereka sekeluarga sempat berkumpul pada sambutan Hari Raya lepas.

“Ibu tidak memberikan sebarang reaksi yang pelik tetapi dia agak terkilan kerana tidak dapat membuat persiapan Hari Raya lalu seperti kebiasaannya kerana uzur.
“Namun, dia gembira anak-anak dan cucu-cucunya dapat berkumpul dan makan bersama di rumah keluarga kami pada Ramadan dan Aidilfitri lepas,” katanya.
Ditanya mengenai amanat terakhir Allahyarham, Zulkiflee berkata, ibunya sempat berpesan agar anak-anaknya terus mengekalkan keharmonian keluarga dan hidup bersatu-padu.
“Tiada apa sangat yang dipesan arwah melainkan agar kami anak-beranak terus hidup bersatu-padu,” katanya.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate Baru, Hulu Kelang pada pukul 11 pagi Khamis.
Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Salleh Ghani pada 1955 dan meninggalkan 12 anak termasuklah pengarang di akhbar Harian Metro, Adam Salleh serta 24 cucu.
Raja Hamidah dilahirkan pada 9 Disember 1932 dan berasal dari Johor Bahru, Johor.
Allahyarham menceburi bidang lakonan pada 1948 melalui filem Kampung Sentosa arahan B Reaves E Elliot terbitan Sound Master of New York Ins.
Selain berlakon, Raja Hamidah merupakan penari dan penyanyi latar di Shaw Brothers serta pemimpin kumpulan muzik Seni Wanita.

Filem-filem lain lakonannya termasuklah Musang Berjanggut, Orang Minyak dan Hang Tuah.
Suami Allahyarham meninggal dunia pada 28 Ogos 1986.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 10:19 AM | Show all posts
salam takziah..

alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 10:25 AM | Show all posts
mak lenggang... masa tecik2 tengok arwah belakon tragedi sri mersing ke apa....mencik sgt....
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 10:25 AM | Show all posts
innalillah.. takziah utk family...alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 10:31 AM | Show all posts
innalillah... dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 10:32 AM | Show all posts
takziah utk mereka sekeluarga.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2012 10:53 AM | Show all posts
Manisnya tengok gambar Arwah..
Manis seorang nenek..

Al Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:11 AM | Show all posts
takziah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 11:29 AM | Show all posts
takziah
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:37 AM | Show all posts
takziah.................................
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:39 AM | Show all posts
Al-fatihah..
salam takziah wat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:42 AM | Show all posts
Al fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:44 AM | Show all posts
takziah .. daripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:45 AM | Show all posts
innalillah dan alfatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:49 AM | Show all posts
tadi gugel gambar raja hamidah masa muda..rupanya salleh ghani ni pelakon dalam seniman bujang lapok yg minta watak jadi pendekar hang tuah tak dpat, jadi pendekar cangkul pun jadilah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:51 AM | Show all posts
Takziah dan al-fatihah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 11:54 AM | Show all posts
salam takziah untuk keluarga arwah..
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:54 AM | Show all posts
al-fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:56 AM | Show all posts
al -fatihah buat arwah.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 12:28 PM | Show all posts
al fatihah utk arwah dan takziah buat keluarga arwah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.084106 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list