MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton.
Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung.
Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi.
“Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri. - Sumber Harian Metro
ombak rindu macam mana?? anu dalam botol?? mantera si zul bogel ituh?? pompuan istri dan ... ...asyik di perkatakan..tp hasilnyer..saban tahun ada jugak karya sebegini di keluarkan..
Trailer ‘Mencari Cinta’ versi raw edit lakonan Nora Danish & Rusdi Ramli yang dilancarkan sejak 7 Mei lalu mula mendapat respon yang positif daripada peminat. Filem ini berkisarkan Razlan lakonan Rusdi Ramli, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab.
Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya, Malek di saat majlis perkahwinan mereka kerana Malek mempunyai teman wanita yang lain. Bapa kepada Myra, Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibu bapa Razlan.
Jodoh temukan Myra dan Razlan namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampung yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya. Di situ berlakunya konflik antara mereka berdua di mana pertemuan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi cinta sejat
baca sinopsis cam best...
tgk trailer pun cam menarik...
airwickss posted on 2-10-2012 09:15 PM
baca sinopsis cam best...
tgk trailer pun cam menarik...
sinopsis & trailer mmg cam best pun.... sebelum ni ada baca dah sinopsis & tengok trailer tu. tapi x sangka plk ada aksi2 gairah cenggitu sekali isk isk isk