CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2775|Reply: 12

Wartawan Niezam Abdullah Cerdik ke Tidak?

[Copy link]
Post time 15-10-2012 11:37 PM | Show all posts |Read mode
            Sampai Bila Radio RTM Nak Jadi 'Makcik-Makcik'?         
                      Oleh NIEZAM ABDULAH (Twitter @NiezamAbdullah)
        Seseorang deejay radio mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi masyarakat. Gambar sekadar hiasan.
Adoiii…
MEDIA penyiaran tidak kiralah sama ada radio ataupun televisyen pada ketika ini mempunyai pengaruh yang kuat dan sebagai penyebar maklumat paling pantas.
Maka, media penyiaran sama juga seperti media cetak yang sentiasa bersaing untuk meraih populariti khususnya dari segi penarafan ataupun rating.
Kalau sesebuah media itu mencatatkan rating yang tinggi, maka kedudukannya juga tinggi kerana ia akan mempengaruhi kepada pendapatan iklan.
Syarikat-syarikat iklan akan memburu media mana yang paling besar pengaruh agar  mereka mendapat keuntungan daripada apa yang diiklankan itu.
Ketika kajian pendengar sedang dilakukan oleh agensi penarafan bagi suku kedua tahun ini,  stesen radio sedang sibuk menyediakan pelbagai tawaran membabitkan peraduan yang menyediakan wang ringgit kepada pendengar.
Malah deejay-deejay radio juga tidak dibenarkan cuti kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada proses tinjauan yang dibuat.
Pendek kata petugas-petugas stesen radio ini susah nak pejam mata selagi laporan tinjauan itu tidak dikeluarkan. Ia memberi kesan kepada periuk nasi mereka.
Tapi ingat... deejay-deejay itu adalah daripada stesen radio swasta. Stesen radio kerajaan macam RTM saya percaya mereka boleh tidur nyenyak dan berdengkur sampai ke subuh.
Mereka tak hairan pun rating jatuh terduduk ataupun tidak kerana mereka percaya, bekerja macam mana kuat sekali pun, gaji mereka tetap sama kerana ia ditanggung oleh kerajaan.
Tak macam radio swasta, mereka  mengharapkan kepada keupayaan sendiri untuk menjana pendapatan.
Sebab itulah walaupun negara sudah 55 tahun merdeka, corak dan pendekatan kebanyakan stesen radio RTM masih tidak berubah, lapuk dan tak “in” dengan keadaan semasa.
Jika pada tahun 1980-an deejay RTM masih lagi membebel di corong radio, pendekatan  itu nampaknya kekal sehingga hari ini.
RTM menonjolkan budaya makcik-makcik yang suka membebel. Itulah pendekatan yang tidak berubah.
RTM sepatutnya lebih ke hadapan berbanding stesen radio swasta kerana pengalaman mereka dalam industri penyiaran itu sendiri yang seharusnya dijadikan sandaran bagi meraih keupayaan terhadap persaingan yang sedang dihadapi.
Saya faham terhadap kepentingan stesen penyiaran milik kerajaan yang berfungsi untuk menyebarkan propaganda kerajaan tetapi apa yang dihasratkan tidak akan mencapai sasaran sekiranya individu yang mendengar itu terdiri daripada orang tua-tua.
Seharusnya RTM perlu mencari pendekatan bagaimana ingin meraih populariti di kalangan orang muda agar agenda kerajaan itu sampai kepada golongan berkenaan yang menjadi penentu terhadap perubahan landskap politik negara.
Saya ada mendengar celoteh seorang deejay RTM. Saya berikan contoh cara penyampaiannya.
“Ya sedara, waktu sekarang pukul 11 pagi, terima kasih sedara kerana mendengar xxxxx. Mudah-mudahan anda semua sihat hendaknya. Kepada sedara yang sedang memandu tu, hati-hatilah ya sedara apatah lagi jika hujan lebat, kenderaan sedara mungkin terdedah kepada bahaya...”
Berdasarkan kepada petikan itu kita dapat bayangkan corak penyampaian yang pernah diungkap pada tahun 80-an masih lagi digunakan pada era milenium ini.
Berapa banyak “sedara” daaa...!!! Kalau “sedari” (saudari)  yang dengar macam mana pula?
Jadi RTM harus berusaha merekrut deejay-deejay mereka agar sealiran dengan pesaing masing-masing serta bersesuaian dengan tuntutan dunia penyiaran yang semakin maju.
Saya percaya jika teknik penyampaian "makcik-makcik" yang suka membebel itu masih diterapkan, RTM akan terus ke belakang dan gagal meraih matlamat dalam membantu menyampaikan propaganda kerajaan.
Stesen radio RTM juga tidak pernah menjadi juara daripada segi jumlah rating yang dilakukan malah tidak termasuk dalam kajian yang dibuat.
Tapi mungkin RTM sudah selesa jika mereka menjadi juara sebagai stesen radio “makcik-makcik” tapi sampai bila?
Mereka di RTM seharusnya berasa bersalah kerana gaji mereka sebahagiannya adalah berdasarkan peruntukan kerajaan yang diperoleh daripada pembayar-pembayar cukai ataupun rakyat.
Jadi, mereka wajar memberikan sesuatu yang lebih baik kepada keseluruhan rakyat berbanding stesen radio swasta yang meraih pendapatan berdasarkan kepada kerja keras sendiri.
NIEZAM: Sudah boleh dipanggil pakcik...
         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2012 11:42 PM | Show all posts
Alah klu setakat nak kejar ranting nombor 1 apa guna kalau Dj yg bertugas tak ada sesuatu yang membawa kebaikan untuk pendengar. Klu mengilai tak tentu pasal dan membebel yang tak mendatangkan faedah itukah yang dikata kan radio terbaik di Malaysia. Walau pun kebanyakannya Dj nya  lepasan universiti tetapi bila bercakap tak ada yang boleh dibanggakan. Harapkan glam... je.
Wartawan Niezam fikir dulu sebelum tulis klu dah perangai ADIK2 susah nak cakapkan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:28 AM | Show all posts
ok jerkk rtm nyer radio..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:55 AM | Show all posts
MOD!!!! tutup la benang2 yg mengarut/xsesuai kt benang Gosip Antarabangsa



SEMAK
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 06:32 PM | Show all posts
omg!

international kah si niezam neh??

ade ke die interview niki minaj or oprah?

owh aku tidak percaya sume ini....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:40 PM | Show all posts
euww.. mohtep nak posting gossip pasai radio RTM kat bod international nie .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2012 08:43 PM | Show all posts
salah parking....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 11:45 AM | Show all posts
pehal boleh tecampak ke international pulak ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2012 11:59 AM | Show all posts
Aper hal boleh sampai ke seberang laut thread ni??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:04 PM | Show all posts
International Sangatlah kan...

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:21 PM | Show all posts
hehehe...internsional gak dia ni sampai masuk sini..tak pe..tersalah kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 05:20 PM | Show all posts
err..not so much
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 10:28 PM | Show all posts
april fool apekah inih ... tp skunk bln 10 dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.071483 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list