CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56310|Reply: 285

AKASIA : CINTA ITU MILIKKU [EMMA MAEMBONG,ERRY PUTRA,FAZREEN,ANA DAHLIA]

[Copy link]
Post time 31-10-2012 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Cinta itu Milikku Akasia tv3





Tajuk Asal: Rindu Rania
Slot: Akasia
Channel: tv3
Mula tayangan: 12/11/2012
jumlah episode: 24

Pelakon: Erry Putra,Emma Ma'embong,Fiffy Natasya,Fazreen Rafi,Ana Dahlia

Lagu tema Cinta itu Milikmu



Sinopsis:
Rania (Emma Maembong)  bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).Namun begitu, bekas tunang Zafril iaitu Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini menganggap bahawa Rania telah merampas cintanya.Selepas mereka berkahwin kemarahan Dini semakin meluap-luap dan telah menimbulkan pelbagai konflik apabila Dini berkahwin dengan abang Rania dan mereka tinggal serumah.

Kemelut bertambah teruk apabila Dini yang mempunyai dua korektor telah merancang pelbagai idea jahat untuk memusnahkan hidup Rania dan Zafril.
Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik. Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya. Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang. Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa.

Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh.

Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya. Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril? Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia? Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?

admya- jalan cerita drama sekarang lebih kurang je dengan drama lain. harap diorang twist cerita supaya lebih best.


Inilah suami Rania






dr shafik


apa yang dr shafik plan dengan rania ni?


sian,my hubby terbakar kulit dia


Last edited by eddlisa_uyuk on 22-12-2012 12:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 02:15 AM | Show all posts
Ganti drama Julia kn ...mcm tak brpa best jer...lg2 si emma nie berlakon..Jgn kayu lg sudah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 09:03 AM | Show all posts
erry putra
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:09 PM | Show all posts
muntah aku tengok si dagu neh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 09:48 AM | Show all posts
erry putra???
adoii choi laaaa....
napa amik die napa napa??
buuwekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 11:32 AM | Show all posts
buruknye baju erry botox
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2012 11:58 AM | Show all posts
aiyak..lom kuar lagi citer ni korang dah kutuk.

nampaknya sejak DDK tu org dah nampak bakat emma ni. terus jd heroin gitu.. ko hado?
org len menapak berbakul2 baru nak dpt lead..

xsabar nk tgk citer ni..wpun pelakon nye x hebat mcm 'Julia"

cuma fazreen tu je..kalau berlakon mcm slow sikit..kalau part romantik mcm terlebih jiwang.ker percakapan dia mmg jenis slow-mo gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 03:01 PM | Show all posts
lea_kdo posted on 5-11-2012 11:58 AM
aiyak..lom kuar lagi citer ni korang dah kutuk.

nampaknya sejak DDK tu org dah nampak bakat emma  ...

DDK ke kau yg terindah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2012 09:20 AM | Show all posts
'Cinta Itu Milikku' Bakal Dapat Sambutan Penonton TV3
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Drama 'Cinta Itu Milikku' membariskan pelakon-pelakon seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah. -foto THE STAR

PETALING JAYA: Pengarah drama bersiri terbaru berjudul Cinta Itu Milikku, Emi Suffian Sabhe berharap agar karya terbarunya itu akan mendapat sambutan yang baik daripada penonton apabila ia ditayangkan kelak menerusi slot Akasia di TV3.
Emi berkata, drama yang mendapat sentuhan skrip oleh Zarihah Hassan itu menepati selera penonton yang gemarkan karya-karya yang mempunyai pelbagai elemen.
"Saya bersetuju mengarahkan drama ini kerana jalan cerita dan plotnya yang sangat menarik dengan pelbagai elemen seperti debaran, dendam, bahagia, cinta dan sebagainya yang menjadi ramuan utama pada Cinta Itu Milikku," ujarnya selepas semasa sidang media pelancaran drama tersebut di sini pada Isnin.
Cinta Itu Milikku terbitan Orangetree Production itu akan mula disiarkan pada 12 November ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.
Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.
Dalam pada itu, Emi memberitahu sebanyak 65 peratus penggambaran drama 24 episod itu telah siap menjalani penggambaran dan selebihnya bakal siap dalam masa 20 hari lagi.
Emi memberitahu dia juga terharu dengan komitmen semua pelakon yang terlibat dan menjayakan drama tersebut.
"Komitmen para pelakon amat baik malah pelakon utama drama tersebut iaitu Emma Maembong memberikan lakonan yang memberangsangkan sebagai pendatang baru.
"Saya yakin wataknya akan menyerlah di kalangan penonton dan sudah pasti namanya akan menjadi sebutan selepas ini," ujarnya.
Drama tersebut mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) yang bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).
Namun begitu, bekas tunang Zafril iaitu Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini menganggap bahawa Rania telah merampas cintanya.
Selepas mereka berkahwin kemarahan Dini semakin meluap-luap dan telah menimbulkan pelbagai konflik apabila Dini berkahwin dengan abang Rania.
Kemelut bertambah teruk apabila Dini yang mempunyai dua korektor telah merancang pelbagai idea jahat untuk memusnahkan hidup Rania dan Zafril.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 12:36 PM | Show all posts
kupu2siang posted on 5-11-2012 03:01 PM
DDK ke kau yg terindah??

opppps! KYT..

masih rupanya penangan DDK ni smp tersebut-sebut...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ery putra ni oklah lakonan dia... tak lah kaku pon
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 08:21 AM | Show all posts
Ana Dahlia jadi watak jahat eh?
i like! mentang2 lepas kes cerai ngan cep riz berleluasa...

lgpun xpernah tgk AD ni berlakon. nk tgkla ok ke idak lakonan nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 07:39 PM | Show all posts
cite ni adaptasi novel ke? heroinnye ni berlakon macam kanak-kanak je suaranya....sib baik comey... Last edited by qatrunnada on 12-11-2012 07:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 07:40 PM | Show all posts
lea_kdo posted on 9-11-2012 08:21 AM
Ana Dahlia jadi watak jahat eh?
i like! mentang2 lepas kes cerai ngan cep riz berleluasa...

ana dahlia dah cerai dgn chef rizz ke? hu..hu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 09:15 PM | Show all posts
epi 1 agak bosssaaaannnnnnnnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 08:42 AM | Show all posts
qatrunnada posted on 12-11-2012 07:40 PM
ana dahlia dah cerai dgn chef rizz ke? hu..hu...

yup.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 07:43 AM | Show all posts
ep 1 dan 2 agak bosan.
knp mcm x menjadi je lakonan emma maembong ni?
mcm baca skrip je kali ni.

kalau ep seterusnya bosan lagi mmg iols x folow dah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:04 AM | Show all posts
bosannnnnnnnn
emma mabong cantik..tapi blurr
ery putra poyo
fazreen rafi takde expresion muka..mendatar je semuaaaaaaaa

yg best kawan fazreen kat kampung tu je..si firdaus
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 11:53 AM | Show all posts
lisa bukan org kampung tp kan......ada ke org petik bunga kat tepian pokok2 buluh???
hihihi watch out pengarah.......dah laa bunga pun ala2 selit je tepi buluh tuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 11:57 AM | Show all posts
pink_chuzzle posted on 14-11-2012 09:04 AM
bosannnnnnnnn
emma mabong cantik..tapi blurr
ery putra poyo

hehe betol2..
si firdaus tu pulak yg lakonan nye menjadi..

fazrin & emma mmg totally out. xde kimia!

emma kimia dgn hafiz kejung..hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058516 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list