Kami gemar sungguh apabila bangunan lama diubah suai dari kegunaan asalnya. Di Haarlo, Belanda sebuah gereja lama dari tahun 1929 diubah menjadi sebuah rumah yang cool. Gereja ini diubah menjadi sebuah rumah kerana tiada lagi jemaah yang pergi untuk sembahyang. Dari membiarkan bangunan ini dari terbiar firma juribina LKSVDD mengubah bahagian dalamnya supaya menjadi lebih ceria. Bilik tidur diletakkan pada bahagian atas gereja manakala ruang makan dan bilik tamu di bahagian bawah.