Ahad November 18, 2012
Raja Ema Buat Kemunculan Semula Dalam 'Terlanjur Cinta'
Raja Ema. Foto Majalah Nona
PETALING JAYA: Selepas lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Raja Ema akan mengubat rindu para peminatnya menerusi drama terbaru Terlanjur Cinta.
Drama tersebut akan disiarkan menerusi slot Ratu di TV9 bermula 20 November ini.
Pelakon hebat tersebut turut berganding bahu bersama-sama dengan Siti Saleha, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan ramai lagi, menjayakan drama arahan pengarah hebat Erma Fatima.
Ia mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.
Raja Ema, Siti SalehA dan Aqasha dalam Terlanjur Cinta.
Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.
Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.
Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.
Karya Terlanjur Cinta yang mungkin bakal menjadi fenomena buat penggemar drama Melayu itu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.
Credit
Last edited by ahkiluz on 18-11-2012 01:10 PM
|