ada rancangan utk dewasa dan kanak2 juga, tapi sekarang part dewasa punyer
judges dorang pon rileks jer
shreya ghoshal , penyanyi kelahiran rancangan ini
dalam rancangan ni
- kualiti suara mmg tip top, flawless bak punggok rindukan bulan, bak buluh perindu......... international level... semua peserta sama jer level.. tak der sorang pon yang kureng dan tak luper jugak komplen sora serak demam lah selesema lah .. .bla bla bla..even ada yang tak sihat pon .. okay jer
- tak yah nak penguasaan pentas segala... berdiri tegak, duduk kaku tapi sora fulamak........ mmg best.. tak yah music pon dah best, lontaran punyer lah mantap
- imej pon tak yah... sumer biasa jer pasal asal pon orang biasa2.... ada beza tu nak jadi penghibur dgn nak jadik penyanyi, bila dah berjaya jadik penyanyi baru boleh jadi penghibur, sekarang ni kat malaysia, jadik penyanyi pon tersedak2 jer.... elok2 kelangit nun jatuh kelaut
- juri2 pon best dan rileks jer, cakap pon tak der menyakitkan hati, siap bagi cara2 nak improve dengan cara mengajar kat situ gak macam mana nak tarik suara, tak der ler komen jer memanjang heheh...takder terlalu tertekan, macam dorang rasa diri terlalu bagus atau very annoying, macamlah artis yang menang2 tu akan jadik setaraf sudirman (malaysia version hehhehe) (ingat nak cakap mj tak jadi hehehe)
- music adalah utk dinikmati bukan utk opresssion, kita enjoy...... kalau kat malaysia tgk dorang nyanyi dalam rancangan reality kenapa kita yang rasa stress.... stress sangat ker dorang sampai penonton kat rumah pon terasa rasa?
- kualiti sound dan live music memang lah terbaik .... jelas , terang dan seimbang sesuatu yang mmg takder dan tak pernah wujud langsung kat AIM dan byk rancangan kat malaysia....tv3 kira okaylah..astro kualiti bunyi dari iklan jer tip top..
- tak der pon pilih memilih atau membeza-bezakan peserta, cantik atau kurang cantik, ciptaan tuhan sumer tu lawa2 indah2 jer, manusia yang membeza2kan, pilih vokal jer giler ke aper, muka mesti kena tunjuk gak kan..?
- para peserta tak segan2, dan tak malu2 memilih lagu rentak mereka, rentak tradisional kalau kata orang kita, bahkan lebih berbangga kalau peserta tu nyanyi lagu paling classic, sbb lagu tu paling susah dan mmg susah dan kalau berjaya dibawakan..ramai lah yang jadik peminat....
- dorang suka jemput penyanyi veteran.... sebagai rujukan... betapa lain giler kat malaysia.... baper ramai jer yang tau nona asiah tu saper? Last edited by lavendernovella on 21-11-2012 03:44 AM