|

Ahmad memakaikan jaket TMT 2013 sebagai gimik pelantikan Zizan sebagai Duta TMT2013.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu melantik Zizan Raja Lawak atau Mohd Razizan Abdul Razak, 28, sebagai duta Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT2013) bagi mempromosi dan memperkenalkan negeri ini kepada pelancong luar Terengganu secara lebih berkesan.
Pemilihannya dianggap bertepatan kerana Zizan yang merupakan anak jati Dungun, Terengganu dijangka mampu memikul tugas dengan cara tersendiri, termasuk mempromosi loghat Terengganu kepada masyarakat umum.
Beliau pernah merangkul naib juara program Raja Lawak musim pertama, dan kini bergandingan dengan Johan untuk program Maharaja Lawak Mega yang turut bersiaran di Terengganu malam kelmarin.
Selain itu, Zizan turut memenangi pelbagai anugerah selain dikurniakan bakat cemerlang dalam bidang lakonan.
Malah karier pengacara program Melodi ini juga berkembang dengan baik dan mempunyai pengikut dan juga peminat tersendiri, yang dilihat mampu membawa nama Terengganu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, persetujuan telah dilakukan dengan pihak Astro untuk melantik Zizan sebagai duta TMT2013.
“Pemilihan Zizan sebagai Duta TMT2013 kerana dia anak jati Terengganu dan antara artis yang popular serta mula mencipta nama. Pelantikannya sebagai duta diharapkan dapat membantu dalam program yang dijalankan sepanjang TMT2013,” katanya.
ok la tu, sekurang-kurangnya Zizan adalah anak kelahiran Terengganu , layak dilantik jadi duta negeri....
bukan macam negeri perak, lantik AC Mizal jadi duta negeri ,sedangkan AC tu bukan lahir kat perak pun....bukan orang perak pun
|
|