CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9257|Reply: 56

Memey Bakal Lahirkan Cahaya Mata Sulung Februari Ini

[Copy link]
Post time 11-1-2013 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Semua sedia maklum pelakon jelita Memey Suhaiza kini sedang sarat mengandung dan kendungannya dikatakan telah mencecah hampir 8 bulan.Ketika bertemu di majlis tayangan media episod akhir Adam dan Hawa petang semalam, Memey telah memaklumkan yang dia kini merasa teruja dan sentiasa mendengar nasihat doktor agar bersiap sedia untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada bila-bila masa sahaja.
“Kalau nak difikirkan antara soal takut dan teruja, perasaan saya kini lebih kepada teruja. Maklumlah ini kali pertama dan sebelum ini tak pernah tahu macam mana. Semuanya dengar cakap orang  je.”
“Doktor pun ada cakap bila-bila masa sahaja baby boleh keluar dan saya dijangka akan melahirkan baby dalam pertengahan bulan dua ini. Mungkin dalam 12 hari bulan macam tu la.”
“Doktor pun ada suruh saya ‘standby’ sebab mungkin baby boleh keluar dalam dua minggu awal atau dua minggu lewat,” ujar Memey sambil tersenyum manis.
Berkongsi lebih lanjut mengenai kandungan sulungnya, Memey turut memaklumkan kepada pihak media yang dirinya bakal melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur dan dia juga sudah memikirkan beberapa nama yang sesuai untuk bayi tersebut.
“Saya akan melahirkan bayi ini di Hospital Kohilal dekat Taman Melawati dan doktor yang bakal merawat saya adalah doktor yang sama menyambut kelahiran anak-anak abang Norman sebelum ini.”
“Semua ini memang abang Norman yang pilih sebab dia percaya dan sudah biasa dengan doktor tersebut.”
“Untuk nama pula saya dan abang Norman ada pilih 2,3 nama tapi belum pasti lagi nak pilih yang mana. Biarlah abang Norman yang pilih nama tu,” cerita Memey penuh gembira.
Dalam pada itu Memey turut memaklumkan yang dia bakal berpantang di rumah ibunya sendiri di Kota Tinggi, Johor.
“Untuk permulaan pantang saya akan berada di Kuala Lumpur dan ibu saya akan datang sini, manakala untuk selebihnya saya akan balik ke rumah ibu saya di Johor.”
“Biarlah awal-awal pantang dia berada di sisi ayahnya dulu selepas itu baru bawa baby balik kampung.”
http://www.ohbulan.com/memey-bakal-lahirkan-cahaya-mata-sulung-februari-ini/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 02:26 PM | Show all posts
tang nih ai sokong qaw habby sbb cherdik sikit n bagi unpaid maid n jantang tu jaga anak u. u boleh focus carik duit n buat aper jer while the child away.

qo patot bagi mereka stay dgn ur x jangtang setiap masa yang terluang. kain baju pun hantar buat bekalan banyak2 sket supaya bio mereka tolong basuhkan..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 04:49 PM | Show all posts
semoga selamat la hendaknya~~~jaga laki bebaik nak2 tyme pantang nanti memey ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 05:03 PM | Show all posts
Harap norman tak buat hal membirah time memey dalam pantang
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 06:07 PM | Show all posts
mizkajura posted on 11-1-2013 02:26 PM
tang nih ai sokong qaw habby sbb cherdik sikit n bagi unpaid maid n jantang tu jaga anak u. u boleh ...

Bolehkah saudara/saudari mengeja elok2 tanpa qo atau qaw?
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 04:13 PM | Show all posts
SEMOG ASELAMAT SEMUANYA LAH KAN .............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2013 09:43 AM | Show all posts
hahhaa.. norman be careful.. dok uma je setiap mase.. jangan ulang kesilapan yg same k..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 09:43 AM | Show all posts
x laku plak benang memey ni....org x ambik port la memey oi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 10:07 AM | Show all posts
nampak memey kat kopitiam wangsa walk. pakai maternity dress and rambut sanggul tinggi.  tunduk jer main phone. segan kot org kenal dia. muka cam budak2 jer. bersih sgt muka. kulit cantik. mmg jenis kulit idaman iolss.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:26 AM | Show all posts



jeles tgk kulit dia kn
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:36 AM | Show all posts
ha a. mmg kulit dia bersih mcm ni. mcm kulit pompuan yg tak keluar rumah, tak pernah berjemur bwh matahari.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:39 AM | Show all posts
Untung Memey sebab badan dia ni jenis tak mengembang bila pregnant
yg besar cuma perut dia je
senang nak kurus semula lepas bersalin
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:51 AM | Show all posts
semoga selamat bersalin...Norman jaga bini elok2.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:54 AM | Show all posts
tengku_juh posted on 12-1-2013 06:07 PM
Bolehkah saudara/saudari mengeja elok2 tanpa qo atau qaw?
Terima kasih.

setuju sangat2.....
harap mod boleh pantau juga

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 11:39 AM | Show all posts
Memey mesti bersalin dgn Dr Zarina Bibi kan? aku bersalin pun dgn Dr Zarina ni jugak.. Doc ni mmg best!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 11:40 AM | Show all posts
bdn dia xnaik ek wpun pregnant...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 12:10 PM | Show all posts
Norman, sila curang dan angkat toto ke opis lagi
kali ni ajak anzalna okehhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 02:35 PM | Show all posts
apatah :  ai pon nak tgk apa babak seterusnya kalau nomiang curang. nomiang nak hangkot toto baru atau chek in kat hotel budget je?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mizkajura posted on 11-1-2013 02:26 PM
tang nih ai sokong qaw habby sbb cherdik sikit n bagi unpaid maid n jantang tu jaga anak u. u boleh ...

APA BENDA KO TULIS NEH????
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
amyainsamad posted on 14-1-2013 10:26 AM
jeles tgk kulit dia kn

tang muka putih melepak,tp tang leher,gelap sikit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068992 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list