[size=0.9em]Isteri saya keras hati dan sukar ditegur walaupun membabitkan perkara yang baik. Contohnya, apabila ditegur kerana melipat baju secara ala kadar, dia akan melenting dan menyuruh saya melakukannya sendiri, sedangkan teguran itu dengan cara baik. [size=0.9em]Begitu juga dalam hal lain seperti membasuh baju. Pernah saya menegurnya jangan campur baju anak dengan baju kami kerana pakaian anak yang terkena air kencing menyebabkan pakaian kami terkena najis. Saya minta dia membersihkan dulu pakaian anak yang terkena najis sebelum dimasukkan ke dalam mesin.
[size=0.9em]Buat pengetahuan Dr, ibu saya seorang pembersih, suka mengemas dan rajin, tetapi isteri pula sebaliknya. Begitu juga dengan ibu mentua saya yang seakan-akan sikapnya seperti isteri saya. Apa yang saya lihat keadaan rumah ibu mentua tidak terurus dengan baik.
Pakaian tidak berlipat, hanya dilonggok di atas talam dan bakul, sarung bantal selimut tidak bertukar dan berbau, rumah tidak berkemas, dapur berselerak, sampah tidak dibuang dengan betul sehingga berbau serta aspek kebersihan lain juga tidak terjaga. [size=0.9em]
Selama ini saya banyak bersabar, malah sudah puas mengajar dan menasihatinya, tetapi sia-sia. Keadaan bertambah teruk, malah baru-baru ini saya dapati ada perubahan ketara kerana dia seolah-olah tidak menyukai ibu saya.
Apabila ibu saya datang ke rumah atau kami balik ke kampung, dia seperti berubah menjadi dingin serta membuat hal sendiri dan perubahan itu disedari ibu saya.
Pernah ibu bertanya kepada saya mengenainya. Bagi menjaga aib isteri dan menjaga hati ibu, saya terpaksa berdalih dengan mengatakan dia penat serta ada masalah lain.
Isteri juga mengaku dia sudah lama memendam rasa dengan ibu saya kerana selalu menegurnya. Selama ini dia hanya berpura-pura menjadi seorang isteri rajin dan baik untuk mengaburi mata ibu saya.
Dengan saya pula, dia mengatakan tidak berpuas hati kerana berasakan saya membelakanginya, sedangkan segala-galanya sudah diberi.
Berkali-kali saya memberitahunya, tanggungjawab saya sebagai anak lelaki terhadap ibu bapa tidak akan terputus walaupun sudah berkahwin tanpa abai isteri dan anak.
Apakah cara yang boleh saya gunakan bagi menasihati isteri yang begitu keras hati untuk berubah?
Ahmad,
Selangor
ni jawapan Dr. tu....aku agak makcik2 sini bagi nasihat lagi power kut...
Agama asas kebahagiaan dalam kehidupan individu dan berkeluarga. Rasulullah SAW menasihati supaya memilih pasangan daripada golongan beragama dan berakhlak mulia melebihi keturunan, kecantikan dan harta benda.
Isteri yang beragama dan sedar tanggungjawabnya akan membawa ketenangan dalam rumah tangga.
Dengan itu anda hendaklah mendidik isteri dengan agama sehingga sedar tanggungjawab kepada Allah, suami, ibu bapa dan anak.
Anda sememangnya menyedari tanggungjawab sebagai ketua keluarga, termasuk sebagai pendidik kepada isteri. Al-Quran menerangkan penyelesaian kepada isu suami isteri, antaranya bermaksud:
“Lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah melebihkan lelaki atas wanita dan juga kerana lelaki membelanjakan daripada harta mereka. Maka wanita yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan Allah.
“Dan wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah al-Nisa’, ayat 34)
Carilah jalan yang sebaiknya menyelesaikan masalah anda dengan isteri menerusi pendekatan al-Quran seperti di atas. Sekiranya nasihat secara baik tidak dihiraukan, anda perlu bertindak tegas mendidik isteri.
Last edited by lavatype on 2-2-2013 03:44 PM
|