CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21553|Reply: 167

Hilal Tolak Cinta Heda Kerana Gemuk!

[Copy link]
Post time 18-2-2013 07:31 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 18 FEB 2013: Tatkala program On Air bersiaran di Astro Ria Jun 2012, salah seorang peserta program itu, Hilal Azmi telah dituduh menolak cinta Heda kerana peserta tersebut berfigura besar.

Bagaimanapun, ketika sidang media memperkenalkan Hilal sebagai personaliti baru Astro didikan Datuk Aznil Hj Nawawi minggu lalu,  dengan pantas anak muda ini telah menafikan gosip berkenaan.

"Saya tidak tolak cinta dia. Saya juga tidak pernah tahu dia sukakan saya. Saya tahu pun selepas gosip ini tersebar di internet. Sekarang ini pun, sudah tentu saya tidak akan terima cintanya kerana ia lebih dulu diketahui media daripada saya sendiri.

"Saya tidak pula menuduh Heda yang beritahu, sebaliknya mungkin saya akan terima cintanya seandainya benda ini saya tahu dulu sebelum orang lain tahu," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Hilal memberitahu dia bukanlah lelaki yang menyukai wanita di sebalik  luaran cantik saja.

"Saya bukan lelaki yang suka pada luaran yang cantik saja. Pada saya kecantikan itu datang dari dalam bukanlah luaran semata-mata. Sejak keluar dari On Air, saya langsung tidak berkomunikasi dengan Heda. Saya juga tiada niat nak bertanya dia sendiri sama ada benar ke dia menyukai saya.

"Saya pun tiada sebab untuk menghubunginya. Kalau saya terserempak pun dengan dia, mungkin saya tidak tegur Heda," jelasnya.

Bukannya datang dari golongan lelaki sombong, Hilal memberitahu hubungannya dengan Heda bukanlah kawan tetapi sekadar kenalan.

"Saya bukannya berkawan dengan Heda. Dia hanya kenalan saya saja. Saya bukannya tidak suka dengan dia. Saya memang kenal dia hanya gitu-gitu saja. Kalau dia kawan saya, barulah saya ambil tahu tentang dia," ujarnya.
        
Menyentuh mengenai wajahnya yang dikatakan seiras Diddy Hirdy, Hilal menyatakan memang ramai beranggapan seperti itu.
"Memang ada orang kata wajah saya seiras Diddy Hirdy.  Tapi, Ssya tidak pernah cakap muka saya sama dengan dia dan saya sendiri tidak pernah merasakan wajah saya sama dengan Diddy. Ini semua ciptaan Tuhan. Kita memang akan jumpa iras wajah kita di dunia ini.

"Insya-Allah, saya berharap selepas saya jawab mengenai gosip ini, segalanya bakal berakhir," katanya penghujung bicara.


http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14065&c=1&s=1


Last edited by RatuDunia94 on 19-2-2013 03:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 07:34 PM | Show all posts
buat macam ceta korea tu baru tahu ... 1000 pounds beauty
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:36 PM | Show all posts
hilal and helda who?

*tgk gambar kat atas, hilal tu kurus kerempeng...alahai
  yg pompuan tu pulak dah masuk kategori obese.....dan iras muka dia mcm bob af2...adik beradik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:37 PM | Show all posts
Sombongnye statement!
Kalau terjumpa kat luar pun xnak tegur katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:38 PM | Show all posts
sape dia nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:46 PM | Show all posts
apsal minggu ni penuh dengan gossip sendu peserta2 on air ni??? semalam kisah porche ntah minah mana ntah...ini gossip diorang ni pulak.... masalahnya, SIAPA MEREKA INI???


layak masuk thread artis penyemak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2013 07:48 PM | Show all posts
bajet smart...jantan ni..eleh kalu hilal tu mcm lopak dah tentu ko x tolak cinta die...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:48 PM | Show all posts
Memang dia tak suka tu. takkanlh statement mcm perasan bgus.. Sombongnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 07:51 PM | Show all posts
tah pape tah mamat nih..mcm la hensem sgttt..statement berlagak giler..ntah2 dia yg sebarkan gossip nih sbb nak popular cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:55 PM | Show all posts
gossip rekaan utk publisiti...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:57 PM | Show all posts
Nih adalah adalah salah satu spekulasi..nk menaikkan
Rancangan bertaraf hampes...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:57 PM | Show all posts
2 2 I tk knal.
.yk tgk pn rncgn ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:11 PM | Show all posts
apakah? reporter ni takde cerita sangat dah ke?

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:14 PM | Show all posts
Sapekah???

Tapi statement mamat tu mcm blagaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:15 PM | Show all posts

saper pulak diorang nie.....
tulis budak on air tp x pernah tgk kat mana2 rancangan astro pon....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:16 PM | Show all posts
kalau saya jumpa hilal pun saya xkan jatuh cinta pada dia.. dia bukan encem pun... kuikui

ayat berlagak..kalu sekadar kenalan pun ko sama2 peserta apa slhnya ko say hi ke.. ni TAK MUNGKIN TEGUR.. statement bongkak nak mampos..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 08:17 PM | Show all posts
mizzmimi posted on 18-2-2013 08:11 PM
apakah? reporter ni takde cerita sangat dah ke?

nak naikan ranting astro kot sbb ramai dah tukar ke skybox..kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:44 PM | Show all posts
suterabiru123 posted on 18-2-2013 08:17 PM
nak naikan ranting astro kot sbb ramai dah tukar ke skybox..kuikui

nak naikkan rating ke, nak up kan personaliti diorang ni.

how lah nak naikkan rating dengan cerita & personaliti yang
orang tak kenal? (or ai je tak kenal?? lalala~)

and kalau nak upkan personaliti tersebut pun, takkan la
dengan cerita macam ni.. aduh..

nak buat macam af ker? tak kena langsung laa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:45 PM | Show all posts
jangan laki ni coverina jah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:45 PM | Show all posts
kah kah kah...nak buat camana..tu la nasib kalau dah kena gosip ngn pompuan gemok dempol2..sabor je la hilal....walaupun aku tk kenal ko dan tk penah nengok ko kat tv...kihkihkih

hilal + heda...

huda hilal pula adalah seorang lekcerer arab yg telah mengfailkan aku subjek ugama sehingga aku kene repeat..arab syria celake!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 1.254569 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list