CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9184|Reply: 69

Que Haidar Tak Jadi Bersara Tetapi Mahu Demand?

[Copy link]
Post time 23-2-2013 01:38 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Lebih kurang 4 tahun lalu, Que Haidar atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar pernah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada bidang lakonan serta mahu menumpukan perhatian lebih kepada keluarga serta perniagaan yang telah dirancangnya.

Namun 2 tahun selepas menyatakan hasratnya untuk bersara, Que Haidar kembali dengan membintangi filem arahan Mamat Khalid berjudul Rock Oo dan selepas itu dia sekali lagi menghilangkan diri atau senyap daripada berlakon dalam mana-mana drama atau filem.

Bagi mendapatkan kepastian status sebenar Que di dalam industri lakonan, murai.com.my telah berjumpa sendiri dengan suami kepada Linda Jasmine itu di majlis tayangan khas mediafFilem Rock Oo.

Sukar untuk mendefinasikan status sebenarnya kini di dalam industri, namun apa yang pasti Que Haidar berkata, dia kini sedang membuka ruang dan peluang kepada dirinya untuk memilih tawaran yang benar-benar memberi kesan terhadap kredibilitinya sebagai pelakon.

"Dulu saya pernah kata saya mahu bersara tetapi bila saya rindu hendak berlakon, ia mula membuat saya terfikir untuk kembali
dengan sesuatu yang mampu memberi lebih kepuasan dan kehendak diri saya sebagai seorang pelakon.

"Lagipun, saya rasa sekarang adalah masanya untuk saya memilih apa yang saya nak kerana lakonan bukan lagi menjadi sumber utama saya kerana saya mempunyai kerja atau komitmen lain seperti memenuhi jemputan dengan menjadi freelance sebagai guru lakonan.

"Jadi jika saya benar-benar ingin berlakon, saya mahukan sesuatu tawaran lakonan yang boleh mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon," katanya kepada murai.com.my

Bercakap mengenai penglibatannya dalam dalam filem Rock Oo selepas menyatakan hasrat untuk bersara, Que Haidar, berkata adalah sukar untuknya menolak permintaan pengarahnya, Mamat Khalid selepasdipujuk kerana mereka mempunyai hubungan yang akrab.

"Saya susah nak tolak tawaran daripada abang Mamat. Tapi sebelum ni pun, saya ada tolak juga tawaran dia dan ia tak ada masalah apa-apa. Hubungan kami pun sudah macam abang dan adik dan saya rasa abang Mamat faham apa yang saya mahukan.

"Sebenarnya saya ditawarkan untuk berlakon filem Rock Oo sejak 4 bulan sebelum penggambaran dijalankan tetapi saya hanya berkata setuju selepas seminggu sebelum penggambaran filem itu bermula," jelasnya lagi.

Mahu beralih angin, Que memberitahu dia sekarang mahu jadi lebih demand terhadap naskhah yang lebih berat daripada kebiasaannya, lebih-lebih lagi yang mempunyai elemen kemasyarakatan dan kemanusiaan yang mendalam tanpa adanya unsur komersil.

"Saya tak kata filem komerisil tak bagus, cuma saya kini mahu berubah angin dengan melakukan filem-filem yang berat dan bekerja dengan pengarah-pengarah yang hebat seperti U-Wei dan Dain Said. Apa yang penting, saya mahu menguasai watak yang berat yang boleh menonjolkan bakat lakonan saya sahaja.

"Setakat ini saya belum dapat apa yang saya mahukan walaupun sudah menerima banyak tawaran berlakon. Saya akan kembali jika saya sudah menerima tawaran lakonan yang benar-benar dapat membuka hati saya," luahnya lagi.

Selain Que, filem Rock Oo iaitu sekuel kepada filem Rock (2005) itu telah dibintangi oleh pelakon lain seperti Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Filem Rock Oo terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu bakal ditayankan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Februari ini.

Kredit: http://www.murai.com.my/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 01:39 PM | Show all posts
tolong la jangan bersara...iols suka je lakonan mamat neh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:47 PM | Show all posts
Grand Brilliance ni kalau buat filem mesti kutipan sendu... tak buat research ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:47 PM | Show all posts
artis yg berlakon semula lepas menyatakan hasrat utk bersara adalah perkara biasa...alasan yg diberikan adalah sama iaitu kerinduan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:49 PM | Show all posts
aku suka Que Haidar...

walaupun dia dapat isteri yg queen control ,dia tetap cool..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:51 PM | Show all posts
Xleh belakon pilem komersial cintan cintun
Nnti bini kat rumah tak kasi belakon trus
Itu yg sebenarnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2013 01:54 PM | Show all posts
rasanya kena berlakon balik kerana nak menampung keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 02:08 PM | Show all posts
harus la lelaki kan kene la menampung perbelanjaan family...dah jd tanggungjawab suami kan...nsb la dpt isteri queen control...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 03:49 PM | Show all posts
aku suka tgk dia ni belakon sume watak bleh bawak. paling suka yg dia jd mat dungu yg belakon dgn liyana jasmay tu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia kalau betul kena QC. Bakat besar tapi tak boleh nak berkembang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:06 PM | Show all posts
aku pun suka dia berlakon, kdg2 part dia kecik je tp berkesan (cam filem Cinta).. tp yg aku paling xleh lupa citer apa tah yg dia berlakon dgn Normah Damanhuri  yg dia kena goda kat ladang kelapa sawit tu.. fuhhhhh..
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke filem Rock tu si Mamat Khalid yang beria-ia merayu kat dia..tapi dia ni belakon watak apa pun, seronok je tengok
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnamina posted on 23-2-2013 03:49 PM
aku suka tgk dia ni belakon sume watak bleh bawak. paling suka yg dia jd mat dungu yg belakon dgn li ...

Duhai si pari2 eh? Watak bodo2 alang yang kene tipu dek nabila huda tu.. Cam siot je
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:18 PM | Show all posts
mcm cik ta gak ler ala hari tue cik ta pun kata nak bersara tp  xder pun... retis biasa ler...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:22 PM | Show all posts
huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:43 PM | Show all posts
Mesti kena berlakon balik katanya keta nk kena tarik dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 04:46 PM | Show all posts
i suka jek que ni..
walaupun muka plain je...tapi bila berlakon ada aura dan karisma
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 07:11 PM | Show all posts
Wajib tayang!!! haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 07:13 PM | Show all posts
Suka tengok dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok making of cerita ni.. suka la que berlakon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056823 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list