|
Jika zaman datuk nenek kita dahulu, penyusuan susu ibu boleh dikatakan berleluasa gitu. Macam tidak kena pula perkataan berleluasa itu. Tapi itulah hakikatnya pada zaman itu sesiapa sahaja rasanya mengamalkan penyusuan susu ibu bukan?
Yang bagusnya zaman sekarang pun kesedaran penyusuan susu ibu semakin baik. Rata-rata ramai ibu-ibu yang telah mula menyedari kepentingan penyusuan susu ibu. Memang banyak kelebihan penyusuan susu ibu ini dan bila kita sedari betapa hebatnya susu ibu, semakin hati kita akan berusaha untuk menyusukan bayi masing-masing.
Kelebihan Susu Ibu
mempunyai antibodi tidak seperti susu tepung. Jadi untuk beberapa bulan pertama yang kritikal, bayi anda akan dilindungi terutamanya dari kembung perut, jangkitan telinga, jangkitan pundi kencing atau pun demam.
Oleh kerana susu ibu adalah semulajadi, maka ianya juga boleh mengurangkan allergic atau alahan pada bayi anda seperti asma dan ekzema.
Paling baik adalah susu ibu sangat bagus untuk perkembangan otak. Penyusuan eksklusif akan merangsang dan mempertingkatkan pertumbuhan cognitif bayi. Jadi bayi juga lebih cerdik.
Untuk ibu yang menyusu, akan mengurangkan risiko anda diserang kanser ovari, kanser payudara atau sakit yang serius di kemudian hari.
Susu ibu tidak perlu disteril, tidak perlu dibasuh, maka ianya mudah, bila-bila masa boleh berikan pada bayi tanpa tercemar.
Dengan menyusu badan juga akan menguatkan "bonding" antara ibu dan anak. "Bonding" yang terjadi hasil penyusuan susu badan tidak dapat dibanding.
Siapa kata menyusukan bayi adalah susah? Mahukan yang terbaik, pasti kena buat yang terbaik!
Ingin dapatkan tips penyusuan?
http://permatacintaku.blogspot.com/2013/02/hebatnya-susu-ibu.html
|
|
|
|
|
|
|
|
rajinnye buat blog. tahniah. anda hebat anda berjaya. anda seorang islam |
|
|
|
|
|
|
|
sy tk nafikan susu ibu mmg terbaik kerana ia ciptaan Allah SWT..tp sy tengok kt nursery anak saya ni..bb yg breastfeed ni selalu demam,, batuk berpanjangan..jangkitan kuman kt paru paru..ada yang jangkitan kuman dlm air kencing... adakah pemakanan ibu menyusu menjadi faktor sehingga bb menyusu mudah jatuh sakit..sedangkan kalau ikutkan kata doktor bb menyusu mmpunyai daya ketahanan badan yg kuat..
|
|
|
|
|
|
|
|
BurungBiru posted on 26-2-2013 03:29 PM
sy tk nafikan susu ibu mmg terbaik kerana ia ciptaan Allah SWT..tp sy tengok kt nursery anak saya ni ...
Mungkin juga tapi cotton percaya % baby yg mempunyai masalah kesihatan lebih tinggi dikalangan anak yg diberi minum susu tepung.Berbeza dgn apa yg burungbiru nmpak di nursery,cotton pula nampak lebih ramai baby yg xfully BF jatuh sakit lebih kerap berbanding baby yg BF.wallahualam..hanya memberi pandangan seposen jua |
|
|
|
|
|
|
|
coT_Ton posted on 26-2-2013 11:33 PM
Mungkin juga tapi cotton percaya % baby yg mempunyai masalah kesihatan lebih tinggi dikalangan ana ...
pendapat masing masing..biasanya kita memberi pendapat berdasarkan pemerhatian sekeliling.. kalau ikut kajian klinikal mmg susu ibu terbaik.. awal lagi sy dah mention..susu ibu anugerah Allah.. cuma saya rasa ibu yg menyusu perlu peka apa yg mereka makan..pendek kata apa yg ibu nk makan pikir jugak benda sesuai dengan anak ke tidak.. mana tau makanan tu semua mungkin beri kesan kepada qualiti susu ibu
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak faktor menyumbang pada penyakit. bukan bermakna bagi susu ibu 100% baby takkan di timpa penyakit. keadaan sekeliling, imunity badan baby tu sendiri, maybe tersangat lemah, penyediaan susu sebelum diberi pada bayi, penyimpanan susu ibu tersebut, quality susu dan sebagainya.
tapi saya tak berapa setuju dengan tt punya posting : "siapa kata menyusu bayi adalah susah"
tidak la semudah yg disangkakan, main selak je kalau anak nak menyusu. banyak benda kena ambil berat, especially bagi ibu berkerja.
sebab itulah iyanya tak wajib. lain orang lain masaalahnya kan
ini menurut pengalaman saya sendiri menyusukan 2 anak tanpa formula selama setahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
Saya seorg suami. Sebenarnya saya cuma ingin menceritakan kehebatan my wife. Dier seorg yg berkarier as a IT Professional. Selalunya mmg sgt busy. Sampaikan weekend pun kena kerja. Most of the time dier mmg penatlaa dengan kerja dan anak-anak. Sekarang ni kami ada 2 org anak. Yg latest baru umur 6 bulan lebih skit. My wife bersungguh-sungguh nak menyusukan baby. Kiranya dalam kesibukan dier bekerja still dier bawak balik 4-5 bungkusan susu. Kagum aku!!!
Bila dier rasa susu dah kurang mula laa ambil supplement. Sampai skang baby kami yg 6 bulan tue maseh minum susu my wife.
Kalau ada lelaki yg sdg membaca ni. Silalah beri semangat and peransang kpd isteri anda untuk menyusukan baby dgn susu isteri anda sendiri. Byk yg boleh kita lakukan seperti....belikan Medela Free Style and supplement....Shakley.
Byk khasiat susu ibu sebenarnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 25-2-2013 10:19 PM
rajinnye buat blog. tahniah. anda hebat anda berjaya. anda seorang islam
macam sarcastic je ni. jgn la cam tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
seorang ibu angkat pun sanggup cuba ambil suplement utk menyusukan sendiri anak angkatnya inikan pula ibu kandung.Malu kalau ibu kandung hanya mampu beri susu botol kpd anak nya sendiri! |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun bangga pada ibu yg suka menyusukan anak sendiri.kdg2 xnak menyusukan.bukan faktor xboleh,tp TIADA USAHA.xsampai seminggu xkuar susu terus cakap alah xda susu..sumbat botol.pastu hentikan bg susu badan.aku tgk ibu yg bersungguh2 nak BF ni..ada yg sampai sebulan baru leh BF pun ada.tp busaha..xputus asa.jumpa doktor.skrg puting tenggelam pun boleh menyusu.
kalo mmg xboleh dah mencuba sebaik mungkin tu xkisah lah.ni ada je ssetengah yg sengaja xmahu susukan anak.anak itukan amanah,tanggungjawab yg Allah bg kita..susu badan ibu adalah yg terbaik,itu juga merupakan hak anak.banyak khasiat.kalo xda juga susu badan setelah berusaha,anda tetap ibu yg baik.sbb berusaha,tanpa menyerah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|