|
Salam,
Anak saya berumur 5 bulan dan sebelum ini fully breastfed (+ EBM). Akhir2 ni isteri mengadu susu badan dah makin sikit dan tak cukup utk anak. Jadi kami bercadang utk bagi susu formula (disamping susu badan). Disebabkan banyak sangat susu formula di pasaran, rasanya kena trial & error utk dapat susu yang sesuai. CUma masalahnya, kebanyakan susu formula dijual dalam paket yang besar (350 gm dan ke atas). Susah nak jumpa yang jual dalam lingkunagn 200 gm ke bawah. Harga dah le mahal, kalu beli pek besar pastu tak sesuai dgn anak membazir la pulak. Jadi... kat mana nak dapat sample susu formula (agak2 cukup utk 3-4 kali minum) utk dapatkan yang paling sesuai utk anak? Kalu bukak website susu formula, suma hanya bagi sample utk step 2 (1 tahun ke atas).. Tak jumpa lagi yang 0-12. Sebarang bantuan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Tox
|
|