Di sini saya kongsikan resipi Asam Pedas Ikan Pari untuk tatapan rakan-rakan di luar sana, diharap sudilah mencubanya ya...
Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)
5/6 potong ikan pari
2 senduk cili kisar
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
2 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
5 helai daun limau purut
beberapa tangkai daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
1 biji tomato
1 batang serai
3/4 batang bendi (optional)
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
1. Ikan pari dibersihkan dan ditoskan
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit. Tumiskan bahawa kisar sehingga naik bau. Titikkan serai dan masukkan ke dalam tumisan bawang.
3. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, daun limau purut, dan daun kesum dan biarkan mendidih.
4. Tambah sedikit air bagi mengelakkan kuah menjadi terlalu pekat. Masukkan gula dan garam dan kacau rata sebelum memasukkan ikan pari, tomato dan bendi. Ini bagi mengelakkan ikan pari hancur jika dikacau banyak kali.
5. Masak beberapa minit dengan api sederhana hingga ikan pari masak dan pecah minyak, tutupkan api. Bolehlah dihidangkan.
|