CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10237|Reply: 18

Siapa taw arnab ada berapa jenis?

[Copy link]
Post time 13-6-2013 02:45 PM | Show all posts |Read mode

American Chinchilla


Negara asal: France. Baka yang mempunyai bulu yang terbaik . Lebat dan halus 1 1/4 ” panjang . Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai “Heavyweight Chinchilla”. Berat 9-12 lbs.  Berat Chinchilla gergasi ialah 12-16 lbs, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 5-7 1/2 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.



Vienna White

Negara asal: Austria. Tegap. Berat 8-12 lbs. 2 warna – Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, &  cerah di bahagian bawah cerahr & putih Vienna.



Beveren White

Negara asal: Beveren, Belgium. Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru “lavender”, putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil  Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya.  Badan jenis “Mandolin ” .  Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 8-12 lbs.



Tan

Negara asal: Derbyshire, England. Kacukan arnab liar Dutch. Ada bahagian badan yang berwarna keemasan perang dan bahagian lain berwarna hitam, biru, coklat atau ungu lembut. Berat 4-6 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.



Silver Fox

Negara asal: Ohio. Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luarbiasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 9 -12 lbs. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuaca.


Dikenali sebagai “Silver Fox” di England. (tidak sama dengan “Silver Fox” di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 6-9 1/2 lbs.


Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran “herringbone” biru, “tortoiseshell” berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil “Lapin Papillon Angalias” di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama . Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 5-8 lbs.


2 jenis: “Marten sable” dengan warna  putih di bahagian bawah atau “Siamese sable” yang tidak mempunyai warna putih di bahagian bawah. Berbulu sutera yang lebatr. Sangat tenang.





Negara asal: France. Berwana hitam, biru, “broken group, californian”, “castor, chinchilla”, cokelat, himalayan, ungu lembut, “lynx”, “opal”, merah, “sable”, “seal tortoise” & putih. Terlalu lebat, bulu lurus 5/8″ . Lemah lembut dan semulajadinya baik. Haiwan kesayangan yang baik. Selalunya berat diantara 7 1/2-10 1/2 lbs. Berat “mini rex” 3-4 1/2 lbs.



Negara asal: Britain. Baka yang paling biasa ialah berwarna putih dan bermata merah. Pembawaan yang buruk. Tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Mempunyai mata yang berwarna biru dan merah. Bulu yang pendik dan halus. “Fly back coat”. Berat < 3 1/2 lbs. Berwarna putih, hitam “otter”, hitam, biru, cokelat, “chestnut agouti”, “sable marten”.Bulu yang licin berkilat dan seperti sutera. Di USA, dikenali sebagai “Britannia Petite”.


Negara asal: Washington. Warna keemasan, “lynx” c.Berat 8-11 lbs.



Last edited by leotazz818 on 18-6-2013 04:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2013 08:19 PM | Show all posts
arnab 'kita' paling comel2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 06:39 PM | Show all posts
noor2 posted on 15-6-2013 08:19 PM
arnab 'kita' paling comel2...

nak tgk arnab die  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:23 PM | Show all posts
maxim posted on 16-6-2013 06:39 PM
nak tgk arnab die


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 03:31 PM | Show all posts
daging arnab mmg sedap.
Allah beri yg tebaik utk umatnya makan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 10:41 AM | Show all posts
mizkajura posted on 17-6-2013 03:31 PM
daging arnab mmg sedap.
Allah beri yg tebaik utk umatnya makan

erk. x sanggup.  teringat rupa2 comel kelinci
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2013 10:43 AM | Show all posts
ma_rul posted on 20-6-2013 10:41 AM
erk.  x sanggup.  teringat rupa2 comel kelinci

tak sanggup...tak pe. ramai je karnivor lain mcm aiols
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 10:50 AM | Show all posts
    Masa kecik2 dlu, kitaorg pnah bela arnab. Biasanya time ptg kitaorg biar kandang diaorg tbukak. time dh nk senja, kitaorg ltak balik kt dlm cage.
    Skali tu missing sekor. jenuh cari. dlm parit pn cari, tp xde. parit rumah bsambung dgn parit besar, tp akn ada drop lbih kurang 2mtr. Kmi dh cover parit dgn jaring, tp ada laluan kecik, so maybe arnab tu susup bwah jaring tu. Koz ada arnab yg hyper skit.

   Smpi ke mlm la, kmi cri kt dlm parit tu dgn lampu suluh. Aku lak dh ngis bagai. jmpa la arnab tu dlm air, dh kesejukan n kaki luka. tragis la. x lama pastu mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 04:34 PM | Show all posts
sedap daging arnab ni berbanding daging ayam..
buat sup sedap.. buat satey pun sedap.. hmmmmm... tp mahal dagingnya..

sesapa mengidam, boleh dptkan daging arnab ni kat kajang.. dekat dengan bukit broga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 12:14 AM | Show all posts
x pernah lagi makan daging arnab sbb x sampai hati nak makan arnab yg cute n comel! x sanggup..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 01:43 PM | Show all posts
susah ka bela arnab?
(arnab sebagai pet, bukan untuk di"sate"kan)
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 05:39 PM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 26-12-2013 01:43 PM
susah ka bela arnab?
(arnab sebagai pet, bukan untuk di"sate"kan)

kena banyak  membaca sbb perut diaorg ni sensitif tau. banyak kes arnab mati tiba2. iols ada bela arnab hihihihi

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 05:42 PM | Show all posts


ramai org malaysia suka bela baka netherland dwarf ni sbb bulu pendek, comel senang nak urus.

ni arnab iols tp amik gamba kat google jer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 05:42 PM | Show all posts


yg ni yang netherland dwarf tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 05:46 PM | Show all posts
sukaaa arnab. iols obsessed dengan arnab hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2014 01:02 PM | Show all posts
aiskrimpelangi posted on 6-1-2014 05:46 PM
sukaaa arnab. iols obsessed dengan arnab hihihi

ada bela ke? kucing x suka?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 02:16 PM | Show all posts
berun posted on 8-1-2014 01:02 PM
ada bela ke? kucing x suka?

bela la yg kat atas telinga jatuh tu. kucing suka tp parents iols tak suka bau tahek mereka, bucuk. arnab tak bau sgt.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 06:57 AM | Show all posts
Teringat sorang jiran dpn unit sy dulu..
nak bela arnab tp xreti jaga elok2..kesian kurus kering haiwan tu..
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 12:39 AM | Show all posts
arnab iols yg jenis drop/loop ear tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.860362 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list