View: 14896|Reply: 29
|
Keburukan Makan Mee Segera
[Copy link]
|
|
Keburukan Makan Mee Segera
Anda penggemar mee segera? Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak.Selain itu, mee segera ini boleh pula dipelbagaikan untuk hidangan seperti boleh dimasak dengan cara menggoreng, merebus, dimasukkan ke dalam sup atau kari, menyediakan mee kaserol mahupun membakarnya. Hakikatnya mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana mengandungi banyak bahan perasa. Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa yang dikatakan memberi kesan terhadap tubuh kita malah terdapat pelbagai bahan lain yang perlu kita ketahui.
Cepat disediakan, enak pula dimakan…
Hmm..enaknya.. Perlu anda ketahui, terdapat 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam sebungkus mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Tahukah anda bahawa kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera
Kalsium Sulfat : Kapur Paris.
Asid Tartarik : Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida : Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ) : Produk berasaskan petroleum iaitu satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate : Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin
yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate : Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga
digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol : Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. Polydimethylsiloxane : Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine) : Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser. Oleh itu, marilah kita berazam untuk kurangkan makan mi segera, walaupun murah dan menjimatkan tetapi ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas. Mana satukah yang kita mahu pilih. Fikir-fikirkan ya…!
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aiiii banyak nau bahan negatifnya...zaman mokcik kt kolej dulu ni le menu harian waktu sesakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
masih slim lagi atau dah gemuk sekarang nih????mokcik??? |
|
|
|
|
|
|
|
Dlu time kelas chemistry, kitaorg pnah tnjukkn apa jd klu smlman mee segera tu dbiarkn. ni blum lg buh srbuk perasa yg ada msg tu. Bila dh smlman, korang akn nmpk cm ada 1 layer "lemak" terapung2 kt mangkuk tu. so bnde tu di test. Bnde tu sbenarnya ada unsur2 polimer. iaitu plastik.
So korang bygkn lah, klu kita kerap mkn mee segera, dlm perut kita tu akn ada cm lapisan plastik substance. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
patut la sedap je mee segera ni. Balik karang nak cari megi tomyam la. |
|
|
|
|
|
|
|
So korang bygkn lah, klu kita kerap mkn mee segera, dlm perut kita tu akn ada cm lapisan plastik substance. huhu
lapisan plastik tu adalah seperti lilin atau pengawet....sebab tu kalau nak makan mee segera ni cukup dua hari berturut turut sahaja.... |
|
|
|
|
|
|
|
alamak, ade 9bungkus kt umah ni..ptg ni ingat nk makan megi... |
|
|
|
|
|
|
|
Thursday, February 16, 2012BAHAYA DAN KEMUDARATAN DALAM AIR REBUSAN MEE SEGERA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAU, SILA BACA....
Air Rebusan Mee Segera Wajib Dibuang!
Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.
Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera disinyalir akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.
“Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera,” ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.
Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.
“Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang,” tegas dr Patricia.
Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.
Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. “Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain,” tegasnya.
Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.
Sumber: Kaki Online.
|
|
|
|
|
|
|
|
cemp posted on 20-6-2013 03:13 PM
alamak, ade 9bungkus kt umah ni..ptg ni ingat nk makan megi...
wah.. bnyknya vitamin kat rumah. megi ape tu? takmau kongsi2 ke? tak habis 9bgks makan sorang tu. kalau nak lagi sedap, titik lilin dalam tu. Wax megi ni kurang uhmp
|
|
|
|
|
|
|
|
wah.. bnyknya vitamin kat rumah. megi ape tu? takmau kongsi2 ke? tak habis 9bgks makan sorang tu. kalau nak lagi sedap, titik lilin dalam tu. Wax megi ni kurang uhmp
lawak betul lawak...
dah jadi makanan utama lak |
|
|
|
|
|
|
|
aLieNzDaToR posted on 20-6-2013 04:22 PM
wah.. bnyknya vitamin kat rumah. megi ape tu? takmau kongsi2 ke? tak habis 9bgks makan sorang tu. ...
hahahaha vitamin megi kari rebus & goreng, beli 2pek dpt la 10 bungkus siap free 1...
tak kan nak buang..ala makan time teringin jer..gile nak tala hari2..
|
|
|
|
|
|
|
|
aLieNzDaToR posted on 20-6-2013 11:18 AM
patut la sedap je mee segera ni. Balik karang nak cari megi tomyam la.
Klu time g travel, megi tomyam gak aku pek. wahaha. mmg sodap la. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dekat 2 tahun tak makan. kalau lapar, buat spaghetti je. 10 minit je pun |
|
|
|
|
|
|
|
ma_rul posted on 20-6-2013 05:51 PM
Klu time g travel, megi tomyam gak aku pek. wahaha. mmg sodap la.
a`ah. kat rumah selalu ada 2 perisa megi. megi tomyam utk dimakan begitu saja mcm roti gargenia tu. tapi rendam dgn air la. lagi satu megi kari utk buat murtabak megi. ni kira sumber multivitamin la ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahaha. boleh ye cmtu multivitamin la sngt.
Tp jgn kerap sngt la. Skrg ni bnyk sngt kes mati muda krn kanser. Selain dr persekitaran, pemakanan rasanya yg bnyk beri kesan. org dlu2 x cm kita. asyik2 g drivthru la, megi in cup la, smua bnde segera je. nauzubillah mati x mo segera huhu. amal x ckup |
|
|
|
|
|
|
|
tapi ada orang nasihat kat ceq kalau nak makan megi buleh tapi air rebusan pertama kena buang. tambah air lain dan baru letak perencah. Tapi dah tak sodap lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
patut megi sedap dia lain mcm.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
xde pon yg mampos mkn megi...
kate mcm2 bahan terlarang ada dok dlm tu..
xpenah dengor pon kes2 kt spital pasal keracunan ke pasal mampos tertelan serbuk megi ke ape ke
dusta semate2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|