1 1/2 cawan tepung naik sendiri.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
2 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas) / 1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu besar pati oren sunquick
sedikit pewarna oren
Cara-cara:
- Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang.
- Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung.....Putar dengan kelajuan perlahan......Biar semuanya sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian, adunan A campurkan dengan bancuhan koko/coklat emulco dan gaul hingga sebati......adunan B campurkan dengan pati oren sunquick dan pewarna oren kacau sampai sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
- Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah.
- Jika suka buat topping coklat dan hias kek ikut suka ya....
Selamat mencuba.... Last edited by Sambal_Petai on 22-9-2013 11:16 PM