|
PENERAJU MotoGP, Marc Marquez mencatatkan masa 2’00.011 dalam seisi kelayakan masa untuk meletakkan diri dipetak pertama dalam aksi di Grand Prix Malaysia 2013, semalam.

Penunggang Yamaha Factory Racing, Valentino Rossi dipetak kedua (2’00.336) manakala Cal Crutchlow dikedudukan ketiga dengan catatan masa 2’00.359.
Kategori Moto2 pula, pelumba Sepanyol, Esteve Rabat berjaya merebut petak pertama (2’07.063) mengatasi Thomas Luthi (2’07.081) dan Pol Esprargaro (2’07.161) ditempat ketiga.
Bagi kelas Moto3, Luis Salom daripada pasukan Red Bull KTM Ajo akan memulakan perlumbaannya esok di petak utama selepas mencatat masa terpantas (2’13.867) manakala penunggang pasukan Ongetta-Rivacold, Alexis Masbou (2’13.985) dan Niccolo Antonelli daripada pasukan GO&FUN Gresini (2’14.006).
|
|