Patutlah artis ini kelihatan jelita walaupun semakin dimamah usia. Ini kerana dia bukan saja menjaga kecantikan wajahnya dengan produk kecantikan jenama antarabangsa tetapi rupa-rupanya juga memakai susuk.
Menurut sumber SS, yang menariknya artis itu mula memakai susuk sejak dia muda remaja lagi. Khabarnya hingga sekarang dia kerap berulang alik dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pakar susuk itu.
Sumber terbabit memberitahu, dia dimaklumkan perkara itu daripada jiran kepada bomoh terbabit yang kerap melihat artis itu berjumpa dengan bomoh yang mahir dengan ilmu susuk itu. Boleh dikatakan kerap jugalah artis itu ke sana, barangkali untuk memperbaharui jampi serapah yang lama.
Ketika ramai artis sekarang berhijrah dengan bertudung, berjubah dan aktif menghadiri usrah sana sini, tetapi artis ini pula lebih suka menyerahkan -nasibnya kepada bomoh itu. SS dengar macam--macam yang pengamal -susuk ini akan alami bila nak mati nanti, apakah artis itu tidak tahu semua itu atau buat-buat tak tahu demi mengejar syurga dunia.
Artis itu pun bukan-nya semakin muda, lebih baik dia menyerahkan segala pergantungan hidupnya terhadap Allah SWT. Anak-anak pun semakin meningkat dewasa, kalau ibu bapa sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak macam mana nak mendidik mereka nanti.
Pada SS, tanpa susuk pun artis itu sudah cantik. Apakah tidak cukup de-ngan apa yang Allah SWT beri? SS harap artis itu dapat muhasabah diri dan segera berubah.
SS: Biarlah tak cantik asalkan tidak menduakan Allah SWT
Last edited by Jenabmurai on 19-10-2013 07:37 PM
|