Assalamualaikum...
saya mempunyai seorang kenalan untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan restoran. ceritanya macam ni, kenalan saya ni mempunyai restoran yang dia beli dengan harga 80k siap dgn peralatan dan telah beroperasi selama 2 bulan. setelah 2 bulan beroperasi, restoran tersebut telah kehabisan duit pusingan modal iaitu untuk membayar sewa, upah pekerja, dll. sekarang ni pun restoran dia hanya mampu menggaji seorang tukang masak sahaja dan dia sendiri sebagai pelayan a.k.a cashier a.k.a pembuat aira.k.a owner restoran.
Permasalahan disini ialah, pemilik restoran tersebut memerlukan modal tambahan untuk membayar sewa, menambah pekerja dan menambah menu restoran.
Kedudukan restoran tersebut sangat2 strategik dimana dikelilingi bangunan kerajaan seperti balai bomba, balai polis, mahkamah,majlis bandaran serta perumahan yang padat. kawasan restoran juga merupakan dekat dengan taman dimana banyak aktiviti waktu petang seperti jogging danbermain layang2 selain mempunyai kawasan parking yang luas. kawasan tersebut juga mempunyai 3 kedai mamak dibuka serentak yang saya rasa apabila kedai mamak buka mesti ada kajian pasaran mengatakan kawasan tersebut mempunyai potensi...betul ke??
Adakah saya patut melabur dalam restoran itu? Apakah baik buruk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan makanan?
Saya sangat berminat dalam perniagaan makanan dan telah melihat banyak rakan yang berjaya melakukannya. harap kawan-kawan cari dpt tolong yea...
Terima kasih in advance.
Last edited by nekcivic on 4-11-2013 11:41 AM
|