CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 0

Wushu Dunia: Juri putus Malaysia terlepas emas

[Copy link]
Post time 8-11-2013 05:35 PM | Show all posts |Read mode
SKUAD wushu negara terlepas peluang untuk menambah satu lagi pingat emas pada Kejohanan Wushu Dunia ke-12 melalui acara Jian Shu Lelaki, hari ini.

Atlet muda Malaysia, Yeap Wai Kin, yang pertama kali mewakili negara dalam Kejohanan Wushu Dunia, terikat kedudukan di tempat pertama bersama-sama peserta Jepun, Tomoya Okawa selepas masing-masing mengutip 9.63 mata.

Pingat gangsa acara berkenaan diraih Andrei Soloviev dari Rusia dengan mengumpul 9.61 mata.

Berdasarkan kepada keputusan juri khusus untuk bahagian lompatan mendapati Tomoya mendapat markah yang lebih baik untuk gerakan itu berbanding Wai Kin.

"Saya tidak kisah dengan keputusan yang telah dibuat oleh juri. Saya pun tidak meletakkan sebarang sasaran pingat dalam acara ini. Memenangi pingat perak sudah cukup baik untuk saya," kata atlet berusia 20 tahun dari Bayan Lepas, Pulau Pinang itu.

Fokus beliau berikutnya adalah untuk tiga lagi acara pada kejohanan kali ini iaitu Chang Quan, Qiangshu dan Berpasukan (Dual Event).

Sementara itu, hasrat Ng Say Yoke untuk meraih satu lagi pingat tidak kesampaian selepas hanya meraih tempat keempat dalam acara Gunshu lelaki.

Pingat emas acara itu dimenangi Jia Rui dari Macau dengan 9.67 mata, manakala Daisuke Ichikizaki (Jepun) dan Cho Seung-jae (Korea Selatan) memenangi pingat perak dan gangsa, masing-masing dengan 9.65 mata dan 9.64 mata.

Dalam acara Jian Shu wanita pula, atlet wushu Malaysia, Phoon Eyin menamatkan saingan di tempat kelima.

Acara itu dimenangi Kan Wencong dari China dengan mengutip 9.72 mata, diikuti Duong Thuy Vi (Vietnam) dan Keiko Yamaguchi (Jepun), masing-masing dengan 9.66 mata dan 9.65 mata.

Selepas dua hari pertandingan, skuad Malaysia memperoleh dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa manakala China mendahului pungutan pingat dengan enam pingat emas setakat ini.


Wushu Dunia: Diana tambah kutipan emas


Peserta wushu wanita negara, Diana Bong Siong Lin (kanan) menjuarai kategori Nan Dao Wanita manakala Chai Fong Wei (kiri) mendapat tempat ketiga dalam kategori Gun Shu Wanita sempena Kejohanan Wushu Dunia Ke-12 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

SKUAD  negara mengutip pingat emas kedua selain meraih gangsa pada Kejohanan Wushu Dunia ke-12 yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras hari ini.

Kilauan emas kedua Malaysia itu dirangkul Diana Bong dalam acara Nandao wanita dengan memperoleh 9.66 mata.

Perak dimenangi Lin Chih-yu dari Taiwan dengan 9.59 mata manakala gangsa milik peserta Hong Kong, Yuen Ka Ying, yang mendapat 9.57 mata.

"Ini adalah kejayaan terbaik saya selepas lima kali menyertai Kejohanan Wushu Dunia. Sebelum ini, saya hanya menang pingat perak dan gangsa.

"Saya sangat gembira lebih-lebih lagi memenangi pingat emas di kejohanan dunia. Persembahan saya kali ini bukanlah sempurna tetapi dilakukan dengan sebaik mungkin," kata atlet berusia 28 tahun dari Kuching, Sarawak itu.

Sementara itu, pingat gangsa Malaysia diraih Chai Fong Wei menerusi acara Gunshu wanita dengan 9.62 mata.

Emas diperoleh peserta China, Zheng Shaoyi, dengan 9.72 mata dan perak milik peserta Hong Kong, Geng Xiao Ling, yang mendapat 9.65 mata.

"Saya sememangnya tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan dunia ini. Saya cuma mahu memberikan persembahan yang terbaik di sini," kata Fong Wei, 25.

Pelajar tahun akhir jurusan Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia itu pernah merangkul pingat gangsa menerusi acara sama di kejohanan yang berlangsung di Ankara, Turki pada 2011.

Empat lagi pingat emas ditawar pada sesi sebelah malam.

Emas pertama Malaysia dirangkul Ho Mun Hua melalui acara Nanquan lelaki pada hari pembukaan kejohanan itu, semalam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.251336 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list