CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28199|Reply: 22

JUBAH HITAM (ASTRO PRIMA)

[Copy link]
Post time 17-12-2013 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Dah selongkar forum tadi takde jumpa benang citer ni lagi.. So i buat keputusan nak buat karangan la... hhehehehe...

Malam tadi tengok citer "Jubah Hitam" kat Astro Prima pukul 10pm. Lakonan Nurkhiriah, Ezany, Liza Abdullah, Aida Rahim & others, arahan Rashid Sibir. Lama dah tak tengok citer arahan Rashid Sibir ni. So semalam tengok la sebab iklan dia sangat menarik n teringin sangat nak tengok. Biarla tidur lewat, janji dapat tengok citer tu. Jalan citer boleh tahan, lakonan pun bagus, tak macam lakonan King Raja Adrian dalam PISA. hahahaha! (sorry, ter"out" plak).

Cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis (Khatijah lakonan Nurkhiriah) simple yang alim n bersopan santun, sambung belajar kat Ireland ke kalau tak silap, ambik medic for 5 years. Before dia nak pegi tu, papa dia, boyfriend/tunang (Halim lakonan Ezany) dia rasa berat hati sebab takut si gadis tu berubah. Mati-mati gadis tu cakap dia takkan berubah. Dia yang pegi akan balik menjadi dia yang sama, takkan berubah. Mak boyfriend dia tak sabar2 nak ambik dia jadi menantu sampai sanggup tunggu sampai 5 tahun. Bila si gadis tu balik, penampilan dia berubah. Dia masih bertudung tapi serba hitam, from head to toe. Jubah dia plak labuh, dah macam gaun pengantin plak tapi kaler hitam. Dah tu mekap dia tebal nak mampus. Mama n papa dia perasan perubahan dia cuma taknak berprasangka buruk. Parents dia pun pakat la dengan mak si Halim tu (dilakon oleh Aida Rahim) nak adakan majlis perkahwinan cepat2, taknak tangguh2. Dah pegi fitting baju kawen semua, order kad jemputan n bunga telur bagai, tetiba si Khatijah call si Halim cakap nak putus hubungan diorang sebab dia dah tak sayang n tak cintakan si Halim tu lagi. Halim tu pun kecewa la tapi biasa la, orang lelaki taknak la tunjuk menonggeng sangat kan. Si Halim ni konon2 cool la tapi dia masih sayang sangat kat Khatijah tu. Dah tu mak si Halim pun pegi rumah Khatijah jumpa dengan mama Khatijah (lakonan Liza Abdullah). Masa tu Khatijah keluar n papa dia keja. So mak Halim pun tanya dengan mama Khatijah kenapa macam takde adat je nak putus macam tu je.

Since kejadian tu, mama dan papa Khatijah makin curiga dengan perangai Khatijah. Bila dibagi salam dia tak jawap. Bila mama dia ajak pegi kenduri or pegi surau dia asyik mengelak. Pastu Khatijah selalu keluar n tidur rumah kawan dia. Tapi parents dia tak tau dia keluar dengan sapa. Pastu dipendekkan citer Khatijah ni semakin hari semakin nampak kurang ajar dia kat parents dia. Sampai dia cakap dengan parents dia pakai 'I' 'U' 'Uol' macam tu la. Parents dia takut n tak tahan, so mintak tolong Halim untuk intip kegiatan Khatijah. So Halim pun intip la. So Halim pun tau la yang si Khatijah ni ikut ajaran sesat. Diorang selalu buat aktiviti kat sebuah banglo ni, tak tau la sapa punya. Dah tu semua pengikut pakai jubah serba hitam. Before diorang buat aktiviti tu diorang minum air apa ntah, diorang kongsi2 pass2 sorang minum sikit guna cawan yang sama. Kalau ada sorang tak gosok gigi tu habisla.. Hahahaha! Pastu diorang pun macam menurun la, macam orang gila.. Takut gak tengok. Diorang cakap dengan cara tu diorang dapat jumpa dengan Tuhan. Halim pun report la kat parents Khatijah pasal tu. Parents Khatijah confront Khatijah tapi Khatijah makin kurang ajar dengan parents dia, dia cakap "u all tak payah la nak sibuk pasal hidup i. i ada life i sendiri. i tak perlukan u all ok?" something camtu la..

Dipendekkan citer lagi, datang la sorang mamat omputeh nama Johnny. Dia macam gatal2 dengan Khatijah masa nak masuh rumah tapi Khatijah balik2 cakap "not now!". Pastu Khatijah bawak Johnny jumpa parents dia cakap kawan dia nak tumpang kat rumah tu sekejap sementara cari keje kat Malaysia. Katanya Johnny tu pun doktor jugak la.. Pastu Johnny tu balik2 sebut Kelly, rupanya nama Khatijah dah tukar jadi Kelly. Dan dipendekkan citer rupanya Johnny & Kelly dah kawen, tapi bukan dalam Islam tapi dalam agama yang konon diorang cakap "free thinker". Dan Johnny tu kira macam ketua pangkat tinggi gak la dalam agama tu kat Ireland. Diorang kantoi tak Islam lagi pun sebab masa tu papa si Khatijah nak diorang nikah semula kat Malaysia ikut cara Islam n register. Masa tu la kantoi Johnny cakap dia tak pernah masuk Islam pun. Papa Khatijah berkali2 suruh Khatijah mengucap tapi Khatijah diam je. Pastu Papa Khatijah marah la & dia cakap dia taknak bersubahat, so dia halau Khatijah dari rumah tu. Khatijah marah n cakap "FINE! tak payah halau la, memang i nak keluar dari rumah ni! kan, sayang?" sambil dia pandang si Johnny.. Wah.. macam novel plak..

Masa si Khatijah & Johnny melangkah keluar dari rumah tu, mama Khatijah cuba kejar. Tapi dia terpeleot so terjatuh pengsan kejap la. Khatijah tekejut n nak patah balik tapi Johnny tarik2 dia keluar. Paling miracle, masa diorang kuar ngam2 teksi baru sampai kat depan pagar rumah Khatijah. Hahahah! Diorang pun lari la. Masa otw lari tu diorang lalu kat Masjid, kebetulan pulak tengah azan. Masa dia dengar azan tu dia mula rasa tersentuh n terngiang balik kenangan dia masa lalu n dia terus sedar yang apa dia buat semua salah. Bila dia tersedar dia pun request kat Johnny cakap dia nak balik. Johnny pun teman dia balik tapi depan rumah tu Johnny still tarik2 Khatijah tak bagi Khatijah masuk dalam rumah.

Masa sesi tarik menarik tu tetiba kereta kawan2 seperjuangan ajaran sesat tu drive dengan laju kat depan rumah Khatijah n terlanggar Johnny & Khatijah. Family Khatijah pun semua keluar sekali dengan Halim. Papa Khatijah pangku Khatijah yang nyawa2 ikan. Khatijah sempat mintak ampun dengan mama n papa dia. Papa Khatijah sempat suruh Khatijah mengucap, n Khatijah pun dapat mengucap sambil muntah darah pastu mati... Halim pun nangis teresak2 melihatkan kekasih dia mati dalam keadaan macam tu..

So far citer ni ok cuma aku rasa hero n heroin dia macam takde feel bersama. Nurkhiriah rasanya agak kurang sesuai memegang watak tu. Ezany pun macam terlalu kontrol ayu dalam citer ni. Pastu ngeri gak la tengok penganut2 ajaran sesat tu menurun sampai mata terbalik bagai.. Tapi dulu pernah tengok satu drama yang lagi dahsyat lagi daripada citer ni cara diorang tunjuk orang ajaran sesat ni. Kalau tak silap arwah M. Rajoli yang berlakon citer tu dulu.. Ngeri siot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 12:55 PM | Show all posts
jubah hitam yg seksi tu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 03:19 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 17-12-2013 12:55 PM
jubah hitam yg seksi tu ke?

takde la.. jubah hitam tak seksi.. hehehe.. tapi ngeri je tengok, macam berkabung sepanjang masa je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:08 PM | Show all posts
sebagai pemakai jubah, tudung dan purdah hitam bila keluar rumah...
walaupun moral bagus, tapi cara guna nama jubah hitam pada ajaran sesat buat den dan sohabat2 garu kepala sikit

kami takdo pun ikut ajaran sosat mana.. blaja sama ja macam orang lain...
tapi pakei semua hitam sebab nak free terus dari sesikit2 pun tabaruj... warna warni pakai dalam rumah sajork..
alkisah sebelum2 ni pun bila ke mana2, tambah masuk kawasan kampung, memang tajam dijeling mokcik2...
penah dalam 1 kenduri, bila sampai haruss le sesi salam2...
makcik2 ni salam dengan semua sedara den.. masuk giliran aku, pakat sembunyi tangan..
pastu soksek2 bunyi kata aku al-arqam...
ada la kawan2 mak aku yg ala2 urban sket yang brani sket penah ja tanya depan2 "hitam semua ni awak kumpulan mana?"...
baru 2 minggu lepas ke johor, di cap syiah plak...

padahal dipilih hitam sebab tu lah kaler paling boring... hitam head to toe, takde sape pun minat nak tengok kita.. manik labuci langsung takde.. dull boring polos ja.. keluar rumah atas urusan... biar tidak dipandang..
tapi sokmo kena cop sesat.. sabor je..
tapi bila tengok crita ni, geleng kepala set2 aku makin lebat la soalan dan tohmahan nanti

apapun moral bagus.. pasni kalau nak buat pasal islam2 ni kena study lebih skit ye
jangan la buat crite yang berjubah berserban tu asyik busuk hati, dan yang pakai tudung labuh and purdah tu kuat mengumpat...
setakat duk berkelana ni, yang gitu sikit sangat.. yang baik banyak je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 08:47 AM | Show all posts
copMohor posted on 17-12-2013 10:08 PM
sebagai pemakai jubah, tudung dan purdah hitam bila keluar rumah...
walaupun moral bagus, tapi car ...

hmmm.. tu la pasal.. heran gak bila watak orang ajaran sesat tu perempuan nya semua berjubah hitam n tudung hitam.. macam jadi satu kesalahan plak kalau bertudung n jubah hitam.. bila diorang cakap ajaran sesat tu free thinker macam pelik pulak.. sepatutnya diorang buat lagi research pasal ajaran free thinker ni kot.. huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 02:19 PM | Show all posts
adziah posted on 18-12-2013 08:47 AM
hmmm.. tu la pasal.. heran gak bila watak orang ajaran sesat tu perempuan nya semua berjubah hitam ...

free thinker ni mana restrict diri dari apa2...
memang tak applicable la kalau suruh dorang pakai hitam ja kan

kalau arqam tu ya la tudung hitam, purdah hitam...
tapi diorang just pioneer je... tudung labuh bulat tu diorang la mulakan, pastu ramai je setazah ikut kan sebab menutup badan habis.. great concept so boleh la ikut...
same goes tu tudung, purdah hitam tu... great concept so ramai la apply skrg..
tapi lepas busted, geng2 arqam pulak yang bukak stop pakai purdah and dah tak pakai hitam2...

skrg dah bukan era zaman gelap lagi... ramai dah mendalami agama dengan saluran yang betul..
ramai dah pakai purdah sekarang tapi still baju warna-warni.. ada yang pakai bermanik lip lap lip lap tu... ada yang kerawang warna warni... tu pilihan diorang sebab nak ikut kesesuaian perempuan melayu yang baju kaler2 ni...
and ada segelintir kecil sangat2 yang pakai hitam overall, no manik, no labuci, takde kerawang warna whatsoever...
yang grup ni pakai gitu sebab tak mahu nampak menarik langsung...
konsepnya apply dari dressing wanita2 arab especially segelintir kecil di yaman tu..
sebab deme ni memang sangat2 la solehah.. purdah pun labuh2, baju takda kelip2 ni.. bukan pakai all hitam sebab peraturan macam di saudi tu...

sekian berita melaporkan panjang karangan aku...
bukan ape banyak sangat dah telefilem yang aku tengok membawa konsep bahawa sunnah Rasul macam jubah, serban, purdah (isteri2 nabi), tasbih ni jahat2 la, rigid la, suka menghukum la.. padahal sangat sikit nak jumpa yang macam tu.. and at some point aku tengok betui je konsep  yang dipegang, cume kite tak nak patuh dengan suruhan agama so kita rasa tu merepek.. dan bab2 ni dibawa ke telefilem, brainwash masyarakat kita yang sememangnya lemah iman..
dulu erma ja banyak buat.. sekarang rashid sibir pulak..
kalau korang nak islam yang urban, sila lah... tapi tak perlu burukkan golongan yang cuba jadi ghuraba..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2013 03:12 PM | Show all posts
copMohor posted on 18-12-2013 02:19 PM
free thinker ni mana restrict diri dari apa2...
memang tak applicable la kalau suruh dorang pakai ...

aku faham apa maksud kau. drama skarang ni pelik, suka bagi penonton beranggapan negatif dengan orang yang alim dan warak. terlalu sangat nak buat citer dengan membawa moral "nobody's perfect". yang jahat2, bohsia, mat rempit, gangster, mesti end up insaf dan hidup bahagia.. mana tak budak2 nak ikut perangai camtu. sebab diorang anggap even sejahat mana pun perangai, mesti satu masa akan insaf n dapat hidup bahagia. so selagi masih muda, buat la jahat puas2 dulu, buat dosa banyak2. cuba la buat satu citer yang there's no turning back, mesti best.. hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:12 PM | Show all posts
citer ni bila ek.ada ulangan tak..aritu nk tgk.tp lewat sgt..
rasa nya citer ni dia amik kesinambungan dri tanah kubur..nurkhairiah berlakon watak yg sama gak.murtad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je habis tgok tadi ..
Ending xbest plak ,
Citer yg dibuat ni , mmg dari kisah benar .. kalau budak2 dh sesat mcm ni , mmg susah nak mgucap ..mulut xboleh langsung nak sebut Allah ..
Ending tadi dye terdengar azan, then dye blk semula umah ..kena langgar mati .. senang nak habiskan drama .
Cuba la tunjuk mcm mana kita nak pulihkan blk ..tunjukkn jln yg benar , ajaran islam kita pada khatijah dah jauh myimpang tu .
Yg belakon jadi ustaz, tok kadi suma hanya geleng kepala je .. xde nak ckp apa2 pon ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 02:19 PM | Show all posts
LiliSam posted on 18-12-2013 05:12 PM
citer ni bila ek.ada ulangan tak..aritu nk tgk.tp lewat sgt..
rasa nya citer ni dia amik kesinambu ...

tak tau plak bile ada sambungan.. yeke? tak tau plak.. brani gak dia bawak watak murtad tu eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 02:23 PM | Show all posts
blewnatural posted on 18-12-2013 11:10 PM
Baru je habis tgok tadi ..
Ending xbest plak ,
Citer yg dibuat ni , mmg dari kisah benar .. kalau ...

ha'ah kan? betul cakap kau.. ending tak membina.. macam takde penyelesaian...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 01:44 PM | Show all posts
adziah posted on 19-12-2013 02:19 PM
tak tau plak bile ada sambungan.. yeke? tak tau plak.. brani gak dia bawak watak murtad tu eh?
...

dh tgk dh ayg ulangan.tak smua sama lah..watak lebih kurang je..mungkin rashid sibir amik idea dr situ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 01:58 PM | Show all posts
citer ni best cuma ending tu cepat sangat..tu yg xcident terus mati..
kalau panjangkan lagi sure best...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:34 PM | Show all posts
owh ending tak best ye... nasib baik aku tak abih tengok... asal nak abihkan tengok je anak aku meragam nak tido... last2 mak aku yg layan sorang2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehla...citenye..
Nak.tengok.pon sbb de norkhiriah jek..
tapi.ending tu alahai...senang sangat wat duit...huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 04:47 PM | Show all posts
LiliSam posted on 20-12-2013 01:44 PM
dh tgk dh ayg ulangan.tak smua sama lah..watak lebih kurang je..mungkin rashid sibir amik idea dr  ...

ooo yeke? tanah kubur tu rashid sibir gak ke empunya citer?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2013 04:49 PM | Show all posts
beatgirlX posted on 20-12-2013 01:58 PM
citer ni best cuma ending tu cepat sangat..tu yg xcident terus mati..
kalau panjangkan lagi sure be ...

kan? macam dragging part yang tak perlu je.. part diorang buat aktiviti kat rumah tu ulang2 benda sama je.. macam tak perlu selalu sangat scene tu selalu sangat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 04:50 PM | Show all posts
whadda posted on 23-12-2013 04:34 PM
owh ending tak best ye... nasib baik aku tak abih tengok... asal nak abihkan tengok je anak aku mera ...

memang tak rugi tak tengok abis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 04:51 PM | Show all posts
lady_bonia posted on 23-12-2013 04:45 PM
Bolehla...citenye..
Nak.tengok.pon sbb de norkhiriah jek..
tapi.ending tu alahai...senang sangat w ...

haha! a'ah kan? senang sangat buat duit..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 09:17 PM | Show all posts
tq sinopsis! tgh tgk cerita ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062242 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list