CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17446|Reply: 94

Abang Ipar Yang Menumpang

[Copy link]
Post time 20-1-2014 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Salam

Nak mulakan camana pun x tau.Ermmmm..

Abang ipar saya ie abang suami sekarang ni menumpang di rumah. Hampir 2 bulan juga la. Untuk makluman, dia merupakan seorang bapa tunggal yang hampir 2 bulan bercerai. Mungkin tiada tempat dituju, rumah kitaorang la menjadi tempang untuk dia menumpang.

Sebelum bercerai, dia BIL ada menyatakan untuk menumpang di rumah kami selama 1 bulan sahaja. Tetapi, nampak gayanya, hingga kini tiada tanda-tanda dia akan mencari rumah/bilik lain. Mungkin sudah selesa berada di rumah kami. Tetapi hakikatnya, saya cukup2 tidak selesa dengan kehadiran BIL di rumah itu. Tiada kebebasan sebagai tuan rumah sebenarnya. Lagipun dia bukan muhrim. Mata pun sakit dok melihat dia yang tak berbaju kat rumah.

BIL menjadikan bilik anak sulung saya sebagai tempat untuk dia tido dan meletakkan kain bajunya. Yang buat saya sakit hati, kain bajunya dibiarkan bersepah2 dan kekadang berbau hapak disebabkan tuala basah yang tidak diletakkan dengan betul sedangkan saya sudah sediakan tempat untuk sangkut tuala.

Bab makan n minum saya tidak kisah sangat. Tetapi, yang buat saya geram...gelas n pinggan yang digunakan tidak reti dibasuh sedangkan singki kosong. Saya sebagai tuan rumah jarang sangat berpeluang menonton rancangan TV yang kena dengan selera saya. Semuanya terpaksa menonton rancangan yang dia suka sedangkan ASTRO tu saya yang bayar. Anak sulung saya sedang tengok TV pun dia boleh tukar channel yang dia suka. Melampau betul.

Kain baju dia yang bersidai, kalau x diangkat akan dibiarkan di penyidai tu. Awal2 dulu saya tolong juga la angkat..tp sekarang tidak lagi. Penat nak melayan orang tua yang x reti bahasa ni. Lagipun saya tengah sarat mengandung dan penat nak melayan manusia yang mcm ni.

Dah la ubat gigi, sabun mandi untuk kegunaan sendiri pun x pernah dibeli. Bukan saya nak berkira, tapi bila sampai tahap macam ni, saya nak kira walau sesen.

Saya bekerja kekadang balik tengahari. Bayangkan saya balik ke rumah dan BIL ada. Bukan ke kami berdua je kat rumah waktu tu. Cukup x elok kan?

Saya pernah SMS kakak ipar ie adik BIL untuk bertanyakan pasal sampai bila abang dia akan menumpang di rumah saya. Jawapannya, dia dah ckp pada abang dia sblm ni. Tapi nampaknya, tiada perubahan skitpun pada BIL yang bersenang lenang di rumah.

Bincang dengan suami?. Yang ni memang kena minta maaf bebanyak la yer. Saya sebagai isteri tiada hak skitpun untuk menyentuh hal2 berkaitan adik beradik dia kecuali adik beradik yang dia x ngam. Setiap kali sentuh hal kakak or abang dia, kami suami isteri mesti akan bergaduh besar. Saya dah malas nak buka mulut. Jenuh  makan hati jer la sejak dulu.

Masa pantangkan anak ke-2, suami n kakak ipar yang menumpang di rumah saya pernah keluar di waktu maghrib meninggalkan saya n baby yang berusia x sampai sebulan tanpa ditemani oleh sesiapa. Bila saya tegur, saya dimarahnya dan suami soal saya kembali..kalau bukan dia yang tolong kakak dia, siapa lagi yang nak tolong?.

Sampai satu tahap, saya geram n x bertegur dengan kakak dia dan ekoran daripada itu, kami suami isteri bergaduh besar sebab kakak dia keluar dari rumah kami. Jadi, mereka adik beradik n ibu dan ayah mengata tentang saya n abangnya mengeluarkan kata2..suami saya takut isteri. Hah...sekarang tengok, sape yang takut bini sebenarnya ni. Sampai bercerai berai diaorang.

Saya skitpun x pernah mengadu hal rumahtangga, keluarga mertua n ipar duai belah suami kepada keluarga saya. Bukan saya kalau nak bercerita hal2 orang pada orang lain.

Apa pendapat kengkawan semua kalau saya google bilik untuk disewa dan print. Lepas tu letak ke kat dlm bilik tmt dia tido. Dah susah sangat nak cari bilik kan?. Biar saya carikan untuk dia.

Sorry..saya x reti nak bercerita. Harap faham apa yang hendak saya sampaikan...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 02:20 PM | Show all posts
siannye ko.. mmg geram la kalo kene kt aku.. nk bincang ngn husband pon, die pn x menyokong. Xtau ke dlm islam mane ley dduk serumah dgn bukan muhrim..Mak ayah ade lagi x?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 02:20 PM | Show all posts
abg ipar tu x bekerja ke? duduk rumah sesaja?..  saya rasa puan kene slow talk ngan asben jugak.. bgtau x elok abg ipar duk serumah.. kekdg x berbaju lak.. elok sgt ke camtu?  klu dah asben puan x leh sentuh langsung perihal adik beradik dia.. ckp baik2.. selembut yg boleh.. klu dia melenting puan jgn ikut melenting jugak.. umpama menarik rambut dlm tepung..

Mcm saya la jugak.. tp ni anak saudara sebelah asben yg duk sama.. mmg xde privacy lah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 02:28 PM | Show all posts
kesiannyer awak dan bodohnya laki awak tu. Sori yer.  Sebagai suami dia kena tahu batas isteri dan abang dia bab2 aurat ni. Dia jugak yang nak kena tanggung dosa nanti. Awak try ckp bebaik ngan suami awak utk carikkan rumah/bilik. Awak terangkan la kat dia lembut2 pasal aurat ni. Takkan nak bertudung sepanjang masa kan. Jangan ungkit bab makan, ubat gigi ker..tv ker dengan suami awak. Terangkan dari segi aurat mungkin hati dia lembut sket nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 02:31 PM | Show all posts
halau tetap halau!!!!!! mintak dia bayar sewa la sis!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 02:32 PM | Show all posts
nasib badan dpt laki mcm ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2014 02:38 PM | Show all posts
Mak ayah diaorang masih ada lagi tapi kat kampung. BIL kerja kilang...ikut shift. Kalau dia kerja malam selamat la saya dari mengadap muka dia bila balik keja. Tapi bila dia shift pagi, memang kena la mengadap dia kat rumah tu. Saya pulak yang terpaksa terperap dalam bilik.

Dah habis berlembut dah dengan encik suami kalau berbincang sebelum2 ni. Memang saya yang banyak mengalah dalam hal2 rumahtangga. Suami pun agak baran n egonya terlalu tinggi. Memang pantang ditegur la. Baru2 ni saya sentuh hal abang dia pun..dia melenting n keluarkan kata2 yang bagi saya x sepatutnya dikeluarkan oleh seorang suami nak2 dalam keadaan isteri yang mengandung. X tau cara mana lagi dah nak gunakan tuk bagi dia faham apa yang kita rasa.

Nak kata kita ni menumpang suami...saya ni kerja juga. Sama2 cari rezeki untuk bayar hutang n besarkan anak2. Saya cuba faham masalah dia yang baru bercerai, tapi dia x nak faham masalah kita. Bila kita buat apa2 tindakan..diaorang adik beradik termasuk MIL mengata kat belakang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 02:43 PM | Show all posts
Tu la..nak bagi dia keluar dari rumah tu pun satu masalah juga. Nak kena fikirkan cara yang x lukakan hati mana2 pihak. Yer la..dah tau mulut masing2 kan..malas nak bermasam2 muka nih.

BIL ada gak la bagi RM100 sebulan. Tapi kalau nak fikirkan jahat...x der makna pun RM100 tu. Kalau sewa kat luar, sewa bilik aje dah lebih RM100. Benda2 untuk dia makan kat umah pun x pernah dibelinya. Kalau kita beli, pandai plak dia makan. Mmg x harap pun duit dia tue.

Pernah satu hari tu, BIL x keja. Saya memang x masak kat umah kalau hari bekerja...nak2 dalam keadaan perut yang dah boyot ni. Dia boleh mengadu kat adik dia yang dia x makan seharian. Bodoh ke apa x reti nak cari makan sendiri. Cacing dalam batu pun boleh hidup. Dia yang dah tua bangka pun x reti cari makan sendiri ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 02:53 PM | Show all posts
google jek bilik sewa, bagi jek kat BIL tu, eiii tak suka spesies parasit macam nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 02:53 PM | Show all posts
kalau laki awak bising, cakap kat dia, hello saya ni bukan muhrim dia, kang pape jadik kang,....haaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 03:48 PM | Show all posts
discuss ngn eh hubby elok2..nthla..xtau nak ckp pe klau en hubby sendiri y bt2 xfhm..kn xboleh dok rumah bukan muhrim..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 08:14 PM | Show all posts
Klu suami x blh bwe bincg, blh x ko benti byr ape yg ko byr. Hihi.ak ni kejam ckt
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 08:55 PM | Show all posts
tua bangka pon malas, patot kena cerai......orang camtu patot kena halau je
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 10:30 PM | Show all posts
makin bertambah pulak kes macam TT ni kebelakangan ni, aku baca pun naik geram..huhu

elokla ko tak bercerita kat family, tapi kalau jadi kat aku la..aku cerita jugak kot, sebab nak mintak tolong mak aku duduk seminggu ke kat umah..huhu...cakap kat BIL tu mak nak tido dalam bilik tu..tengok dia cemana..agak2 selesa tak?

rasa2nya aku paham kefedapan ko ni, alangkan aku SIL dok seminggu lebih tak reti angkat baju sendiri yang dah kering kat ampai ngan tak nak basuh pinggan, xtolong masak pun aku dah fedap..nak2 tengah preggy..ngan kita sakit2 badan lagi..ini kan ko pulak yang ngadap BIL yang dah bangka, nak jaga aurat, dll lagi..bertabahlah Last edited by bluecrystal on 20-1-2014 10:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt dh bpe bulan preggy?? Kalo sy..amik cuti n blk kg. Pepandai la suami tt masak, basuh baju n lyn abang dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 09:09 AM | Show all posts
bluecrystal posted on 20-1-2014 10:30 PM
makin bertambah pulak kes macam TT ni kebelakangan ni, aku baca pun naik geram..huhu

elokla ko ta ...

A'ah...kalau tengok kat forum ni pun..hal2 cam gini mmg makin bertambah pun.

Mak saya bukan x pernah tgk peel perangai SIL yang duduk umah ni dulu. Pernah gak la dia tegur saya pasal perangai SIL yang balik kul 1-2 pagi sedangkan saya tengah berpantang. Tapi saya ni jenis malas nak bercerita hal orang. Mmg ada juga bercadang nak panggil mak duduk sini tapi kesian la pulak kat dia sebab baru je g umah kakak untuk jaga cucu yang bersekolah. Saya bersalin nanti baru dia datang sini.

En suami faham kot saya x suka abang dia menumpang kat rumah tu tapi mungkin dia serba salah. Yang tua bangka tu pun x reti2 bahasa lagi. Mmg sakit je mata menengok dia dok tengok TV sesedap rasa kat umah. Kalau rancangan yang kita pun tengok x per jugak..ni asyik2 cerita pasal binatang.

Awal2 dulu tiap2 minggu bawa anak dia datang umah tanpa maklumkan pada kitaorang tuan rumah ni. Pastu anak dia tido kat umah. Yang tu x per la lagi. Yang sakit hatinya, lepas anak dia balik..kain baju kotor yang berterabur kat bilik anak saya..saya la tukang kutip n basuh. Dah la baju anak saya yang dipakainya. Bapaknya x reti nak kutip n letak dalam bakul baju kotor.

Memang kena banyak bersabar la. Doa2 moga BIL tu cepat keluar dari umah tu. Sakit hati n mata..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2014 09:11 AM | Show all posts
cekgihani posted on 20-1-2014 10:39 PM
Tt dh bpe bulan preggy?? Kalo sy..amik cuti n blk kg. Pepandai la suami tt masak, basuh baju n lyn a ...

Nak masuk 8 bulan.

Susah juga nak balik kampung. Ngan anak sekolah lagi. Dah la budak 2 orang tu rapat ngan saya. Lagipun mak dah x der kat kampung. Dok rumah kakak tolong jaga cucu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 09:19 AM | Show all posts
Dulu pun SIL pernak menumpang rumah ni. Lebih kurang 2 bulan juga la. Masa dalam pantang n selepas pantangkan anak no 2.

Bangun kul 10 pagi...x der la nak tolong masak pun. Kalau kitaorang g memana..mesti dia ngikut. Kat umah x der privacy...kat luar pun sama.
Balik kampung, kitaorang mmg target nak gerak kul 3 pagi sbb nak elakkan jammed kat h/way sbb musim raya kan. Kitaorang dah siap semua...saya pun dah siap buatkan bubur tuk anak kecik..dia baru terhegeh2 nak bangun. Lepas tu kul 2.30 pagi sempat lagi mengadap cermin nak mekap. Aduiiiii...x tau la camana nak cakap.

Pas tu sesuka hati je masuk bilik kitaorang. Mmg bengang la masa ni sbb saya yang keluar bilik air...tengok2 dia ada kat atas katil kitaorang. Hubby tau saya bengang waktu tu. Bila dia kawin, depan2 dia saya tegur anak sulung saya..x boleh masuk bilik makcik dia. Bila anak tanya saya kenapa..saya ckp x elok sebab makcik dah kawin. SIL yang dengar teguran saya pada anak tengok jer la...baru terfikir kot

BIL plak..masa kat kampung hubby..masuk bilik kitaorang masa saya tengah breastfeedkan baby. Masa tu hubby x der sebab keluar ngan kakak dia ke pekan. Saya malas nak ikut sebab risau baby meragam. X tau apa motif dia masuk bilik kitaorang waktu tu tanpa ketuk pintu. Main terjah je masuk sedangkan pintu tertutup.

Saya diamkan hal ni..x bgtau hubby. Tapi suatu hari, masa saya ckp pasal abang dia...saya bgtau yang BIL pernah masuk bilik masa saya bfkan baby. Hubby bleh plak sebelahkan abang dia n cakap dia pun pernah cam gitu dulu masa kakak dia bfkan baby. Adoiii...masalahnya, hubby n kakak dia tu muhrim...saya n abang dia bukan muhrim. X tau la apa yang dia fikir pasal benda2 mcm gini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 09:52 AM | Show all posts
noktahNtitik posted on 21-1-2014 09:19 AM
Dulu pun SIL pernak menumpang rumah ni. Lebih kurang 2 bulan juga la. Masa dalam pantang n selepas p ...

so macamana? dah tempekkan iklan rumah untuk disewa tu ke?
Memang susah la dengan keadaan macam u ni. Suami yg berfikiran camtu pun satu masalah jugak tu. I hanya mampu mendengar luahan dalam ni jelah...tak reti nak beri apa2 tips. Moga keadaan semakin baik insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 10:06 AM | Show all posts
sila berhenti bayar astro tu. biar semua tak dapat tengok tv. kalu suami kamu tanya kenapa, cakap je. kamu bayar pun bukan dapat tengok. kalu dia nak tengok, bayar la sendiri. tak pun suruh suami kamu bayar. lagi bagus berhenti bayar semua bill yang kamu kena bayar. berhenti beli barang dapur. suruh suami kamu take over semua. kalu bil nak makan, suruh dia menyumbang sama untuk barang dapur.

berhenti juga untuk jadi kuli tak berbayar bil kamu. kalu bilik dia bau hapak, biarkan saja. baju tak berbasuh, tak berjemur, tak bersidai, tak berangkat, tak berlipat, lantak kan saja. kalau suami kamu tanya, cakap tugas kamu sebagai isteri adalah untuk layan suami sahaja.

pasal makan, kamu makan je kat luar tiap hari. untuk anak, bungkuskan saja. suami? pandai-pandai la nak hidup. bil? biar mati kering..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.563605 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list