Hari ini mari kita berbincang mengenai Pembelajaran Seks untuk anak-anak. Hari ini kita bercakap mengenai the bird and the bees. Ibu telah dihujani dengan soalan-soalan berkaitan topik ini. Ada ibu bapa yang bimbang bila mendapati anak kecil mereka yang masih berusia 3 ke 5 tahun bercerita mengenai ‘private part’ mereka, bertanya dan mungkin mendapati mereka duduk diam-diam di dalam bilik seorang diri dan cuba melihat badan mereka. Sebelum anda terkejut dan merasakan anak ini sudah mula menjadi anak yang suka ‘seks’ atau seperti itu. STOP… jangan sekali-kali bersalah sangka. Pada usia tiga tahun keatas, seorang anak kecil itu mula berminat untuk mengetahui mengenai badan mereka dengan lebih mendalam. Mereka akan bertanya banyak soalan yang berkait dengan kegunaan setiap bahagian badan. Mereka juga mula bertanya mengenai mengapa tidak sama dengan mama atau dengan ayah atau dengan adik. Gunakanlah masa ini untuk menerangkan seikhlas dan semudah yang boleh dan memasukkan nilai yang positif. JANGAN SEKALI MENAKUT-NAKUTKAN. Jelaslah kepada mereka dengan tenang. Selepas usia ini mungkin dia tidak lagi berminat untuk bertanya buat seketika. Namun, bila dia sudah hampir baligh bagi anak perempuan di dalam usia 9 ke lima belas, dia akan menjengok kembali topik, Pembelajaran Seks untuk anak-anak ini. Namun, kerana sudah besar dan sudah tahu malu, dia akan melakukannya dengan cara sembunyi-sembunyi. Tenangkan hati anda jika anda terjumpa buku atau website yang dia lihat yang menunjukkan, indicate, bahawa dia ‘gila’akan topik itu. Tenang dan tenang setenang-tenangnya dalam menangani perkara ini. Jangan sekali menuduh dia sudah gila seks, jadi jahat, nak jadi perempuan jalang ke…! Jangan sekali sebut perkataan ini. Apa yang patut anda buat bila anak remaja atau hampir remaja anda mendekati topik ini? Contohnya ada terjumpa websitenya, atau majalah-majalahnya. Anda perlu tahu ini adalah naluri untuk seorang individu menjangkau baligh atau menjadi dewasa akan mempunyai perasaan sukakan jantina lain. Perasaan ini memang akan wujud pada usia ini. Ini adalah mekanisme yang Allah letakkan di dalam manusia untuk kemandirian manusia. Tidak ada salahnya perasaan itu, apa yang salah atau betul ialah apa yang dia lakukan dengan perasaan itu. Bersambung… credit to : Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) – Empower With Love Family & Love Guru
|