CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17413|Reply: 70

5 Nasi Lemak Terbaekkk Dari Malaysia

[Copy link]
Post time 12-5-2014 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia memang  terkenal dengan menu makanan yang datang dari pelbagai. Paling tidak  boleh dinafikan keunggulannya sebagai makanan paling sedap dan menjadi  juadah kegemaran ramai adalah Nasi Lemak. Tidak pasti dari mana permulaannya tapi mengikut cerita orang lama, Nasi  Lemak merupakan makanan orang kampung yang bekerja sebagai nelayan dan  petani dimana mereka membungkus Nasi Lemak menggunakan  daung pisang.
  

  Namun ada juga sesetengah pihak yang mengatakan Nasi Lemak adalah seakan-akan nasi Wudhuk yang boleh didapati di Indonesia.
  

  Walaubagaimanapun, keunikan Nasi Lemak tidak boleh ditandingi apatah lagi jika ianya dibungkus dengan daun pisang.
  

  Bagi mereka yang belum mencuba, cari tempat yang akan kami sarankan dan cuba sendiri, pasti mahu lagi! Namun pihak nutrisi menyarankan agar tidak mengambil Nasi Lemak sebagai menu  pagi anda dikhuatiri kalori di dalam badan berlebihan dan menyebabkan  masalah obesiti dan sebagainya. Apa jua jenis makanan yang diambil,  berpada-padalah!

Nasi Lemak Mali’s Corner
  Lokasi : Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur


Nasi Lemak yang popular di Setapak iaitu Nasi Lemak Mali’s yang mula  beroperasi pada tahun 1997. Dibuka dari jam 5 petang hingga keesokkan  paginya. Namun mereka seringkali menutup kedai sejurus selepas Nasi  Lemak habis iaitu di sekitar jam 3 pagi. Tidak pernah putus-putus  menerima kunjungan dari pelbagai golongan, yang pasti mereka percaya  dengan rasa yang masih sama di Nasi Lemak Mali’s ini. Antara artis yang  pernah datang ke kedai adalah Fasha Sandha dan juga Afdlin Shauki.  Antara keistimewaan yang terdapat di kedai ini adalah Char Kuey Teow  yang lazat serta udang segar . Sebelum makan, terlebih dahulu anda harus  beratur panjang untuk memesan makanan.
  

  Nasi Lemak Famous , Bangsar
  Lokasi : Corner of Bangsar Selera Food Court , Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur.


Kebiasaan Nasi Lemak dijual pada pagi hari namun bagi mereka yang  mengidam mencari Nasi Lemak di waktu malam dengan rasanya yang dijamin  sedap, boleh pergi dan cuba  Nasi Lemak Famous di Selera foodcourt Bangsar. Harga dari sepinggan  Nasi Lemak boleh didapati dari RM2.00. Harga tersebut dikira murah jika  berada di kawasan Bangsar. Paling popular adalah Nasi Lemak Ayam goreng,  harga dari RM5.50 untuk satu set.
  
  Nasi Lemak Maybank
  Lokasi : Maybank mamak @ Restaurant Sun Fatt Kee, Jalan 22/11B, Seapark, PJ.


Situasinya seperti mamak namun keistimewaan sudah pasti Nasi Lemak yang mereka miliki. Bukan pihak Maybank  yang membuka cawangan Nasi Lemak. Gerai ini dinamakan Nasi Lemak  Maybank adalah kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Maybank di Petaling Jaya.  Keenakkan ayam goreng dan juga Nasi Lemak mereka yang dihidangkan di  dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan anda tidak larat berganjak  apabila kekenyangan.  Sambalnya yang pedas namun bukan sahaja pedas,  terdapat rasa manis di dalamnya yang memberi keseimbangan rasa kepada  lidah kita apabila memakannya.  Ayam goreng berlemak sememangnya menjadi  pilihan penggemar Nasi Lemak di Kuala Lumpur.  Apa yang perlu anda ingat sebelum datang, elakkan dari datang bersama  kumpulan yang ramai kerana limitasi tempat yang kurang agak sukar jika  datang ramai.
  

  Nasi Lemak panas daun pisang
  Lokasi : Medan Selera 223, Jalan 223, Petaling Jaya Selangor


Masih mengekalkan teknik pembungkusan tradisional, Yati Nasi Lemak yang  bersebelahan dengan Amway merupakan daya tarikan di medan selera Jaya  223. Terdapat 2 jenis pilihan Nasi Lemak dimana satu dari bungkusan  bewarna biru rasanya adalah lebih manis dan basah manakala satu lagi  yang mempunyai tanda  merah adalah lebih kering dan lebih pedas. Namun keenakkan bagi  kedua-dua Nasi Lemak ini dijamin sedap. Anda mempunyai dua pilihan jika  datang ke gerai Nasi Lemak Yati. Memang berbaloi! Harga Nasi Lemak ini  hanyalah RM 1 sebungkus.
  

  Nasi Lemak Kafetaria Istana Budaya
  Lokasi : 58 Jalan Kuantan Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Ianya bukanlah tempat sesuai untuk bersantai atau makan bersama rakan  namun jika anda seorang hantu Nasi Lemak dan sudah mencuba pelbagai Nasi  Lemak dari serata negeri,  apa kata kali ini anda pergi pula ke kafetaria Istana Budaya, di sana  mereka ada menjual Nasi Lemak daun pisang yang sememangnya lazat dengan  sambal yang rasa seperti di rumah. Jika anda hanya memakan sebungkus,  mungkin ada peluang untuk anda menambah sekali lagi.Kesempatan ini saya ingin berkongsi cerita menarik tentang nasi lemak tetapi kalau ingin tahu boleh tengok disini http://bit.ly/1mQGbVP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 05:21 PM | Show all posts
Mali sedap juga.

nasi lemak famous. dah makan tapi hmmmm.

nasi lemak maybank tu biasa je.

nasi lemak saleha kampung pandang sedap. cubalah. Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

lagi satu nasi lemak yang betul betul sedap kat depan msn wangsa maju. makcik tu jual tepi jalan je. sekarang ada construction tak tahu makcik tu kat mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 08:19 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-5-2014 05:21 PM
Mali sedap juga.

nasi lemak famous. dah makan tapi hmmmm.

Tq info tambahan tu k..harap byk lagi yang sudi berkongsi selepas nie

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 10:24 PM | Show all posts
pfiza posted on 12-5-2014 08:19 PM
Tq info tambahan tu k..harap byk lagi yang sudi berkongsi selepas nie

insyaAllah. muchkin suka share tempat makan. nanti ada lagi tempat best munchkin share
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 10:26 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-5-2014 10:24 PM
insyaAllah. muchkin suka share tempat makan. nanti ada lagi tempat best munchkin share

ok TQVM kawan

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 11:11 PM | Show all posts
pfiza posted on 12-5-2014 10:26 PM
ok TQVM kawan

welcome my friend and tq for sharing too
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2014 11:33 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-5-2014 11:11 PM
welcome my friend and tq for sharing too

ok wc to...

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 11:55 PM | Show all posts
nasi lemak village park la.....harum wangi....sambal manis sedang2 pedas....ayam goreng pon sodap



Last edited by ana_w_houb on 18-5-2014 11:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2014 01:17 PM | Show all posts
ana_w_houb posted on 18-5-2014 11:55 PM
nasi lemak village park la.....harum wangi....sambal manis sedang2 pedas....ayam goreng pon sodap

...

emmm sedap2 tq info

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 07:24 PM | Show all posts
terliur nengok. mana lah nak cari nasi lemak daun pisang kat negara pdg pasir ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 08:48 AM | Show all posts
i love nasi lemak!!!mesti tambah 1 biji telur rebus ^^
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 10:38 PM | Show all posts
Nasi lemak kpg pandan terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 11:43 PM | Show all posts
nasi lemak panas daun pisang tu sedap gak..tapi dah tak ingat warne mane lgi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
nasi lemak sharifah aini. makan x hbs.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 05:07 PM | Show all posts
mcm2 nasi lemak yaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak zaman, kuantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2014 06:46 PM | Show all posts
glump posted on 20-6-2014 06:31 PM
Nasi lemak zaman, kuantan

Nasi lemak Restoran Zaman masa arwah ayahnya berniaga memang sedap, tapi sekarang dah kurang sedap sejak anak amek alih,
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:53 AM | Show all posts
saya ni peminat nasi lemak..

nasi lemak yg best :-

nasi lemak opah - usj
nasi lemak mambau kedai nabil keje - seremban
nasi lemak kj - blakang giant tu
nasi lemak garden - kg baru
nasi lemak air gelas bsr dpn mmu melaka - melaka
nasi lemak janda - melaka
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:18 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 26-6-2014 11:53 AM
saya ni peminat nasi lemak..

nasi lemak yg best :-

nasi lemak kj tu nasi lemak cikgu ke..misz dulu suka jgk nasi lemak cikgu...dh lama x pegi x sure masih sedap ke x mcm dulu

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:21 PM | Show all posts
MistrezHermanaz posted on 26-6-2014 12:18 PM
nasi lemak kj tu nasi lemak cikgu ke..misz dulu suka jgk nasi lemak cikgu...dh lama x pegi x sure  ...

haa btol2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.142458 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list