|
Aku sebenarnya dah lama makan hati dengan perangai suami aku. Kami dah lama kenal sebelum kahwin dan sekarang dah nak masuk tahun ke 3 perkahwinan. Tapi hati aku sekarang nie dah mula kosong, dah xde perasaan dengan suami aku. Aku bertahan pun sebab aku xnk susahkan hati mak dengan bapak aku.
Puncanya suami aku cepat panas baran dan sekarang nie setiap kali kami gaduh dia akan cakap perkataan yang bukan-bukan dekat aku. Perkataan barua, bangsat, sial, celaki, babi, fxxk x pernah lekang dari mulut dia setiap kali gaduh. Kalau bergaduh libatkan hal family aku kadang2 dia siap meludah lagi. Aku dah banyak kali cerita hal nie dekat mak dia tapi apa yang mak dia buat hanyalah suruh aku bersabar sebab katanya perangai tue sebijik macam arwah bapak dia.
Sampai bila aku nak bersabar? Mak dia pun sampai sekarangasyik mengutuk arwah bapak dia punya perangai dekat anak2 dengan keluarga sendiri. Aku x pernah cerita pasal hal nie kat family aku sbb aku xnk bapak aku sakit. Setiap minggu kami mesti gaduh besar. Masa mengandung, pantang, depan anak pun suami aku bolehcmencarut. Setiap kali gaduh besar besoknya dia minta maaf macam tiada apa yang berlaku. Hati aku mmg dah kosong, kalau ikutkan hati mmg aku nak lari bawak anak aku pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku penah jadi lagu tu... what she do, dia dump laki dia.. dlm smiggu lebih juga la..
mcm2 pujuk rayu husbend dia buat.. last2 diorg bsama blk.. and laki dia brubah..
tapi.. lain org, lain la kot cara dia.. klu dia btui2 sayang kt ko lagi.. dia akan berubah.. |
|
|
|
|
|
|
|
bg gmbr lelaki tt.
akak langgar dia sampai koma icu.
lelaki cmtu jgn takut.
minta fasakh je tt.
sebelum tt nikah dia tak mcm tu ke?
ke nikah sebab cinta itu buta? |
|
|
|
|
|
|
|
tak elok la kuarkan kata-kata kesat macam tu kat isteri.. kalau isteri tu barua, sial, celaka, anak kuar hasil dari hubungan ko dan suami tu anak sial la? maaf ya kalau bahasa kasar sket..
Aku cukup tak berkenan lelaki type ni. Jenis yang tak boleh tunjukkan integriti sebagai suami. Sebagai ketua keluarga, tugas suami membimbing isteri dan anak2. Tunjukkan contoh yang baik.
Memang kebanyakkan lelaki ni baran tapi tengok jugak baran yang jenis macam mana. Kalau setakat membebel aje boleh terima lagi.. tapi kalau dah sampai tahap mencarut, memang teruk dah tu..
Nak dapatkan hormat dari isteri bukan ini caranya..
aku quote satu phrase " To earn respect, you must respect others"
|
|
|
|
|
|
|
|
TT, dah ada bbrp thread dah ttg perkara yg sama, suami mulut longkang, suami baran dan suami ringan tangan. Cuba awak berfikir dgn sedalam-dalamnya, awak layak ke dilayan dgn sebegitu? Apa kesalahan awak sampai begitu sekali hinaan terhadap awak? Kalau anda hidup tanpa suami adakah anda bersedia? Dari segi kewangan, emosi dan kekuatan diri. Kalau anda tak kuat dan tak punya kekuatan maka bermula dari sekarang awak perlu plan. Kalau tak bekerja, sila cari kerja, kalau bekerja kumpul duit banyak2 tanpa pengetahuan dia.
Saya tak pasti samada org mcm dia wajar diberi second chance. Kalau sepanjang hidup dia hanya didedahkan dgn perkataan busuk dari ibu bapa mmg sampai hujung nafaspun begitulah jadinya melainkan dia sanggup berubah 360 darjah. Sebelum awak mulakan langkah elok beritahu ibu bapa baik-baik ttg apa yg anda nak lakukan. Mana-mana ibu bapapun tak mahu anak-anak bercerai berai tapi kalau sampai membahayakan anak dan cucu sepatutnya berilah semangat untuk kebahagiaan anak-anak.
Aku teringat kisah seorg wanita mati terbunuh dgn pisau tercacak di dada di Johor oleh laki yg baran. Dia tgh gaduh besar dgn suami sambil tu dia call bapa dia, bila bapa dia sampai anak dah mati. Nak buat lagi, dah terlambat. Apa agaknya hukuman kpd laki tak guna tu? Entah ke masuk penjara setahun dua, maunya ada lawyer yg pandai terus ja keluarkan surat dari doktor yg lelaki ni kena penyakit gila ke emosi terganggu, masuk Tg Rambutan setahun dua, pastu keluar mcm org tak berdosa.
Bukan bertujuan nak menakutkan you tapi nak menjadikan you lebih kuat. Kau patut belajar dgn Kak Melahjanda, laki lepuk dia, dia tampar ex laki dia....mmg tak kasi muka punya...w/pun last2 dua-dua cerai tapi sekurang2nya dia melawan. Perempuan ada maruah, jgn biarkan diri kita dipijak-pijak. Kucingpun kita manja-manja, sayang-sayang, kalau jahatpun kita jentik sikit kat telinga inikan pula isteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai pemikir waras dan rasional, aku tak berani nak komen lebih2, sebab cerita dtg dari satu belah pihak jer, dan of coz la, kalau sudah dari pihak sendiri tu, semestinya diorang akan tutup kesalahan dan keraguan dari belah pihak sendiri
tapi kalau aku komen pun, mungkin aku akan beri komen yg UMUM. tak menyebelahi mana2 pihak. cuma malas jer nak komen... peace
|
|
|
|
|
|
|
|
dari jalan penceritaannya pun dah boleh nampak. cerita semua dia jer yang betul, orang lain semua salah. ibarat macam TT ni langsung takde buat kesalahan. ingatlah, takde manusia yang sempurna. tak mungkin TT tak pernah buat kesalahan dan tak mungkin TT semua betul.
sebab tu la aku cakap, dari sini pun dah boleh nampak cerita ni menyebelahi pihak sendiri jer....
|
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 24-6-2014 03:49 AM
dari jalan penceritaannya pun dah boleh nampak. cerita semua dia jer yang betul, orang lain semua sa ...
adakah maksud ko bila tt mmg ada byk buat salah maka dia layak di maki di hina caci di baruakan oleh laki dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
TT...aku nak tanya adakah sikap suka mencarut menghina bagai terjadi masa ko bercinta lagi dgn en laki??
bel...bab menghina ni aku mg sentap sgt...tetiba aku terbakar plak bila dgr ayat 'menghina' ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
laki uols tu bipolar ke? kejap okay time tak okay jadi perangai cam haram sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Bersabarlah... Allah ade sebab untuk membiarkan perkara ni berlaku kepada kita... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 TT pung mulut cam bangkai gakkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa...lelaki mcm ni depress kot..
x pandai nak kawal kemarahan..maka...dimaki hamunnya isteri
bawak bersabar lah...time die tgh naik angin...jgn di api2kan lagi
bawak bertenang dulu...
time die tgh cool...sound laaa die...cuba belajar kawal amarah tu
jgn biar setan menguasai diri
doa banyak2 supaya dia berubah...andai x berhasil...hmmm...payah aku nak ckp... |
|
|
|
|
|
|
|
beldandy posted on 24-6-2014 10:09 AM
adakah maksud ko bila tt mmg ada byk buat salah maka dia layak di maki di hina caci di baruakan ol ...
Komen umum aku, kita kena tengok gak pada kelakuan TT tu sendiri jugak. mungkin TT ada gak guna cara kekasaran, cuma kekasaran dari segi lain contoh kekasaran fizikal, mental dan lain2nya.
Contoh, bila dah tahu laki tu panas baran, sengaja disimbah lagi minyak ke dalam api yang dah memang marak DENGAN SENGAJA. kes2 camni biasa berlaku.
Contoh kes bini Mat Yo, yang baru2 ni kes pasal sorang pompuan yang potong line giliran tol, pastu bila lelaki yg kena potong tu halang dia tepi jalan dan cuba ajak berbincang cara baik, pompuan tu simbah minyak dalam api dengan memaki hamun lelaki tu pastu hadang cermin kereta pompuan tu sebab taknak pompuan tu larikan diri, akhirnya cermin tingkap kereta pompuan yang ada tinted tu rosak secara tak sengaja (bukan pecah atau dipecahkan). pastu pompuan tu buat drama, dia start rakam gambar lelaki tu, dia suruh anak dalam kereta dia pura2 menangis pura2 takut supaya org yg tgk video dia mintak simpati, pastu siap rakam video yg dia (perempuan tu) kononnya entah camne tangan boleh berdarah padahal cermin kereta dia tu takde pun pecah berderai, so tak mungkin serpihan kaca kena pada tangan dia.
So secara kasarnya, orang2 bodoh yg tengok video tu tanpa tahu pangkal hujung cerita akan terpedaya dengan tektik camni. Aku sejak dari kes tu awal2 lagi pun aku dah SYAK dan ada KEMUSYKILAN memang ada yg tak kena ngan video tu, sebab video tu cuma separuh. last2 lepas aku buat search, memang betul tanggapan aku.
Lepas tu biasanya perempuan ni akan berpura2 jadi mangsa keadaan, sebab mind set manusia adalah mengatakan bahawa, wanita adalah lemah dan akan sentiasa jadi mangsa walaupun dia sendiri yang punca pergaduhan.
Laki dia tu ialah seorang manusia yang sangat biasa.
Secara logiknya pun, ada kemusykilan pada kes TT ni. seorang manusia biasa yang waras tidak akan sewenang-wenangnya memaki hamun sesama manusia, melainkan orang tu yang MELAMPAUI BATAS neraka jahanam. isteri zaman sekarang apa pedulik pasal neraka jahanam kan?
aku pendekkan lagi, suami panas baran, isteri mulut puaka. anggap suami tu harus jadi malaikat sebab dia tu lelaki tak patut marah isteri walaupun ISTERI PUAKA. so?
oh melampau eh? yang melampau pada TT tu takkan la TT nak ceritakan kat sini kan? mesti la tt akan tutup dan nak bela pihak sendiri...
sori, aku mengaku komen aku tak berapa nak umum, sebab komen aku ni bercampur aduk dengan komen kemarahan.
P/S: Ibarat buku bertemu ruas...
Last edited by Pailang on 24-6-2014 10:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau time gado tt ade provoke tak? Yelah sbg manusia kita pun ada limit kan.. if before this tt ada provoke or menjawab masa dia marah + mencarut tu, maybe nxt time leh try diam je and sabar. Slalunya org baran ni panas x lama. Nti dah ok tt tegur elok2. InAllah lembut hati dia nanti. Doa selalu ye.
Psl hati rasa kosong tu rasanya sbb emosi tt x stabil skrg ni. Ambik masa tenangkan diri..luahkan kat seseorg yg tt percaya. X pun gi kaunseling kat pej agama. Ajak suami sekali. Moga2 dia lebih peka ttg tjwb dia dlm mendidik dan lead rumahtangga. Amin
Wish u all the best..gd luck tt |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang macam aku je ni...selalu gak ngadu kat mak aku tapi mak aku tak layan..dia kata aku yang jolok sarang tebuan..mak lagi kenal anak sendiri
kalau dia tak naik tangan kira selamat lagila..lain kali kalau dia marah2 ko diam je..dah kawin 3 taun kan, kenal pun dah lama sebelum kawin ..patutnya ko pun dah masak dengan perangai laki ko
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 23-6-2014 11:04 PM
bg gmbr lelaki tt.
akak langgar dia sampai koma icu.
sebelum nikah x pernah macam tue. Betulla orang cakap sebelum nie kahwin kita tak tahu perangai orang yg betul smpila dah kahwin
|
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 24-6-2014 10:37 PM
Komen umum aku, kita kena tengok gak pada kelakuan TT tu sendiri jugak. mungkin TT ada gak guna ca ...
Memangla aku nie ada buat salah jugak. contohnya masa aku masih lagi kerja, anak kitaorng dijaga oleh mak dia yang tinggal dengan kami. Tapi kemudian mak dia x larat nak jaga, aku balik rumah parents aku. Tp rumah parents aku dekat, sekadar 30 minit jer dari rumah kami. Husband aku keje shift, bila dia x bad mood x dapat jumpa anak dia marah2 aku. Dia cakap aku sengaja xnk bagi dia jumpa anak.
Kalau kami gaduh aku selalu diam, sebab aku malas nak panjangkan cerita. itu pun boleh jadi maki hamun. Yea, laki aku kalau waktu dia dalam mood yang baik dia akan jadi suami yang baik dan ayah yang baik. Tapi kalau dia dalam bad mood @ orang buat dia marah dia lepaskan kat aku dengan maki hamun boleh ke?
Aku x kisah dengan pendapat ko, aku terima semua pendapat sebab aku tahu bukan dia sorang jer silap tapi aku pun ada salah. Tapi aku rasa aku dah banyak berkorban untuk dia. Dia nak aku benti kerja, aku benti kerja. Dia nak guna duit simpanan aku g haji untuk beli barang baby aku bagi guna, dia nak beraya setiap tahun dengan keluarga dia aku pun berkorban. Salah aku lagi ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sblm kawin dia xde x tunjuk pangai camni |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg TT lalui sama macam apa saya lalui....setiap hari makan maki hamun perkataan favourite 'haram jadah',memang hati akan panas bila dia maki mencarut perkataan2 yg tak elok..kadang2 saya diamkan saja...memang dlm hati sakit yg amat...apa yang TT rasa mcam saya rasa,saya dh 4 tahun kawin,rasa kasih sayang pun sendiri tak pasti masih wujud ka x...yg paling tak boleh terima bila dia sebut perkataan2 mencarut tu semua dekat anak....ank aku bkn besar mn baru 3 tahun jer...aku pernah sound dia balik supaya dia cakap elok2 dengan aku,sekalipun marah jgn keluar perkataan tak elok,tapi balasan dia" sedangkan mak aku pun aku maki,apalagi hang bini aku",aku terus sentap...sampai bila2 aku x leh terima ayat dia kata kat aku tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|