|
kalau kt kedai mamak area umah saya panggil kentang masala
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
Bahan A:
3 biji kentang saiz sederhana - buang kulit, potong dadu dan rebus hingga empuk
1 biji cili hijau, dicincang
Sedikit serbuk pati ikan bilis
Sedikit serbuk kunyit
Garam, secukup rasa
Bahan B:
2 tangkai daun kari
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh biji sawi
Bahan C:
1 sudu teh jus lemon
Sedikit daun ketumbar, dicincang
Cara-cara
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis B hingga wangi.
Masukkan A bersama sedikit air dan masak selama beberapa minit.
Masukkan C, gaul rata. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas bersama chapati atau roti kegemaran.
Tag |
|