CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6056|Reply: 11

masalah rahim ke belakang

[Copy link]
Post time 18-9-2014 12:23 PM | Show all posts |Read mode
KEDUDUKAN rahim ke belakang atau 'tilted uterus' atau 'retroverted uterus' didapati berlaku kepada 20-30 peratus wanita yang mana sebahagian besar daripadanya tidak tahu yang dia mempunyai kedudukan rahim yang sebegitu kecuali dia telah menjalani pemeriksaan 'pelvik' dan doktor yang memberitahunya.

Kebiasaannya kedudukan rahim ke depan. Ketika tumbesaran rahim berlaku rahim yang ke belakang sepatutnya bergerak ke depan tetapi sebaliknya kekal dengan posisi ke belakang. Jadi untuk sebilangan besar wanita kedudukan rahim ke belakang ialah perkara semula jadi dan tidak perlu dipulihkan.

Ada juga wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang selepas bersalin. Ada juga wanita yang kedudukan rahim ke belakang akibat penyakit endometriosis atau lekatan tisu (adhesions) yang menambat rahim ke belakang! atau akibat ketumbuhan fibroid.

Wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang akan dapati air mani suaminya tidak kekal dalam faraj walaupun mereka membuka peha dan melegakan pembukaan faraj, air mani masih keluar. Ini kerana bahagian dalam faraj tertindih oleh rahim yang berkedudukan ke belakang. Ini mungkin sebab wanita itu gagal mencapai kehamilan!

Keadaan ini boleh diubah dengan memposisikan badannya secara menyujud rahim akan beralih ke depan dan sekiranya hubungan kelamin dilakukan dengan memasukkan zakar dari belakang, air mani akan kekal dalam faraj. Wanita itu boleh berubahkan posisi dari menyujud kepada mengiring beberapa minit kemudian.

Posisi rahim ke belakang tidak boleh diubah melalui urut kerana otot yang terlibat ada di dalam dan tidak sampai untuk mengalihkannya. Ada sesetengah pakar urut barat menyarankan wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang melakukan senaman seakan akan menyujud dan kononnya rahim akan kembali ke depan. Tiada kajian yang dibuat tentang ini. Posisi rahim hanya boleh diubah melalui pembedahan yang mana kaedah ini tidak lagi disyorkan kerana risiko kecederaan dalaman.

Wanita yang mendapati posisi rahimnya ke belakang tidak perlu buat apa apa persediaan atau persiapan mengenai hubungan seksual, iaitu dia boleh lakukan hubungan kelamin bila-bila masa tetapi ketika dia dalam keadaan subur dia perlu melebihkan hubungan seksual melalui posisi belakang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2014 12:25 PM | Show all posts
anyone ada masalah macam ni
harini baru gugel benda ni
sebab tiap kali bersama mesti keluar balik
dah TTC hampir setahun
tapi payah benar
even guna OPK pon tak lekat
sebab still keluar balik
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sicantep posted on 18-9-2014 12:25 PM
anyone ada masalah macam ni
harini baru gugel benda ni
sebab tiap kali bersama mesti keluar balik
...

Ade ke cek doktor? Kalau cek doktor dan doktor ckp rahim ke belakang boleh la tanya doktor cara nak selesaikan masalah tu... kalau sekadar keluar balik lepas bersama tu rasanya normal...

Memang majoriti orang mcm tu...benda tu normal la...walaupun keluar balik, mesti ada sperm2 yg dh berjaya merentasi laluan...try masuk ratuhati..banyak dah dibincangkan benda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Doc pun ckp rahim sy keblkng n dia ckp bnda tu normal cuma lmbat kit nk pregnant and now sy dh nk dkat 2thn kawin n belum ada rezeki lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 09:23 AM | Show all posts
shahana posted on 21-9-2014 09:48 AM
Ade ke cek doktor? Kalau cek doktor dan doktor ckp rahim ke belakang boleh la tanya doktor cara na ...

tade pegi doc pon
mase 2nd baby ade refer doc sbb payah jugak nak lekat
doc suruh alas punggung lepas bersama
TTC for 3rd baby ni pon sama payah jugak
tu yg buat research sikit

btw
thanks sharing pasal ratuhati
baru tu normal benda tu
sbb tanya kawan2 mereka kata tak
tu rasa cam eh whyyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 09:24 AM | Show all posts
catgurl_ann posted on 21-9-2014 06:49 PM
Doc pun ckp rahim sy keblkng n dia ckp bnda tu normal cuma lmbat kit nk pregnant and now sy dh nk dk ...

ada doc pesan apa2 tips tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sicantep posted on 22-9-2014 09:23 AM
tade pegi doc pon
mase 2nd baby ade refer doc sbb payah jugak nak lekat
doc suruh alas punggung  ...

Huhuhu...dah ada baby rupanya...ingatkan xde lagi...

Tak semua orang sama...tapi kalau tengok ramai je yg ada masalah mcm tu...cuma mungkin kebetulan kwn2 tt tak de masalah tu....even masa sy jumpa pakar puan pun dia ada cakap benda tu normal...tak de la masalah apa2 berkaitan dengan tu...cuma alas dengan bantal sekadar nak bagi sempat sperm bergerak... kalau lepas dan baring kejap...lepas tu berdiri keluar jugak dah tak pe...

Itu pakar puan yg cakap...kalau nak ttc guna la opk..sng skit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 10:31 AM | Show all posts
shahana posted on 22-9-2014 09:46 AM
Huhuhu...dah ada baby rupanya...ingatkan xde lagi...

Tak semua orang sama...tapi kalau tengok r ...

dah ada dua
satu 7 tahun
yg satu lagi 3 tahun
jarak masa yang lama sangat

bulan ni guna OPK
tapi rasa mcm tak lekat sbb early sign nak period dah ade
tu yg rasa down
sbb detect tarikh subur bebetul dah tu
still tak lekat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 10:56 AM | Show all posts
sicantep posted on 22-9-2014 09:24 AM
ada doc pesan apa2 tips tak

xda..doc ckp tu normal..sy tnya, kalu urut bleh adjust tak..dia ckp xbleh...huhu...
so, dia kata keep it up.....


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 02:50 PM | Show all posts
Ada sekali tu berurut ngan makcik urut yg direkemen forum, usaha nak dapat baby...

Makcik tu pegang2, dia kata ni rahim kat belakng ni.. kita pun kagum la dia boleh tau
Then lepas 10 minit dia kata dah ok dah rahim, dia dah pusing kan balik

Bila dr scan, dr kata mana boleh main urut nak pusing2 kan rahim, hehehe

Dr kata condition rahim kebelakang ni normal.. cam org menulis, ada tangan kanan, ada tangan kiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 10:45 AM | Show all posts
smurfetz posted on 9-12-2014 02:50 PM
Ada sekali tu berurut ngan makcik urut yg direkemen forum, usaha nak dapat baby...

Makcik tu pega ...

hebatnya makcik urut tu


nasib la yu pegi ke doktor pulak lepas tu


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 12:15 PM | Show all posts
sicantep posted on 10-12-2014 10:45 AM
hebatnya makcik urut tu

kelakar kan...  
mmg sebelum tu pun pegi dr, tu yg scan tahu rahim retroverted, tapi bila dah berkuntum kat memacam forum, terpengaruh la dgn makcik2 urut yg dia org rekemen, nak usaha la katakan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052214 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list