CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4164|Reply: 5

Insiden Biawak Serang Bayi

[Copy link]
Post time 24-9-2014 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Biawak Serang Bayi Mungkin Kelaparan - Perhilitan
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 10:55 PM
[size=0.75em]Keadaan muka seorang bayi yang cedera akibat diserang seorang biawak di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman, pagi Isnin.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUANTAN: Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi Isnin berkemunginan dalam keadaan lapar.
[size=0.98em]Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.

"Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan.

Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan.

Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan.

Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga telah menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 03:33 PM | Show all posts
kesian....lg kesian sbb parut kekal sampai ke besar.....dahlah gegirl
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:31 PM | Show all posts
nasib baik tak mati
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I can only imagine kalau kena dekat mata. Sikit je lagi tuuu. Takpelah u kalau parut. Kalau buta ya Allah :Q :Q
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 10:52 PM | Show all posts
kalau maknya lambat sedar, ada kemungkinan biawak tu gigit dan larikan bayi kecil ini dlm semak, & kemudian makan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:03 PM | Show all posts
ibu bapa perlu lebih berhati hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.081811 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list