CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5404|Reply: 3

2AM bertemu peminat di Dal.Komm Cafe Malaysia

[Copy link]
Post time 17-12-2014 10:50 AM | Show all posts |Read mode


29 NOVEMBER 2014, DAMANSARA UPTOWN – Kali terakhir melihat anggota 2AM datang ke Malaysia adalah untuk konsert mini mereka "The Way Of Love" pada 1 Disember 2012. Kini kedatangan khas mereka ke Malaysia  pada kali ini adalah berlainan tujuan dan aktiviti mereka sebelum ini. Kehadiran mereka adalah bersempena pelancaran dan perasmian sebuah kafe Korea yang membuka cawangan di Malaysia iaitu Dal.Komm.  

Dal.Komm yang membawa maksud manis atau dalam bahasa Inggerisnya “sweet” dalam bahasa Korea. Kafe berkonsepkan muzik dan hiburan ini sangat sesuai dan menepati citarasa bagi yang inginkan sedikit kelainan lebih-lebih lagi muzik yang dimainkan sentiasa berubah dipilih dengan teliti mengikut mood harian pelanggan. Kafe ini juga menawarkan gitar dan Ipads melalui talian perkongsian muzik 'stream online' melalui kotak KKBox untuk menyemak muzik. Sekiranya anda bertuah mungkin anda akan mendapat kad muzik yang telah ditandatangi oleh artis dari Korea. Dan kafe juga akan sentiasa mengemaskinikan slot 'Veranda Live" (persembahan secara langsung artist yang dijemput) yang akan diadakan di kesemua cawangan Dal.Komm dari masa ke semasa. Apa pun tujuan utama Dal.Komm adalah untuk memberi pelanggan kepuasan dalam menikmati muzik sambil bersantai.

Oleh kerana kapasiti yang terhad didalam cafe berkenaan, maka cuma sebilangan kecil peminat yang terpilih saja hadir dijalankan pada pukul 2.20 petang dimana juga telah memberi ruang kepada para peminat untuk bertemu dan beramah mesra bersama 2AM. Semasa sidang media berlangsung, ujar Joseph Yap selaku pengurus Dal.Komm Malaysia,  selain cafe berkonsepkan muzik. Dal.Komm juga menyediakan pelbagai hidangan menu enak dan unik untuk para pelanggan yang datang.


Kata Jo kwon, ini adalah yang pertama kali baginya memasuki kafe di Malaysia dan secara keseluruhannya beliau suka melihat dekorasi dan susunan didalam kafe tersebut. Selain keterujaan dan gembira melihat kafe yang berasal dari Korea, mereja berjanji akan terus memberi sokongan dan cuba sekerap boleh untuk mengunjungi Dal.Komm Cafe di Korea nanti.

Bagi Jin Woon pula, berada didalam kafe yang berkonsepkan muzik adalah sangat menyeronokkan apatah lagi Dal.Komm menyediakan gitar dan beberapa iPad untuk para pelanggan menikmati waktu-waktu mereka dikafe tersebut. Dia juga berharap agar Dal.Komm terus maju dan sukses.
Disebabkan telah terlibat dalam beberapa aktiviti showcase dan concert mereka sendiri di Malaysia, mereka berharap agar dapat kembali lagi ke Malaysia untuk concert terbaru mereka. Sempat juga Jinwoon bergurau mesra, katanya "Please call us again and again" . (Hmmm...harap hint seperti ini diambil pandang serius oleh pengajur di Malaysia ya...)


Seusai perasmian cafe tersebut, ahli 2AM dibawa bertemu dengan para peminat yang setia menanti dibahagian tingkat atas kafe tersebut untuk sesi tandatangan dan bergambar. Acara tersebut telah berlangsung selama 2 jam. Rata-rata para peminat sangat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oleh 2AM dan kerjasama pihak Dal.Komm sepanjang sesi tersebut. Mana tidaknya, bertemu 2AM bertentangan mata malahan tiada sebarang halangan dan protokal ketat untuk beramah mesra secara dekat tentu saja adalah mimpi indah bagi peminat setia, apatah lagi semua itu tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar hanya dengan kos sebanyak RM50 atas usaha mereka membeli minuman dan makanan di kafe untuk melayakkan diri memenangi cabutan tiket bertuah bertemu secara exclusive bersama 2AM.


Untuk pengetahuan semua 2AM baru saja melancarkan album penuh mereka pada akhir October 2014 dengan nama album 'Let's Talk' dibawah naungan JYP Entertainment sepenuhnya.

Bagi yang belum pernah mendengar atau mencuba makanan serta coffee di Dal.Komm ini. Oleh kerana kafe ini baru dibuka maka untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM akan mengambil masa sedikit. Namum Dal.Komm memberi jaminan semua hidangan makanan dan minuman adalah halal malahan tiada sebarang arak yang dicampurkan didalam hidangan coffee maupun makanan. Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu untuk memasuki kafe ini untuk menikmati pelbagai makanan yang disediakan didalam menu. Untuk mengetahui secara lanjut mengenai cawangan Dal.Komm Cafe, anda boleh melayari website mereka iaitu www.dalkomm.com.my.

CARI Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan media kepada Dal.Komm dan juga kepada para kakitangan yang baik hati atas layanan diberikan. Semoga kafe anda akan terus suksess di Malaysia.


Artikel : Tna & isabel
Editor : isabel
Gambar : Tna
Last edited by isabel on 17-12-2014 02:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2014 10:52 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 10:54 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 08:09 PM | Show all posts
tk perasan pulak ada bod ni....ada tngok insta jo kwon dia pergi ioi city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040154 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list