CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3996|Reply: 4

jangan risau bila anak anda lebih lama merangkak

[Copy link]
Post time 16-12-2014 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Kebaikan Merangkak
Teks: Ashikin Hashim
Foto: Google



" Cepat betul anak saya berjalan. Dia tak merangkak pun, terus berjalan. "

Begitulah kata seorang ibu kepada saya suatu ketika dulu. Namun adakah ia petanda yang baik jika anak tidak merangkak. Ianya sangat subjektif. Mungkin ada yang tidak merangkak semasa bayi, namun dia membesar normal seperti anak-anak yang lain. Sebelum membuat andaian, apa kata kita baca sebuah kajian yang telah dibuat di Amerika. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, 75% daripadanya tidak matang sistem STNR - Symmetric Tonic Neck Reflex.

Amat menakjubkan.
Rupanya Allah telah aturkan sebaik-baiknya perjalanan hidup serta perkembangan seorang manusia. Daripada ia lahir, kemudian belajar berguling, belajar merangkak, duduk dengan sokongan, duduk tanpa sokongan, bertatih, berjalan dan terus berlari.

Saya ingin fokus kepada peringkat merangkak. Subhanallah, merangkak bukan sekadar merangkak. Allah jadikan merangkak itu sebagai satu peringkat menguatkan otot-otot leher, bahu, tangan dan kaki.

Saya akan cerita lanjut lagi. Kepada anak yang berumur 4 hingga 6 tahun, masih relevan lagi untuk mereka bermain sambil merangkak untuk menguatkan otot-otot mereka. Di mana otot-otot ini bukan sahaja menguatkan skil motor kasar, namun merangkak juga dikaitkan dengan kemahiran menulis dan membaca kerana ia akan menguatkan juga skil motor halus.

Menakjubkan.
Jadi jangan SKIP merangkak. Biar mereka teroka dunia mereka.

Berbalik kepada STNR.
Apakah kaitannya dengan merangkak?

Sistem STNR membantu keupayaan seseorang itu menggerakkan bahagian atas dan bawah badannya. Sistem ini biasanya akan matang di antara usia 9 hingga ke 12 bulan. Apabila seorang bayi itu dapat mengawal kepala, tangan dan kakinya dengan baik, maka STNR anak tersebut telah matang.

Bagaimanakah STNR ini dapat dicapai dengan baik apabila tangan dan kaki bergerak secara bergilir selama 6 bulan. Jika STNR tidak berfungsi dengan baik maka perkara-perkara berikut akan berlaku kepada anak:

1- Koordinasi mata yang lemah

2- Kelemahan dalam meniru sesuatu tugas atau kelakuan

3- Kelemahan dalam meniru atau menulis semula apa yang dilihat di papan tulis apabila sudah masuk ke alam persekolahan

4- Tidak dapat fokus dengan baik.

Secara mudahnya, merangkak sangat memberi manfaat kepada bayi kerana:

1- Ia menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki

2- Pergerakan yang berulang-ulang kali akan merangsang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori.

3- Ia akan melatih koordinasi mata seorang bayi itu - di mana koordinasi mata sangat penting di masa hadapannya supaya dia mudah membaca dan menulis.

4- Merangkak juga dapat membangunkan penglihatan binokularnya kerana semasa merangkak seorang bayi akan melatih penglihatannya melihat jauh manakah jarak di sekelilingnya.

5- Apabila merangkak, ia mengerakkan kedua-dua kaki dan tangannya dan ini akan menguatkan lagi otak kiri dan kanannya.

Subhanallah!
Biarkan anak anda merangkak.
Biar dia teroka dunianya.

Selamat berbahagia buat semua!
sumber:THE WONDER YEARS oleh Dr Martin Ward Platt

ashikin-hashim.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 11:02 AM | Show all posts
gud info..tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh yeke,pttla anak sy sejak merangkak daya tumpu dia lebih lama dan tajam.ok xmaw ajar tatih2 g.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sulung dl x merangkak pon.. X merasa pun nak tgk dia tonggeng2 montot.. Yg adik dia ni lak buat dua kj sekali gus..  Sambil merangkak sambil berdiri.. Suka tgk anak2nye ragam pelik2 tiap2 ari..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 04:04 PM | Show all posts
ok, skarang dah tak risau anak still merangkak even umur dah 1 thn 1 bln. Kalau tak susah hati je dia xjalan2 lagi.. kesian dia asik kena paksa berjalan gud info TT. tq!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.046553 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list