CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4755|Reply: 2

segalanya tentang gunung berapi

[Copy link]
Post time 19-12-2014 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Bagi penduduk Malaysia,kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi.Malaysiatidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi, bagaimanapunkita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk memahami bumi dan alam sekitarkita. Selain itu, negara Indonesiayang merupakan jiran Malaysia,turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif. Gunung berapi terdapatdi seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalahgunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "PacificRing of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembunganantara dua plak tetonik.Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengahdan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina,merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud ditengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contohgunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus,lava mengalir keluar dan membentuk dasar lautan. Gunung berapi juga bolehterbentuk selain dari di kawasan sempadan plat tetonik, sebagai contohnyagunung berapi Hawai.

Kitaran hayatgunung  berapi
Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya.Gunungberapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadipendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapungunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukarmenjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenarsesuatu gunung berapi itu, samada ia dalam tempohpendam atau telahmati.

Gunung berapi mampu menyebabkan banyak kerosakan harta benda apabilaia meletus. Bagaimanapun, secara amnya tanah di sekitar gunung berapi menjadiamat subur dan sesuai untuk tanaman Oleh itu, ramai manusia yang menyambungnyawa untuk menetap berhampiran dengan gunung berapi untuk mengusahakantanaman bagi menyara hidup mereka. Oleh itu amatlah penting bagi manusiauntuk cuba menjangkakan bila gunung berapi akan meletus.
Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus pelbagai jenis batu dan debudihasilkan yang dikenali dengan pelbagai nama, antaranya adalah gas, abu,lapilli dan bom. Lapilli adalah bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameterantara 4-32 mm. Manakala bom pula adalah pepejal yang lebih kasar daripada32mm.


Jenis dan ciri-cirigunung berapi.Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenisdan kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenisgunung berapi adalah seperti berikut :-
Bentuk mukabumi oleh gunung berapi.
Apabila magma disejukkan dalam bumisebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumiyang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam.  Bentuk muka bumijalar dalam akan kelihatan apabila pergerakan air dan perubahan iklim telahmenghakis dan mendedahkan nya pada permukaan bumi.Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam adalah :-

  • Sil
  • Daik
  • Batolitos
  • Lakolitos
  • Lapolitos
  • Paklitos
SilSil adalah batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis.Sil mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalamipenggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai.Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di Northumberland,England.
DaikMerupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telahmembeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan rataanlapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung ataupermatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalamsungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatanCheng Chau di HongKong.
BatolitosAdalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak palingjauh dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjarangunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, DartmoorDome di Englanddan Gunung Ledang di SemenanjungMalaysia.
LakolitosBerbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedahakan membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di UtaraAmerikaSyarikat.
LapolitosTerbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerakbumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengahlapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleksdi Transvaal Afrika Selatan.
PaklitosBerbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatanbatuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut. Contohnya,Bukit Corndon di England.

Cara menentukanbila gunung berapi akan meletus.Pada masa sekarang, disebabkan peningkatan jumlah penduduk, dan oleh sebabfaktor ekonomi yang lain, semakin ramai manusia yang tinggal berhampirandengan gunung berapi. Malahsesetengah gunung berapitelah menjadi tarikan pelancung yang mendaki gunungberapi itu untuk melawat kawah gunungberapi. Disebabkan itu, adalah penting untuk pakar sains menjangkakanbila sesebuah gunung berapiitu akan meletus. Ini agar mereka dapat memberikan amaran awal, denganitu dapat mengelakkan kehilangan jiwa yang besar. Terdapat beberapa carabagi pakar sains untuk menjangkakan bila sesebuah gunungberapi akan meletus yang secara kasarnya dibahagi secara geofizikaldan secara kimia.
Kemusnahan olehgunung berapiSesebuah gunung berapi itu mampu mendatangkan kemusnahan bukan sahaja padakawasan sekitarnya, tetapi juga kepada kawasan yang terletak beribu-ribukilometer darinya. Antara kemusnahan yang mampu dilakukan oleh sesebuahgunung berapi adalah melalui cara berikut :-

Faedah dari gunung berapi
Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga mampumemberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan gunungberapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan faedahkepada penduduk dengan cara berikut :-Tanih yang terbentuk daripada letusan gunungberapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi inisangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran TinggiDeccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapiditeres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkantenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskanair untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkankuala eletrik.
Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mataair panas juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dangeiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone diAmerikaSyarikat, Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun.
Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr (kawah gunung berapi) yangamat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas.Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di AmerikaSyarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong.

Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanahbaru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagaicontoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yangterletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma,dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.

Gunung berapi terkemuka

Antara gunung berapi yang terkemuka akibat kemusnahannya dilakukanoleh mereka adalah seperti berikut.
Gunung VesuviusGunung KrakatoaGunung PeleeGunung Soufriere

Langkah berjaga-jaga.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi, merekaperlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi letusan gunung berapi.Semua bangunan baru mestilah dibina pada lokasi tanah tinggi dan bukannyadicelah lereng yang akan menjadi laluan lava atau banjir lumpur. Bangunantersebut juga mestilah tahan gempabumi. Sistem amaran awal perlu di pasang dan dikendalikan secara berterusan.Penduduk sekitar perlu mematuhi sistem amaran awal dan mesti sanggup berpindahkeluar bandar sekiranya diminta berbuat demikian. Penduduk mestilah mempunyaiperancangan awal dan menyimpan peralatan kecermasan seperti peta, lampupicit, dan bekalan perubatan. Mereka juga perlu tahu tempat yang perludi tuju sekiranya diminta berpindah keluar dari bandar tersebut.


Last edited by Nusantara77 on 19-12-2014 02:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 02:46 PM | Show all posts
Baru saya tahu gunung berapi berasap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068556 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list